Wednesday, February 22, 2012

Bagaimana Merawat Penyakit Gout

Orang kata, gout yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan kita ini penyakit orang kaya. Sebab gout yang terjadi akibat  ini berpunca daripada pemakanan kita. Entahlah..manusia ni boleh keluarkan macam2 andaian ikut sedap mulut mereka. Sebab pakcik aku kena gout, dan dia bukan orang kaya. Member baik aku pun kena gout, pun bukan orang kaya.

Tapi walaupun mereka tak kaya, mereka juga bukanlah tergolong dalam golongan miskin. Makan pakai semuanya cukup.

Carta berkenaan penyakit gout

Yang tak bestnya, kalau dah kena penyakit ni, macam2 makanan kita kena pantang. Daging merah seperti lembu dan kambing tak boleh makan. Sayur2 kekacang tak boleh makan. Ikan masin / telur masin atau apa saja makanan jeruk tak boleh makan. Dan macam2 lagilah. Tension beb. Lebih2 lagi bila tak boleh makan kambing. Macam mana nak layan  nasi arab nanti?

Takpelah. Yang penting, kalau dah ditakdirkan anda terkena penyakit ini, cubalah makan minyak zaitun extra virgin. Menurut seorang pengamal homeopati yang bapanya seorang pengidap gout kronik, masuk hari kedua makan minyak zaitun extra virