Friday, August 26, 2011

Doa Rasulullah SAW Untuk Berdepan Hari Kebangkitan

Ya Allah! Hidupkanlah kami di dunia sebagai orang beriman yang taat.
Wafatkanlah kami sebagai orang Islam yang taubat.
Jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dapat memberikan jawapan yang tetap (benar).
Jadikanlah kami termasuk golongan orang yang menerima kitabnya (kitab amalan) dengan tangan kami.
Jadikanlah kami di hari kegempuran yang dahsyat itu orang-orang yang aman.
Hiburkanlah kami dengan melihat wajah Mu yang Mulia, dengan RahmatMu Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
amin!

7 Golongan Yang Tak Panas kat Padang Mahsyar


Di Padang Mahsyar nanti, semua makhluk akan berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Golongan itu adalah:-
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah
Rasa2nyalah, dapatkah anda dan saya termasuk dalam golongan ini?

Wallahualam..

Thursday, August 25, 2011

Patut dan Tak Patut

Sepatutnya pada penghujung Ramadhan seperti ini, kita memperbanyakkan amal ibadat. Sepatutnya kita beriktikaf di masjid apabila tibanya 10 hari terakhir Ramadhan, seperti yang dilakukan Nabi SAW. Sepatutnya usaha yang patut kita tumpukan waktu ini ialah mendekatkan diri dengan Allah, dan berdoa bersungguh2 meminta keampunan.

Tetapi pada akhir zaman seperti sekarang ini, ada banyak benda yang tak sepatutnya berlaku. Tak sepatutnya kita menyibukkan diri dengan aktiviti2 keduniaan. Tak sepatutnya kita berjaga malam untuk menyiapkan kerja. Tak sepatutnya kita melambatkan waktu solat kerana menghadiri mesyuarat. Dan yang paling tak patut ialah, tarikh akhir penghantaran tender ditetapkan pada 6/9/2011, iaitu hari kedua bekerja selepas selesainya cuti raya.

Inilah jadinya apabila negara tidak diperintah mengikut hukum Islam. Disebabkan para pemimpin kafir seperti Ng Yen Yen, aku sekarang sedang membuat benda2 yang tak sepatutnya aku buat seperti yang aku sebutkan tadi. Yang paling teruk, cuti raya aku pun mungkin terganggu.

Kadang2 rasa macam nak berenti keje pun ada jugak..

Saturday, August 20, 2011

Syafaat Nabi SAW

Kata seorang ustaz, junjungan besar Nabi Muhammad SAW ada 3 syafaat di akhirat nanti yang membolehkan umatnya:-
  1. Mengurangkan dosa
  2. Masuk ke syurga tanpa perlu dihisab amalannya
  3. Upgrade level dalam syurga
Oleh itu, kita ni kenalah sentiasa ingat kat Baginda. Banyakkan selawat ke atasnya, dan jangan lupa baca doa setiap kali selepas azan. Doa apa yang kita kena baca tu?

Inilah doanya:-

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mii'ad

Maksudnya:-

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji

selamat beramal!

Friday, August 19, 2011

Panggilan Telefon Yg Menyegarkan


Bukan main mengantuk lagi aku hari ni. Mengantuk aku ni sudah boleh mencapai tahap dewa. Perut pun lapar extra hari ni. Complete dengan haus sekali. Entah kenapa aku pun tak pasti. Walhal ketika sahur tadi aku perform.

Ketika dahi aku sudah begitu hampir mencecah meja, tiba2 aku dikejutkan dengan deringan telefon.

Kringg! Kringg!

"Hello, Hensem (H - bukan nama sebenar, tapi rupa paras memang rupa paras yang sebenar) here..may I help you?" aku jawab dalam bahasa Ibunda aku.

"Saya Najib Tun Razak (NTR-bukan nama sebenar jugak..ada ke org nak pakai nama mcm ni lagi?? minta dijauhkan, amin!) daripada FNM" kata NTR.

"Iye Encik NTR, ada apa2 yang boleh saya bantu?" aku tanya.

"Saya nak mintak Encik H atau wakil daripada syarikat Encik datang ke FNM pada hari Khamis ni jam 10 pagi" NTR jawab.

Aku tanya lagi "boleh saya tahu berkenaan apa?"

NTR jawab "oh lupa pula saya. Begini, pihak kami dah bersetuju untuk menawarkan tender dokumentari yang pihak Encik masuk baru2 ini, yang Taman Laut tu"

Wah! Tiba2 mata aku cerah bagaikan kecerahan langit selepas hujan lebat. Siap rasa kenyang terus. Haus tadi pun tiba2 hilang.

Lantas aku bertanya dengan suara yang lebih merdu daripada tadi, tapi tetap profesional, "Oh ye ke? Alhamdulillah. InsyaAllah kami akan datang. Tapi apa yang pihak FNM mahukan pada hari Khamis nanti? Adakah kami perlu buat presentation?"

NTR balas "Sebenarnya, kami cuma nak berbincang berkenaan harga yang pihak Encik H tawarkan. Sebab, terus terang cakap, harga Encik H tu agak tinggi berbanding bajet yang kami dapat. Tapi kami memang mahu syarikat Encik H buat projek ni. Sebab kami yakin dengan tawaran yang pihak Encik cadangkan"

Pergh! Statement terakhir tu yang buat aku goyang tu. Statement memuji yang seperti ini biasanya aku yang gunakan. Almaklumlah, jurujual. Kalau anda nak tahu, inilah yang dinamakan statement "puji ada makna tu".

Aku pun celah cakap NTR, "kalau begitu ok lah. Kami akan ke sana hari Khamis ni. Tapi nak jumpa di mana?"

NTR minta aku ke lobi pejabat dan tanya receiptionist kat situ mana Bilik Persidangan. Lantas dia memberikan aku no henfonnya. "Just in case" kata NTR.

Yeay! Kalau benar bagai dikata memang la aku seronok. Ini projek pertama aku kat sini sejak masuk kerja lebih kurang 3 bulan lalu. Alhamdulillah!

Wednesday, August 17, 2011

YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN? - SAMBUNGAN 1

p/s: entah macam mana, saya terdelete entri asal YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN? - SAMBUNGAN 1 ini..Alhamdulilllah saya ada buat salinan..so saya upload balik..jadi kedudukan asal dia dah lari la..

Golongan ini disifatkan sebagai Yakjuj dan Makjuj berdasarkan tafsiran Quran dan Hadith yang menggambarkan ia sebagai dua makhluk keturunan Nabi Adam (RA) yang dianugerahkan Allah kuasa yang sangat hebat, yang hanya boleh ditewaskan oleh Penciptanya sahaja. Surah al-Kahfi ada menggambarkan bagaimana mereka dikurung disebalik tembok besi kerana kemungkaran yang mereka lakukan. Surah tersebut juga ada menerangkan bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan menggunakan kuasa mereka untuk melancarkan perang ke atas sesiapa yang hidup di atas landasan keimanan dan ketakwaan. Mereka juga menyimpan dendam ke atas golongan yang hidup secara primitif dan tidak berlebih-lebihan. Kerana hidup secara sederhana ini adalah hidup yang dituntut agama. Gambaran ini jelas menunjukkan yang Yakjuj dan Makjuj ini merupakan golongan penyembah syaitan yang zalim dan berhati binatang!

Surah tersebut seterusnya memberitahu kita bahawa pada akhir zaman nanti, tembok besi ini ini akan Allah runtuhkan, membolehkan mereka keluar ke dunia. Surah al-Anbiyah pula mendedahkan mereka ini akan bertebaran ke segenap pelusuk dunia – ini menunjukkan kekuasan mereka yang membolehkan mereka menguasai dunia, di mana buat pertama kalinya, satu golongan akan memerintah seluruh umat manusia. Kekuasaan mereka ini adalah berpandukan tipu daya dan sandiwara sang Dajjal Laknatullah.

Mari kita lihat bagaimana liciknya mereka bersandiwara. Sandiwara mereka ini sebenarnya sudah bermula beribu tahun yang lalu. Sandiwara ini sudah mulai memperlihatkan taringnya tak lama selepas wafatnya baginda Rasulullah SAW. Lihatlah bagaimana Umar al-Khattab (RA) dibunuh oleh Abu Lu’Lua. Lihatlah bagaimana fitnah dan tipu daya Dajjal mengakibatkan Usman bin Affan (RA) dibunuh. Dan lihatlah bagaimana bisikan Dajjal ini memungkinkan terkorbannya Ali bin Abi Talib (RA) ditangan firqah Khawarij. Khalifah-khalifah Islam ini sememangnya perlu mereka hapuskan untuk melemahkan keIslaman umat Islam. Dengan tewasnya sahabat-sahabat Rasulullah SAW ini, maka mudahlah Dajjal menjalankan misinya.

Dan akhirnya, semuanya terbongkar apabila para pemikir Islam melihat dunia ini dengan mata hati mereka. Semuanya terbongkar kerana para pemikir Islam ini mengkaji situasi dunia bersandarkan al-Quran dan Hadith. Semuanya terbongkar kerana Allah mengizinkan ia dibongkar. Secara faktanya, pembongkaran ini bermula dengan kajian ke atas kewujudan secara tiba-tiba satu orde dunia yang aneh dan misteri. Orde ini cukup pelik kerana ia terlalu obses dengan Tanah Suci yang juga dikenali sebagai Jerusalem, atau al-Quds, atau Baitul Maqdis. Secara tiba-tiba, bangsa Eropah yang liar menjadi penganut Kristian. Secara tiba-tiba bangsa liar kaum kulit putih penganut Kristian ini melancarkan perang yang kononnya suci digelar The Crusades. Perang yang berlarutan ribuan tahun lamanya ini akhirnya memberikan kejayaan kepada mereka, apabila tentera British yang diketuai oleh Jeneral Allenby berjaya menewaskan Empayar Islam Uthmaniah lalu menawan Jerusalem pada tahun 1917. Sebaik kemenangan dicapai, si Allenby ini lantas mengumumkan tamatnya perang suci yang sekian lama mereka perjuangkan ini.

Adakah mereka berpuas hati selepas kemenangan ini tercapai? Tidak. Mengapa tidak? Kerana bukan kemenangan ini sasaran mutlak mereka. Mereka mensasarkan sasaran yang lain. Mereka mensasarkan sasaran yang lebih besar. Apa sasaran yang lain ini? Apakah sasaran yang lebih besar ini?

Teruskan membaca...dalam Sambungan 2

Tuesday, August 16, 2011

Imam Mahdi BELUM LAGI Muncul..Jadi BILA Dia Nak Muncul?


DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-

1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya seumpama hari2 kita...

...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan sebulan"...

Ada umat Islam yang percaya, dan ada yang tidak percaya perihal kedatangan Imam Mahdi. Bagaimana dengan anda?

Sebenarnya kita sebagai orang Islam wajib percaya akan kemunculan Khalifah Islam ini. Khalifah yang bakal merajai dunia ini sememangnya dinanti-nantikan ramai. Lebih-lebih lagi penduduk Palestin yang telah sekian lama tertindas. Namun apa yang perlu kita lakukan? Adakah cukup untuk kita sekadar berpeluk tubuh? Apakah cukup untuk kita sekadar memandang sepi segala bentuk kepalsuan dan penindasan yang sedang berlaku di dunia hari ini?

Kita sebenarnya sangat beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Segala bentuk kepalsuan dan penindasan ini adalah merupakan satu ujian sebenarnya. Keberuntungan kita ialah kerana ada antara kalangan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ini yang dirahmati dengan mimpi-mimpi benar perihal akhir zaman serta kedatangan Imam Mahdi. Mereka ini adalah para pemikir Islam yang tidak jemu2 mengkaji dan mengolah maklumat Islam bersandarkan kepada panduan2 daripada Quran dan Hadith. Namun maklumat-maklumat sebegini tidak boleh disahkan, kerana hanya Allah yang tahu letaknya sesuatu perkara itu. Para pemikir Islam ini hanya mampu mengutarakan pendapat mereka sahaja. Oleh yang demikian, janganlah anda terima bulat-bulat apa yang saya tulis ini. Saya cuma mengharapkan maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan dan kuliah-kuliah yang saya hadiri ini akan menerbitkan persoalan di minda anda, seterusnya mewujudkan satu usaha untuk mencari kebenaran. Jangan khuatir, jika kita benar2 ikhlas mencari, kebenaran itu insyaAllah akan datang kepada kita. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Perkara berkenaan kemunculan Imam Mahdi ini sangat penting di dalam dunia Islam, sama ada untuk pengikut ajaran Syiah mahu pun Ahli Sunnah (dan sudah tentu buat Dajjal juga). Kerana kepentingannya, maka banyaklah kejadian pengakuan2 palsu yang berlaku. Mungkin anda pernah dengar tentang seseorang yang bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Kazzab. Beliau merupakan pengasas satu ajaran sesat di India dinamakan Ajaran Qadiani, yang muncul sekitar tahun 1889 dulu. Ini adalah rentetan kepada apa yang berlaku pada abad ke 19 di mana umat Islam seluruh dunia berdepan keadaan yang kacau bilau, termasuklah umat Islam di India. Percakaran pemikiran ulama2 mengikut mazhab telah mengakibatkan perpecahan, pergaduhan dan kemunculan pemikiran2 yang menyeleweng daripada agama Islam. Pada masa yang sama juga, masyarakat Islam amat memerlukan seorang pemimpin untuk menentang kepenjajahan Inggeris. Si Mirza yang merasakan dirinya berilmu dan mampu memimpin serta cukup faham akan ilmu Quran dan Hadis, telah mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Tuntutan mengarut ini ternyata palsu. (bagi saya, tidak mustahil watak Mirza Ghulam Ahamd al-Kazzab ini juga merupakan hasil ciptaan geng2 Yahudi)

Amat mudah untuk mengenal pasti kepalsuannya. Imam Mahdi TIDAK AKAN secara tiba2 mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah seseorang yang DILANTIK atau DIBAIAH orang ramai untuk memimpin Islam. Selepas dilantik atau dibaiah ini barulah dia mengaku dirinya Imam Mahdi.

Imam Mahdi ni kalau di dalam filem, bagaikan hero yang diminta mengetuai perang menentang geng2 jahat, tetapi dia tak nak sebab merasakan dirinya tak layak, atau sengaja tak nak tunjuk terer, tetapi akhirnya terpaksa juga kerana didesak. Dia akan terpaksa jadi ketua untuk menyelamatkan geng2 baik yang lemah. Oleh itu, kalau ada seseorang itu tiba2 saja mengaku sebagai Imam Mahdi, anda ludah sajalah muka dia. Sila pastikan ludahan itu tepat, dan isinya baik punye. Hehe..

Pemahaman kita berdasarkan apa yang tersurat dan tersirat dalam Quran dan Hadith berkenaan akhir zaman adalah dengan kemunculan semula Nabi Isa (as) sebagai tanda terbesar kiamat akan tiba. Namun, ikut logik akallah, tak mungkin Allah SWT akan turunkan Nabi Isa (as) sebelum si Dajjal menyelesaikan kerjanya. Kerja akhir si laknat ini nanti ialah dengan menyamar sebagai penyelamat dunia atau Messiah.

Bagaimana untuk kita mengetahui kerja Dajjal dah selesai?

Kita akan mengetahuinya apabila dia secara terbuka membuat pengakuan dirinya sebagai Si Penyelamat Dunia. Sebenarnya orang Yahudi pun takkan percaya jika sekarang ini ada yang mengaku dirinya sebagai Penyelamat Dunia. Lebih2 lagi kalau dia itu bukan dari kalangan orang2 Yahudi, dan tidak membuat pengakuan dari dalam Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem). Orang2 Yahudi hanya akan terkesan/percaya akan munculnya Messiah ini apabila bukti kukuh ditunjukkan.

Apakah bukti kukuh yang orang Yahudi nantikan?

Antaranya ialah apabila si pengaku itu ternyata sudah pun menguasai dunia atau pun sekurang2 nya menguasai orang2 Arab atau umat Islam di sekitar Tanah Suci Baitul Maqdis. Ini adalah kerana, kitab orang2 Yahudi (Taurat yang telah dipalsukan) mengatakan bahawa si penyelamat palsu (pemimpin) mereka ini akan merajai dunia (kononnya sampai bila2) dari Haikal Sulaiman yang bakal didirikan di tapak Masjid al-Aqsa sekarang (mengikut maklumat dalam siri2 video The Arrival, Israel sekarang ni sedang giat mengorek tapak masjid ini untuk meruntuhkannya bagi membolehkan Haikal Sulaiman dibangunkan).


Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar Hosein seperti gambar di atas, beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada amerika Syarikat.

TETAPI, harus diingat, peralihan fasa ini TIDAK akan berlaku selagi belum meletusnya sebuah peperangan yang bakal mengorbankan jutaan nyawa. Kenapa? Kerana inilah yang berlaku ketika beranjaknya fasa pertama kepada fasa kedua dahulu. Masih ingat tentang Perang Dunia Pertama yang membolehkan British menakluki Jerusalem? Masih ingat tentang Nazi pada Perang Dunia Kedua ? Masih ingat berapa juta manusia terkorban dalam kedua2 peperangan ni? Masih ingat peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki? (Ketahuilah bahawa SEMUA PEPERANGAN2 INI ADALAH CIPTAAN DAJJAL)

Apabila perang ini meletus nanti, dan insyaAllah ia akan berlaku tidak lama lagi, anda semua akan faham apa yang sedang berlaku di dalam dunia hari ini. Ingatlah peperangan ini adalah hasil ciptaan Dajjal. Ia bukanlah terjadi akibat hukum alam. Ia merupakan plot kotor bangsa Yahudi Zionist dalam usaha mereka untuk merajai dunia.

Justeru, Imam Mahdi BELUM LAGI muncul. Kenyataan saya ini diperkukuhkan dengan fakta2 berikut:-

  1. Israel BELUM LAGI dapat mengawal Arab dan dunia Islam di sekeliling negaranya
  2. Wilayah negara Israel BELUM LAGI berkembang untuk merangkumi sempadan Tanah Suci sebagai mana digambarkan dalam kitab Taurat (yang dipalsukan)
  3. Israel BELUM LAGI menggantikan Amerika Syarikat sebagai negara pemerintah dunia
  4. BELUM LAGI ada orang Yahudi (masa kini) yang mengaku sebagai Penyelamat Yang Dijanjikan (Messiah) - bila ada yang dah mengaku, dan fakta 1,2 dan 3 di atas ni telah berlaku, maka si pengaku inilah makhluk yang dinamakan Dajjal Laknatullah itu.
Fakta2 ini jelas menunjukkan yang Imam Mahdi BELUM LAGI muncul pada masa sekarang ni.

Jadi, BILA dia nak muncul?

Mengikut pandangan Imran Nazar Hosein, Imam Mahdi hanya akan muncul apabila fasa 1 hari ketiga bersamaan seminggu berakhir dan memasuki fasa hari2 selebihnya seumpama hari2 kita , di mana ketika itu si DAJJAL AKAN MUNCUL DALAM BENTUK MANUSIA SEPERTI KITA, DAN DALAM RUANG SEPERTI RUANG KITA. (sekarang ni Dajjal dah wujud. Dia sebenarnya dah wujud lama, mungkin sejak zaman Nabi Noh lagi. Bentuk dia tidak diketahui, tetapi anda boleh ambil contoh Jin dan Syaitan untuk memahami kewujudannya. Anda tahu Jin dan Syaitan ini wujud di sekeliling kita, betul? Dua makhluk ini wujud cuma kita je yang tak nampak, betul? Macam tu lah kewujudan Dajjal tu sekarang ni)

Pandangan beliau disandarkan kepada Hadith Sahih Imam al-Bukhari yang memberitahu kedatangan Imam Mahdi akan sezaman dengan kepulangan Nabi Isa (as). Hadisnya seperti berikut:

Bagaimanakah kamu (pada masa itu) apabila anak lelaki Mariam turun di kalangan kamu dan Imam kamu akan (pada masa itu) muncul daripada kalangan diri kamu (iaitu seorang Islam). - Sahih al-Bukhari

Ada pandangan yang mengatakan jangkamasa di antara kebangkitan Imam Mahdi dan kepulangan Nabi Isa (as) adalah sekitar 20 ke 30 tahun. Namun mengikut Imran Nazar Hosein, negara Israel dan orde-dunia ciptaan Yakjuj dan Makjuj (sila rujuk entri saya sebelum ini yang bertajuk YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN?) yang menyokong penubuhan negara Yahudi itu, akan segera bertindak bila saja Imam Mahdi muncul di Mekah nanti. Mereka akan cuba membunuhnya secepat mungkin. Jika pandangan ini benar, maka sebaik sahaja Imam Mahdi muncul di Kaabah yang suci dan membuat pengakuan, konfrontasi terhadap pemerintah dunia akan berlaku. Keadaan ini akan membawa kepada perseteruan peribadi di antara Imam Mahdi dan Dajjal seperti yang diterangkan di dalam hadith Sahih Muslim. Bila keadaan ini berlaku, inilah waktunya Nabi Isa (as) akan turun daripada langit dengan tangan yang terletak di atas sayap dua malaikat.

Justeru, pastinya jangkamasa sekitar 20 ke 30 tahun itu tidak tepat. Ia akan berlaku jauh lebih cepat daripada itu. Jauh lebih cepat brader!

Seperti yang saya katakan sebelum ini, Nabi Isa (as) takkan pulang ke bumi sehinggalah Dajjal menyelesaikan misinya dan mengaku dirinya sebagai Penyelamat. Oleh itu, kita mungkin perlu menunggu sekurang2 nya dua ke tiga dekad sebelum munculnya Imam Mahdi, dan pulangnya Nabi Isa (as) ke bumi untuk membunuh Dajjal si penyelamat palsu ini, memusnahkan Yakjuj dan Makjuj, serta menegakkan Khilafah (sila rujuk entri saya bertajuk APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KHILAFAH?) di Baitul Maqdis.

Imam Mahdi palsu - Mirza Ghulam Ahmad

Apapun, kita mesti sentiasa berusaha dan berdoa untuk kekal berwaspada pada masa sebelum kemunculan Imam Mahdi ini. Walau berapa lama pun masanya lagi, janganlah kita tertipu dengan ajaran2 sesat Imam2 (Mahdi) yang palsu seperti Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yang pastinya akan muncul lagi. Jika kita melihat dan memahami tindak tanduk Israel (terkini melalui Mossad dan CIA) yang sanggup mencipta Perang2 Dunia dan sanggup mengorbankan banyak nyawa dalam tragedi 11 September, pastinya mereka ini sudah pun mendidik seorang calon yang sesuai untuk diangkat sebagai Imam Mahdi palsu.

Wallahualam...

Monday, August 15, 2011

Topik2 Yang Aku Nak Tulis Nanti

Idea penulisan itu akan datang apabila kita mula mencuba untuk menulis. Penulisan ini bagi aku ada dua. Pertama tulis perkara2 berkenaan pengalaman, atau cerita rekaan yang hanya memerlukan imaginasi. Tulis benda2 yang sebegini boleh terus dilakukan kerana ia tidak memerlukan bahan rujukan. Kedua tulis benda2 yang ilmiah. Bab ilmiah ini ada susah sikit. Kita kena cari maklumat2 sahih dulu, baca sampai habis, fahamkan dan kemudian baru kita kupas. Bukan apa, takut benda yang kita sampaikan itu salah.

So, aku merancang untuk menulis kedua2 nya..ada ilmiah dan ada imaginasi.

Kalau umur aku panjang dan kesihatan aku baik, aku nak tulis pasal Imam Mahdi..dan juga arwah sahabat baik aku iaitu Encik Arab..insyaAllah..


Gambar arwah sahabatku itu ada di antara ramai2 ni


Gathering Geng2 Lama UiTM


Setelah beberapa hari membuat perancangan rapi..hehe apa yg rapinya entah..maka berjayalah wa berkumpul bersama geng2 lama. Ramai jugak la yang berkesempatan join..yg takde ensem boy proton (mamat ni kata dia mengantuk..cis!) dan ensem boy petronas (boleh dimaafkan, dia duduk miri skrg).

Pergatheringan ini berlangsung di mamak Darul Ehsan seksyen 11 Shah Alam..antara abang2 kawasan yg hadir ialah:-

- wa sendiri
- ensem boy parlimen
- abang rambut ketak BSN
- budak kuala yg dah terbukti jantan
- mamat kelantan badan bentuk V
- penari dari Melaka
- jawa pengayuh basikal
- ex-skin head yg dah jadi orang beriman
- taiko kempadang yg dah jadi ustaz
- boss
- mamat jepun penyokong Abramovich
- joe ketam (wa x kenal sebenarnya)
- negro masuk Islam pekerja TNB

seingat wa ni je la yg dapat join..takpe tu tak penting. yang penting ialah dapat jumpa geng2 lama. Inilah geng2 yang banyak mencorak hidup wa sehingga ke hari ini. Banyak kenangan suka duka dengan geng2 ni. Namun salah seorang daripada kami dah pergi jumpa Pencipta dia lebih awal..iaitu kira2 3 tahun yang lalu (2008). InsyaAllah wa akan bikin satu entri khas untuk dia nanti. Alhamdulillah, ukhwah antara kami masih sihat walaupun ada kalanya terbatuk dan selsema juga..biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit..

takde topik spesifik, cuma berbual kosong..sambil tengok liverpool & arsenal seri..hehe

Apa pun wa seronok campur bersyukur, sebab ada antara geng2 kat dalam pergatheringan ini yang boleh dianggap geng2 susah dan senang. Semoga Allah beri kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki halal yang mencukupi, dan permudahkan segala urusan hidup dan mati mereka..dan aku juga..dan semoga silaturrahim ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...amin!

Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa

Dalam satu kuliah Subuh bari-baru ni. Berkatalah seorang ustaz:-

"Apalah orang2 Islam kat Malaysia ni. Benda batal dia cakap tak, benda tak batal dia cakap batal."

Sebenarnya perkara yg aku nak beritahu ni aku pernah baca dalam satu blog. Tapi aku tak mahu terima lagi sampai aku dapat bertanya sendiri dengan ustaz. Tapi sebenarnya bukan aku tanya Ustaz ni pun. Dia yang beritahu semua orang secara suka rela..Alhamdulillah, terjawab juga persoalannya aku ni. Dia kata:-

"Jangan la korang risau, kalau sakit mata, titik ubat mata seperti Eye Mo atau sebagainya TIDAK membatalkan puasa. Sama juga orang yang ada sakit lelah, penggunaan inhaler itu TIDAK membatalkan puasa. korek taik telinga itu TIDAK membatalkan puasa..begitu juga dengan korek taik idung, TIDAK membatalkan puasa...



..yang MEMBATALKAN puasa ialah makan taik idung yang kita korek tu..hahahaha

boleh tahan gak lawak terpendam ustaz tu

Siapakah Manusia Yang Paling Panjang Umurnya?

Kata seorang ustaz yang aku terlupa namanya:-

1. Manusia paling panjang umurnya ialah Nabi Syuib as - umurnya 3000 tahun
2. Manusia kedua terpanjang umurnya ialah Nabi Adam as - umurnya 1000 tahun
3. Manusia ketiga terpanjang umurnya ialah Nabi Nuh as - umurnya 950 tahun
dan Nabi yang manakah pemegang sagu hati iaitu tempat keempat????

Jawapannya ialah BUKAN NABI, tetapi si Firaun daa - umurnya ketika mati ialah 600 tahun



hehe..panjang jugak rupanya umur mamat Firaun ni

Friday, August 12, 2011

Stuck at Office

Suddenly boss called for a meeting at 4.00pm to discuss on our latest tender exercise. When hj kecik told me about this meeting, I knew already the meeting will be long.

But it didn't last that long actually. What dragging us was the heavy rain. So we stuck for about 45 minutes at HQ.

So I have to buka puasa at office. Luckily I got company. 3 of my colleagues also stuck due to work load. So we walked to the nearby small bazaar ramadhan and I bought myself roti jala, nasi ayam berempah with extra ayam, hot soya and roti john for wifey.

selamat berbuka!

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan KHILAFAH?



Apakah yang dimaksudkan dengan Khilafah?

Khilafah adalah negeri/negara dan kerajaan/pemerintah di dalam Islam.


Islam itu apa pula?

Islam ialah pematuhan kepada Allah.


Pematuhan kepada Allah itu bagaimana?

Pematuhan kepada Allah itu ialah pematuhan kepada Allah sebagai yang Maha Agung, yang Maha Berkuasa dan yang Maha Memerintah.


Dalam sesetengah terjemahan English, anda akan temui maksud Malik sebagai Raja, tetapi dalam istilah Islam, maksud Al Malik ialah Maha Agung. Maha Agung ini adalah milik Allah. Oleh itu, untuk mematuhi Allah di dalam Islam ialah dengan mengaku dan menyifatkan Allah itu sebagai yang Maha Agung. Jika kita menganggap ada yang lain yang lebih agung, bermaksud kita tidak mematuhi Allah.


Untuk patuh kepada Allah, kita wajib meyakini Allah itu sebagai yang Maha Besar. Sebab itulah setiap kali umat Islam bersolat, kita tidak boleh melakukannya tanpa melafazkan Allahu Akbar. Al-Akbar itu ialah sesuatu yang Maha Berkuasa.


Justeru itu, Khilafah adalah negeri/negara dan kerajaan/pemerintah yang mematuhi Allah sebagai yang Maha Berkuasa. Jika negeri/negara dan kerajaan/pemerintah mematuhi sesuatu selain dari Allah, bermaksud sudah meninggalkan Allah.


Umat Islam wajib mematuhi Allah sebagai yang Maha Menetapkan Hukum atau dalam Bahasa Arabnya, Al-Hakam. Al Hakam ini bermaksud pemberi undang-undang, yang bukan sekadar penggubal undang-undang, tetapi penggubal undang-undang tertinggi, atau terutama, atau teragung. Satu-satunya undang-undang yang perlu diguna pakai dan dipatuhi di dalam pemerintahan di muka bumi ini. Tidak boleh ada undang-undang lain. Tidak boleh ada undang-undang yang dibuat oleh makhluk. Tidak boleh ada undang-undang yang diwarisi. Apabila DIA menetapkan sesuatu itu Haram, ia WAJIB dikuatkuasakan sebagai Haram. Dan apabila DIA menetapkan sesuatu itu Halal, maka WAJIB ia dipatuhi dan dikuatkuasakan sebagai Halal.


Oleh yang demikian, sesiapa yang patuh kepada selain undang-undang Allah sebenarnya telah pun meninggalkan Allah SWT sebagai yang Maha Menetapkan Hukum atau pun Al-Hakam. Dari istilah Islam, inilah apa yang dinamakan sebagai SYIRIK.


wallahualam...

Thursday, August 11, 2011

Suami Tak Perlu Mintak Izin Isteri Untuk Berpoligami


hehe..i follow!

Menurut Ustaz Azhar Idrus, para suami tak perlu meminta izin isterinya untuk berpoligami.

Macam mana pula kalau isteri rasa sakit hati sebab terasa ditipu dan seterusnya ingin bercerai? Bolehkah seseorang isteri itu meminta cerai kalau si suami tidak mengabaikan tanggungjawab, dan tidak buat apa2 yang membolehkan minta cerai itu jadi harus, hanya disebabkan rasa sakit hati dan tawar hati?

Ustaz kata BOLEH! Tapi jangan la minta cerai melulu..sebab itu semua bisikan iblis. Bawa2 lah bertenang. Lama2 insyaAllah akan boleh terima. Ini lah masalahnya kalau kita fikirkan pasal dunia. Cuba fikir akhirat, pasti lama kelamaan kita boleh redha dengan ketentuan Allah.

Tapi kalau dah memang tak rasa sayang dah kat suami, nak buat macam mana. Mintalah cerai. Sebab memang bercerai itu dibolehkan syariat..

Permulaan Hari

Aku tak pernah ambik pot pasal ni. Bagi aku permulaan hari ialah pada waktu pagi. Rupa2 nya bukan.

Ustaz Azhar Idrus cakap, permulaan hari ialah pada waktu Maghrib. Apabila azan maghrib dilaungkan, maka bermulalah hari baru.

Terima kasih ustaz!

Wednesday, August 10, 2011

Sakit Jiwa & Protokol Zionist

Semakin hari semakin sakit jiwa aku memikirkan persekitaran yang berlaku di negara ini, bila aku membaca berita2 tentang penipuan yang dibuat oleh pemerintah syirik Malaysia.

Kadang2 aku terfikir, tak payah baca lagi bagus. Tapi mana boleh. Aku kena baca. Aku wajib ambil tahu. Ini negara aku. Aku tidak mintak dilahirkan di sini. Ini takdir Allah. Aku kena redha. Allah tuntut kita menegakkan yang hak, dan menolak yang bathil mengikut kemampuan kita. Jadi aku tetap akan membaca. Kerana aku nak cuba beritahu orang di sekitar aku yg masih lagi khayal dibuat fitnah Dajjal. Aku nak beritahu mereka melalui penulisan dan percakapan aku. Buat masa ini, dua perkara ini yang aku mampu buat. Ini jihad yang mampu aku lakukan. Ada yang bersetuju, ada yang tidak. Aku tak kisah. Aku hanya menyampaikan, sebagai menyahut seruan Rasulullah SAW--> "sampaikanlah pesanku walau satu ayat"<--. Kefahaman dan kesedaran itu bukan urusan aku. Itu urusan sang Maha Pencipta. Itu hak DIA. Siapa aku untuk mengambil hakNYA?

Penipuan pemerintah syirik ini semakin jelas. Ramai rakyat Malaysia dah tahu tentang penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang juga syirik. Kenapa SPR pun syirik? Mudah. Sebab SPR ini membenarkan dan mendokong arahan pemerintah syirik. Ini bukan fitnah. Ini bukan mengadu domba. Sesiapa saja boleh semak dalam laman web Daftar Pemilih di url inihttp://daftarj.spr.gov.my/daftarj jika mereka rasa perihal penipuan pemerintah syirik ini satu pembohongan politik.


Buku Protokol Zionist


Jadi anda sudah faham kenapa aku sakit jiwa. Tetapi mungkin ada yang tertanya2 apa kaitannya dengan Protokol Zionist?

Mudah. Kerana hal2 penipuan pemerintah untuk terus kekal berkuasa ini memang terkandung di dalam 24 protokol zionist, iaitu pada protokol yang pertama. Apakah protokol pertama itu? Ini dia...

CARA MEMERINTAH YANG SEBAIK-BAIKNYA IALAH DENGAN MENGGUNAKAN KEKERASAN DAN KEGANASAN, BUKAN PERBINCANGAN ILMIAH. HAK ITU TERLETAK KEPADA KEKUATAN. SIAPA KUAT DIALAH YANG BERHAK KERANA DALAM HUKUM ALAM, KEBENARAN TERLETAK KEPADA KEKUATAN. SESUNGGUHNYA POLITIK TIDAK SESUAI DENGAN AKHLAK. PEMERINTAH YANG BERPANDUKAN MORAL BUKANLAH AHLI POLITIK YANG BIJAK. MEREKA YANG INGIN MEMERINTAH MESTI MENGGUNAKAN TIPU HELAH DAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. MINUMAN KERAS HARUS DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN ITU.

Inilah yang sedang dibuat oleh pemerintah syirik kita. Antaranya ialah dengan menggunakan SPR. Ini penipuan yang terbukti. Ini penipuan yang mereka terlupa nak tutup, atau tak mampu nak tutup, atau sebenarnya memang mereka dah mempunyai cara yang cukup licik untuk menutupnya, namun dengan izin Allah terbongkar juga. Penipuan2 yang tidak boleh dibuktikan itu aku rasa lagi la banyak. Allahuakhbar! kalau nak difikirkan dengan akal manusia yang amat terbatas ini, sampai bila2 la Islam takkan boleh dijadikan sebagai cara hidup di Malaysia ni. Sampai bila2 lah hukum Allah tidak akan terlaksana di sini.

MEREKA YG INGIN MEMERINTAH MESTI MENGGUNAKAN TIPU HELAH DAN NIAT MENGHALALKAN CARA.

Amacam? Sama tak dengan apa yang sedang berlaku di negara kita ni? Ada ke golongan2 yang pro-kerajaan yang nak nafikan lagi? Memang pasti ada..dan bertambah sakitlah jiwa aku ni bila memikirkannya..

Namun, apabila mengingatkan yang janji Allah itu benar. Aku kembali redha dengan apa yang berlaku. Janji Allah ialah, Islam akan kembali menyinari bumi ini apabila sampai masanya nanti. Janji Allah ialah, kerajaan Islam akan kembali tertegak di bumi ini apabila Dajjal selesai menjalankan tugasnya nanti. Dan mengenangkan janji yang pasti tertunai ini..aku lega..

wallahualam

Arghhh!

Hari ini aku terlambat bangun sahur, ngam2 5.30am baru terjaga. Arghhh!

Aku mengantar anak2 ke sekolah lebih awal pada bulan puasa untuk memastikan aku juga tiba awal ke pejabat. Namun sebaik membelok ke arah Setiawangsa, jalan sesak. Arghhh!!

Alang2 dah sesak, lagi baik aku melayan Soccernet kot2 ada berita baru pasal pembelian Sneijder, sambil melayan Abang Jem dan Mak Banang membebel ntah apa2. Tengok kiri kanan hp xde. Sah! aku tertinggal kat tepi sofa masa tengah pakai stoking tadi. Terpaksa patah balik rumah. Arghhh!!!

Namun aku ceriakan hati, sebab petang ni nak berbuka dengan geng2 baik aku. Lama tak lepak sama2. Lagipun Macha nak belanja berbuka hari ni. Dah masyuk la tu. Sampai opis, si haji kecik tak sampai lagi. Tiba2 dia kol hp aku. "bla..bla..bla..beli tender..bla..bla..tender briefing..bla..bla...tak jadila nk buka dgn Macha hari ni. Bos ajak main golf. Arghhh!!!!

Tuesday, August 09, 2011

Brader Lauk Power


Puasa dah 9 hari..tapi baru sekali jek aku pegi Bazar Ramadhan. Itu pun Bazar Ramadhan kecil yang di jalan tengah antara Wangsa Melawati ke Au5 tu. Aku terpaksa pegi pun sebab mem besar tak sempat masak..kami terpaksa ke HKL bawak si bongsu jumpa pakar kanak-kanak petang tu.

Brader yang jual lauk champion tu masih ada..cuma kali ini tapak gerai dia ke depan sikit. Berhampiran traffic light kat simpang 3. Tapi lauk pauk dia still sama kualitinya. Kari dia nampak cair jek..tapi sekali try..perghh! ayam goreng dia dia ada letak campuran bawang goreng dan daun kari..mungkin ada la ramuan2 lain..tp best la..best giler bagi aku dan isteri aku..


kedai brader belah kanan tepi mpv kaler biru


dan rupa2 nya ada sorang sahabat aku yg turut menggemarinya..

habis la..

kenapa habis la? apa yg habis?..hehehe

sahabat aku yg sorang ni lain macam sket semangat dia bab makan ni..ada satu masa tu dia dok giler nasi ayam melawati. Apa lagi, tiap2 hari la di bantai nasi ayam tu. Time cuti pun dia sanggup datang dari Rawang semata2 nak makan nasi ayam tu. Aku tak berapa pasti berapa bulan dia mengulang makan nasi ayam tu.

dan tadi dia kata dia suka lauk brader ni..dia ni duduk Kota Damansara..korang bayangkan la..


Perdebatan Sesama Opis Mate



Tiba-tiba sang kaca mata pun mengeluarkan statement yg berbunyi lebih kurang begini..

"bro, kau ada tak baca statement2 dalam fesbuk..pasal kes JAIS serbu gereja tu..amenda la PKR & PAS ni..betul la tindakan JAIS tu serbu..orang Melayu kita ni dah banyak yang murtad tau..kita kena la ambil tindakan yang sepatutnya..ada ke patut dia orang marah pulak..hish! teruk betul la dia org ni"

dengan senafas aku jawab, "itu bermotif politik la bro"

sang kaca mata melenting, "amenda engkau ni? sikit2 politik, sikit2 politik. Ini masalah yang kita tak boleh biarkan. Benda memurtadkan bangsa Melayu ni bukan benda baru. Aku dah lama tahu pasal benda ni..jadi kau nk kata apa yang Pakatan kata tu betul la?"

aku jawab, "tak la..semua betul. Tindakan JAIS serbu betul, Pakatan komen kata serbuan tu salah pun betul. umno sokong tindakan JAIS serbu tu pun betul..Kalau nk berdebat pasal perkara ni untuk tentukan siapa salah dan siapa betul memang takkan habis. Hanya Allah yang tahu kebenaran"

"Habis tu?" soal sang kaca mata

"Yang betul ialah kita tumbangkan kerajaan sekular sekarang ni, naikkan kerajaan yang nak tegakkan hukum Allah dan insyaAllah perkara2 macam ni takkan jadi, seandainya benar Pakatan nak tegakkan hukum Allah la.." aku jawab selamba

Sambil menggeleng kepala dan membuat memek muka, sang kaca mata berkata lagi..
"susah bro..bagi aku susah, dan takkan boleh buat punya..aku confident takkan boleh buat"

aku balas, "masa depan milik Allah..bukan milik kau..so kita takkan tahu..bab susah tu aku sokong, memang nak ikut hukum Allah ni susah..nak menang projek tanpa bagi rasuah memang susah..nak beli rumah tanpa terbabit dgn riba' memang susah..tapi bab mustahil tu aku tak sokong..kenapa takut nak bagi peluang? bagi la peluang dulu, kalau Pakatan yang dok kata nak tegakkan hukum Allah ni buat yang sebaliknya bila menang nanti, kita tumbangkan Pakatan pula..ni bukan masalah parti sebenarnya..aku bukan sokong Pakatan sebab dia ada PAS,..aku bukan reject umno sebab dia umno..aku sokong Pakatan dan PAS sebab depa kata nak pakai undang2 Allah kalau menang..aku reject umno & barisan ni sebab depa dah diberi masa terlalu lama..daripada 1957 sampai sekarang..takkan la dah 5o tahun lebih memerintah tak cukup masa lagi nk buat hukum Allah..tak cukup masa ke takmo buat? Kalau kau cakap kau dah tahu lama pasal kes murtad ni, dah tentulah pemimpin2 umno dan barisan tu tahu lebih lama daripada kau..sebab memang kerja dia orang untuk ambil tahu pasal perkara2 macam ni..so persoalannya, kenapa tiada apa2 tindakan yang dia org ambil walaupun perkara memurtadkan Melayu ni bukan perkara baru? kenapa baru hari ni? kenapa baru sekarang ni pula tiba2 dia orang dok sibuk2 pasal benda ni? sebab itulah aku cakap benda ni bermotifkan politik..kau nampak tak?"

sang kaca mata terkumat-kamit berfikir. Aku harap sangat dia faham apa isu besar yang perlu dia fikirkan sebenarnya. Aku harap sangat dia faham inilah antara fitnah Dajjal...

BOSAN? Bersyukurlah brader..

Dulu bosan sebab kononnya tiada masa depan...
Selepas itu bosan kononnya sebab tiada duit tambahan...
Kemudian bosan kononnya sebab tiada cabaran...
Seterusnya bosan kononnya sebab masa langsung tiada...
Akhir sekali bosan kononnya sebab kerja pula tiada...

Bawa-bawalah bersyukur!

YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN? - SAMBUNGAN 2

Entah mengapa, kemudiannya dengan secara tiba-tiba golongan Eropah yang tiba-tiba menganut Kristian ini menjadi Yahudi pula. Namun mereka bukan Yahudi sebenar iaitu Yahudi Israel. Mereka merupakan kaum Khazar Eropah Timur yang kemudian bertukar menjadi Yahudi, yang digelar Yahudi Eropah. Golongan Kristian Khazar Eropah yang tiba-tiba menjadi Yahudi ini kemudian mewujudkan satu pergerakan yang kononnya bersih gabungan Kristian-Yahudi bernama Zionist.

Pergerakan Zionist inilah yang menjadi batu loncatan kepada tercapainya sasaran besar yang disebutkan tadi. Sasaran besar ini ialah untuk membolehkan kaum Yahudi pulang ke Tanah Suci Jerusalem yang diharamkan ke atas mereka oleh Allah ribuan tahun dahulu. Sasaran besar ini ialah untuk mewujudkan Negara Israel yang diharamkan ribuan tahun yang lalu. Dan Yahudi Eropah ini kemudiannya mengepalai urusan capaian sasaran ini dengan jayanya. Kejayaan mereka ini adalah dengan mengguna pakai jalan kemungkaran peringkat tertinggi, iaitu jalan sekular yang bertuhankan syaitan. Jalan sekular ini ialah jalan pengasingan Agama dari segala aspek kehidupan. Jalan syaitan ini turut digunakan mereka untuk secara harfiahnya memaksa Yahudi Israel yang selama ini mendiami serata dunia Islam untuk berhijrah ke negara sekular Israel. Kejayaan mereka ini adalah dengan ketaatan mereka kepada Dajjal.

Orde dunia yang diperkenalkan golongan Yahudi-Kristian Eropah ini telah mempertahan dan memperkukuhkan Israel sehingga ia menjadi kuasa besar. Negara Dajjal ini tidak lama lagi akan menjadi negara pemerintah duna.

Adakah ia berlaku secara kebetulan? Tiadakah penjelasan bagi apa yang sebenarnya tersirat di sebalik yang tersurat?

Ada golongan yang tidak mahu mempercayai tafsiran tersirat ini. Namun ada juga golongan yang yakin dengan bukti yang ditunjukkan oleh Quran bahawa orde dunia pelik inilah yang didatangkan oleh Yakjuj dan Makjuj. Dajjal telah memperdaya masyarakat Yahudi untuk menentang nilai moral dan segala bentuk hukum keagamaan dalam usaha menjadikan Israel sebagai negara pemerintah dunia. Mereka menjalankan usaha ini dengan menggunapakai orde dunia ciptaan Yakjuj dan Makjuj ini.

Tidak lama lagi, Israel akan memerintah dunia. Tidak lama lagi Amerika Syarikat akan menyerahkan takhta sebagai negara kuasa besar kepada Israel. Senario ini sama sahaja dengan cara Amerika Syarikat dinaikkan sebagai kuasa dunia menggantikan British dulu. Caranya ialah melalui ekonomi. Caranya ialah melalui keruntuhan sistem ekonomi berasaskan riba' yang amat-amat dilarang oleh Allah. Dulu British pegang ekonomi dunia, kemudian mereka bankrap akibat kerakusan mereka membiayai siri-siri perang ciptaan Dajjal yang dijalankan oleh Yakjuj dan Makjuj. Sekarang pun sudah jelas memperlihatkan keruntuhan ekonomi Amerika Syarikat, juga akibat pembiayaan ke atas siri-siri perang ciptaan Dajjal yang juga dijalankan oleh Yakjuj dan Makjuj. Masanya sudah hampir tiba. Masanya sudah hampir tiba bagi waris-waris Rothschild yang berketurunan Yahudi Jerman ini menyelesaikan misi yang dimulakan sejak penghujung kurun ke 18 dulu.

Apakah yang bakal berlaku selepas Israel berjaya memerintah dunia dari Tanah Suci? Akan adakah negara sekular lain pula yang bakal menggantikan Israel sebagai kuasa dunia kelak?

Tidak. Selepas misi syirik ini berhasil, maka selesailah tugas sang laknat Dajjal. Selepas misi syirik ini berhasil, maka tercapailah cita-cita sang laknat Dajjal ini. Adakah ini bermaksud akan tamat segala peperangan? Adakah ini bermaksud dunia akan aman?

Tidak. Sebenarnya, peperangan di muka bumi Allah ini belum berakhir. Ia tidak akan berakhir selagi umat Islam terus-terusan menentang penindasan yang berlaku di Tanah Suci ini. Perang ini tidak akan berakhir selagi janji sang Maha Penakluk tidak tertunai. Perang ini tidak akan berakhir sehinggalah Islam kembali tertegak di muka bumi.

Pada penghujungnya, golongan Yahudi-Kristian tidak bertuhan ini pasti akan berdepan dengan penyelamat dunia yang mereka tolak dan yang kononnya mereka salibkan sebelum ini, iaitu Nabi Isa (RA).

Allah Yang Maha Berkuasa telah mencipta Yakjuj dan Makjuj serta memberikan mereka kuasa tak terkalah, dan Allah Yang Maha Berkuasa jugalah yang akan menewaskan mereka. Janji Allah akan memungkinkan tentera Islam pimpinan Imam Mahdi menyerang dan memusnahkan Israel. Yahudi laknat di Tanah Suci ini akan berdepan hukuman maha berat di tangan tentera-tentera Islam. Golongan penindas maha zalim ini akan dihukum, dan kemudian, akan tamatlah sejarah dunia dengan kemenangan yang pasti akan berpihak kepada golongan yang benar.

Wallahualam.

Monday, August 08, 2011

YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN?

Dunia penuh pancaroba. Dunia penuh tipu daya. Dunia adalah medan ujian sementara untuk alam akhirat yang kekal. Cuba halusi persekitaran dunia hari ini. Cuba dalami setiap peristiwa dan sejarah dunia. Apakah yang akan anda fahami?

Nampakkah kita dunia ini sebenarnya di kuasai oleh satu golongan? Golongan ini menguasai seluruh dunia, baik dari segi politik, kebudayaan, ekonomi, berita, sukan, hiburan, fesyen, pengangkutan, teknologi dan sebagainya. Golongan ini memiliki kuasa mutlak yang tidak langsung mampu digugat. Golongan ini bukan sekadar mengawal dunia, malahan mereka mengubah, menentukan dan mencipta diri mereka sendiri. Dalam masa yang sama, mereka mengubah dunia mengikut acuan mereka. Mereka telah meruntuhkan semua tembok yang selama ini memisahkan manusia antara satu sama lain, menjadi sebuah masyarakat global yang menggunakan satu bahasa, iaitu Bahasa Inggeris. Perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sebelum ini. Ini yang pertama. Dan InsyaAllah ini pasti yang terakhir. Siapakah golongan ini? Siapakah golongan yang menjadi fenomena unik dalam sejarah ini?

Mereka ialah Tamadun Sekular Barat Moden. Mereka ialah orde dunia gabungan Yahudi-Kristian Eropah.

Mereka ini merupakan orde dunia yang maha dahsyat, mereka merupakan ancaman maha hebat khususnya untuk masyarakat Arab dan Muslim, dan umumnya buat masyarakat bukan Eropah. Namun begitu bagi masyarakat Eropah yang hidup dalam takwa, berakidah dan bermoral, mereka turut tidak terkecuali. Golongan Yahudi-Kristian Eropah ini melancarkan pelbagai perang ke atas cara hidup beragama secara umumnya, dan Islam khususnya. Mereka menggunakan kuasa mutlak mereka untuk meracuni, menindas dan melakukan pelbagai ketidak-adilan dan kekejaman yang tiada bandingannya dalam sejarah ketamadunan kewujudan manusia.

Jenayah ‘bersih’ golongan Yahudi-Kristian kini dapat dilihat melanda Iraq yang penduduknya adalah masyarakat Islam Arab. Ini bukanlah perkara baru, kalau diteliti, ia sebenarnya sama sahaja dengan dasar ‘apartheid’ yang mereka kenakan ke atas masyarakat kulit hitam Afrika satu ketika dahulu. Mereka ini terlalu tamak. Mereka sedut seluruh kekayaan umat manusia melalui apa yang dipanggil sebagai kecurian halal. Mereka memenjara dan memperhamba umat manusia melalui ekonomi. Golongan ini tidak mempercayai tuhan, dan malangnya buat kita, mereka mempunyai muslihat yang maha hebat, di mana apa sahaja yang tersurat baik sebenarnya buruk dan apa yang tersurat buruk itulah yang baik.

Golongan inilah yang disifatkan di dalam al-Quran sebagai Yakjuj dan Makjuj. Golongan inilah yang sedang membantu sang laknat Dajjal untuk meneruskan fitnahnya ke atas umat manusia, golongan inilah yang sedang membantu sang laknat Dajjal untuk menyelesaikan tugasnya.

Kenapa golongan ini disifatkan oleh cerdik pandai Islam sebagai Yakjuj dan Makjuj?

InsyaAllah akan bersambung...

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Kasihnya ibu..membawa ke syurga - ini baris permulaan lagu Kasih Ibu nyanyian semula Jamal Abdillah. Saya kurang pasti siapa penyanyi asal lagu ini. Tapi brader Jamal ini memang bertuah. Allah menganugerahkan suara emas kepada beliau yang bagi saya belum mampu ditandingi mana-mana penyanyi lelaki di negara ini. Kebertuahan Jamal ini memungkinkan beliau menyanyikan lagu2 milik penyanyi lain dengan jauh lebih baik. Penghayatan Jamal memang kelas. Kalau ada kelapangan, cuba cari lagu ini versi Jamal di dalam YouTube. Sedap beb. Kalau dihayati betul2, kena pada masanya, tak mustahil boleh mengalir air mata..

Tapi bukan perihal Jamal yang saya maksudkan dalam entri ini. Entri ini, seperti tajuknya adalah berkenaan ibu.

Dalam kuliah Maulana Imran Nazar Hosein yang bertajuk Marriage in Islam, beliau membuat satu kenyataan yang cukup membuatkan saya terkesan. Dalam Bahasa Melayu lebih kurang beginilah bunyinya:-

"Saudara saudari seIslamku, ketahuilah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Akan tetapi, harus diingat..syurga itu di bawah tapak kaki ibu sepenuh masa..bukan ibu part-time yang pagi2 menghantar anaknya ke pusat jagaan, dan malam baru berfungsi semula sebagai seorang ibu.."

MasyaAllah. Dalam maksud kata-kata ini. Termenung jauh saya memikirkannya. Maka fahamlah saya bahawalah inilah antara fitnah Dajjal yang Nabi SAW sebut2 kan semasa hayatnya. Demi mengejar dunia, kaum2 ibu terpaksa bersama2 menggembleng tenaga membantu kaum bapa mencari rezeki demi kelangsungan hidup..licik bukan tipu helah si laknat ini?

Dan fahamlah saya kini bahawa inilah antara hikmah yang Allah kurniakan kepada saya dan isteri apabila anak keempat yang tidak kami rancangkan lahir ke dunia. Dengan bermulanya fasa kehidupan anak keempat kami, maka berakhirlah fasa pekerjaan ibunya. Maka dengan itu, jadilah isteri saya seorang ibu sepenuh masa..

Alhamdulillah, inilah buktinya bahawa sebaik2 perancangan manusia itu, perancangan Allah jauh lebih baik..



IMAM MAHDI DAN NABI ISA

Dalam salah satu kuliah Maulana Imran Nazar Hosein, bertanyalah seorang lelaki pemilik rangkaian Hotel De Palma yang juga merupakan sebuah hotel yang Patuh Syariah kepada Maulana,..terjemahan dalam Bahasa Melayu berbunyi lebih kurang begini:-

"Maulana kata Imam Mahdi dan Nabi Isa itu akan hidup sezaman, oleh itu siapakah yang akan menjadi khalifah pemerintah kerajaan Islam?"

jawab Maulana:

"Imam bermaksud ketua atau khalifah..jadi Imam Mahdilah yang akan menjadi Khalifah Islam pada akhir zaman nanti..Nabi Isa akan berfungsi sebagai seorang Nabi"

Allahuakhbar. Saya sendiri tak pernah terlintas untuk mempersoalkan perkara ini.. Alhamdulillah dapat satu ilmu.

Majlis kuliah yang disebutkan ini adalah hasil usaha si pemilik rangkaian Hotel De Palma tersebut. Bagus usaha sebegini..semoga Allah merahmati beliau.

Saturday, August 06, 2011

DAJJAL, SEKULAR, SYIRIK DAN PILIHANRAYA

Kenalkah anda dengan Maulana Imran Nazar Hosein? Bagi yang belum mengenalinya, sila rujuk laman web ini ---> http://www.imranhosein.org/

Beliau merupakan seorang Pemikir Islam terkenal daripada Trinidad, seorang pemikir Islam yang banyak menerbitkan karya-karya hebat yang mendasarkan kajiannya terhadap tafsiran Al-Quran dan Hadith, sama seperti Pemikir Islam hebat negara kita, Prof Syed Muhamad Naquib al-Attas. Maulana Imran masih hidup hingga kini, dan hidupnya beliau telah banyak memberi manfaat kepada umat Islam. Saya sendiri adalah salah seorang daripada ramai lagi yang telah terkesan dengan hasil penulisan dan pengajarannya. Alhamdulillah, saya telah berkesempatan mendengar kuliahnya sebanyak dua kali (Maulana sering ke Malaysia dan banyak mengadakan kuliah di sini). Pendedahan demi pendedahan yang dibuat beliau berdasarkan kajiannya terhadap Al-Quran, Hadith serta dokumen2 sejarah dunia yang kemudiannya dikaitkan dengan situasi politik dunia hari ini telah membuka mata saya seluas-luasnya tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini umumnya, dan di negara kita khususnya. Dan salah sebuah karya beliau yang mendapat perhatian ramai sehingga banyak diterjemahkan ke pelbagai bahasa (termasuk Bahasa Melayu) ialah Jerusalem In the Quran. Buku ini sebuah naskhah berat, namun Maulana Imran berjaya menyampaikannya dengan gaya penceritaan novel yang amat menyeronokkan. Jika berkesempatan, bacalah buku ini. InsyaAllah anda akan mendapat kefahaman tentang apa yang dikatakan fitnah Dajjal, apa tipu daya Dajjal terhadap manusia, dan mahu atau tidak anda perlu mengaitkannya dengan senario yang sedang berlaku di negara kita Malaysia. Senario yang saya maksudkan ialah dari segi pemerintahan, dari segi politik.

Antara petikan daripada buku tersebut yang menukar terus persepsi saya terhadap dunia politik negara kita ialah seperti berikut:-

The secular state makes the same declaration that Pharaoh made to Moses (‘alaihi al-Salam). That declaration is: The state is sovereign. Its authority is supreme. Its law is supreme. That is Shirk! When people vote in elections in a secular state they thereby accept the claim of the state to be sovereign. They accept its claim to supreme authority, and they accept its law to be the supreme law. When believers vote in such elections, therefore, they cannot escape from committing Shirk.

Secondly, when believers vote in elections in a secular state they have to vote for a political party. If that party, as government, declared to be Halal what the God of Abraham, Most High, made Haram, or enforced laws as such, then that government committed Shirk. Around the world today governments and parliaments of secular states have already declared Halal nearly everything that Allah declared to be Haram. When believers cast their votes for such political parties and governments that have already committed Shirk upon Shirk, s would imply acceptance of such people as fit to govern over them. Thus believers follow them into Shirk, Kufr, Dhulm and Fisq!

Apa kena mengena petikan di atas dengan negara kita? Apa kaitannya dengan kita? Mudah. Kaitannya ialah kerana Malaysia ini adalah sebuah kerajaan sekular!!! Mengapa saya kata kerajaan Malaysia kerajaan sekular? Mudah. Kerana Malaysia tidak menggunakan perlembagaan dan perundangan Allah. Malaysia menggunakan perlembagaan dan perundangan yang dibuat oleh manusia. Malaysia menggunakan perlembagaan dan perundangan yang diwarisi daripada kerajaan British. Tersentak? Tidak percaya? Tidak faham apa itu sekular? Bagi yang tidak tahu, sekular itu adalah pemisahan agama daripada semua aspek kehidupan. Agama disifatkan sebagai penghalang kemajuan.

Inilah sebabnya kenapa saya turut menyebut perihal Prof Syed Muhamad Naquib al-Attas dalam entri ini. Ini kerana beliau adalah penulis bagi sebuah lagi karya agung berkenaan Islam, iaitu Islam and Secularism. Di dalam buku ini, beliau mengupas berkenaan sekular. Menurut beliau, ada tiga elemen utama dalam proses sekular, iaitu:-

Disenchantment of Nature - Pemisahan agama daripada alam sekitar
Desacralization of Politics, - Pemisahan agama daripada politik
Deconsecration of Values - Pemisahan agama daripada nilai kehidupan

Elemen pertama bermaksud demi mengejar kemajuan, alam sekitar perlulah dikorbankan tanpa ragu2. Pokok ditebang sewenang2nya demi pembangunan. Bukit dan gunung ditarah sewenang2nya atas nama pembangunan. Apa saja yang menghalang kemajuan, perlu dikorbankan.

Elemen kedua bermaksud, kalau agama itu diselarikan dengan politik, maka terhadlah segala perkara yang berkaitan dengan politik. Susahlah nak maju kalau dah ada had dalam sesuatu perkara. Di dalam politik, niat menghalalkan cara. Apa sahaja dibolehkan demi kuasa. Penipuan, konspirasi, rasuah, penindasan, kezaliman, semuanya halal demi kuasa. Sedangkan kalau ikut agama tidak boleh. Agama pasti menghalang perlakuan-perlakuan seperti ini. Tiada agama di dunia ini yang menghalalkan penipuan, rasuah, penindasan dan kezaliman. Islam ke, Buddha ke, Kristian ke, Ayah Pin ke, apa saja agama menyeru penganutnya berbuat kebaikan.

Elemen ketiga bermaksud, agama perlu diasingkan daripada nilai-nilai kehidupan jika mahu maju. Kalau dulu, awal 1900 dulu, di Amerika Syarikat dan Britain contohnya, bersekedudukan lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan itu suatu perkara yang menjadi buah mulut orang ramai. Itulah sebabnya wujud istilah adultery. Masyarakat AS & Britain ketika itu memandang hina perlakuan sebegini. Tetapi lihatlah hari ini apa yang berlaku. Melahirkan anak haram sudah menjadi suatu kelaziman. Orang ramai sudah menerima ia sebagai satu cara hidup moden. Kini di sesetengah negara lelaki dengan lelaki boleh berkahwin. Perempuan dengan perempuan boleh berkahwin. Perkahwinan sejenis ini kini sudah boleh didaftarkan secara sah. Orang ramai sudah menerimanya. Di Malaysia sendiri, terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur ini, golongan bersekedudukan tanpa perkahwinan, dan golongan yang membuat hubungan sejenis sudah mula boleh diterima umum. Perlakuan seperti ini sudah MULA diterima sebagai satu cara hidup moden. Nauzubillah..MENGAPA boleh jadi sebegini? Hehe..yang itu anda kena fikir dan nilaikan sendiri

Setujukah anda bahawa pemerintah sekarang ini pemerintah yang mengamalkan sekular? Kalau anda faham apa itu sekular anda pasti bersetuju dengan saya. Undang-Undang Islam iaitu Syariah hanya diguna pakai untuk urusan2 perkahwinan, urusan kantoi tangkap basah, kantoi makan pada bulan puasa dan yang sewaktu dengannya. Urusan orang bunuh orang, urusan merompak, mencuri, meragut dan yang sewaktu dengannya kena guna undang-undang yang manusia buat, iaitu undang-undang yang diwarisi daripada kerajaan British! Itu belum lagi disentuh berkenaan pengamalan riba'. Kerajaan sekarang TIDAK MEMBENARKAN tertegaknya hukum Allah. Baca lagi sekali petikan ini:-

"Secondly, when believers vote in elections in a secular state they have to vote for a political party. If that party, as government, declared to be Halal what the God of Abraham, Most High, made Haram, or enforced laws as such, then that government committed Shirk. Around the world today governments and parliaments of secular states have already declared Halal nearly everything that Allah declared to be Haram. When believers cast their votes for such political parties and governments that have already committed Shirk upon Shirk, such votes would imply acceptance of such people as fit to govern over them. Thus believers follow them into Shirk, Kufr, Dhulm and Fisq!"

Saudara-saudari seIslamku, fikir-fikirkanlah...
Semoga anda dan saya mendapat perlindungan Allah daripada fitnah Dajjal..semoga Allah bukakan pintu hati kita kepada kebenaran..wallahualam!

Kita Perlukan Perubahan

Lima tahun bukanlah satu jangkamasa yang terlalu lama. Pejam celik pejam celik, sudah lima tahun saya tak update blog ini. Kali terakhir tahun 2006, iaitu sewaktu saya masih lagi berkhidmat di salah sebuah syarikat swasta di Kelana Jaya. Jangan tanya kenapa, sebab kalau anda tanya saya akan berikan pelbagai alasan2 hebat seperti saya sibuk memikirkan tajuk PhD, sibuk menganalisa ekonomi negara, sibuk mencipta kaedah pembelajaran matematik terbaru, dan macam2 lagi. Ya, betul tekaan anda, saya Master pun belum ada lagi sebenarnya..

Namun, dalam jangkamasa lima tahun ini, tersangatlah banyaknya perubahan yang telah berlaku. Antaranya:-
  1. Saya sudah 2 kali berpindah tempat kerja
  2. Saya sudah 1 kali pindah rumah
  3. Saya sudah beli 1 kereta lain (kancil gaban)
  4. Saya sudah 3 kali tukar henfon
  5. Saya sudah 5 kali tukar laptop (persendirian + opis punye)
  6. Saya sudah tukar 1 cincin (cincin yang bini saya ckp cincin Gurkha, dia sakit hati tgk saya pakai cincin yang saya pakai daripada tahun 2004 tu - so baru2 ni dia belikan cincin baru..yeay!)
  7. Saya sudah ada 4 orang anak
  8. Saya sudah ada 1 abang ipar
  9. Saya sudah ada 2 adik ipar
  10. Saya sudah ada 6 anak sedara
  11. Saya sudah 5 kali bertukar usia
  12. Saya sudah tukar saiz seluar kepada 38 (cis!!)
Banyakkan perubahan yang sudah berlaku. Itu baru perubahan berkenaan diri saya. Belum lagi nak cerita perubahan2 di persekitaran saya seperti perubahan dari segi ekonomi, negara, politik, model2 kereta, bangunan2 baru, etc.

Sebenarnya, perubahan sememangnya akan berlaku dalam kehidupan kita sama ada kita mahu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia atau tidak..cuma persoalannya, sempatkah kita berubah untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Tuhan? Entahlah..saya tak tahu, anda tak tahu, najib tun razak tak tahu, rosmah mansur tak tahu, profesor serba tau tak tahu, setan tak tahu, dajjal pun tak tahu..tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Mengetahui. Perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik inilah perubahan yang paling penting untuk kita, kerana inilah perubahan yang menentukan hala tuju kita di akhirat nanti. Semoga saya dan anda sempat berubah..wallahualam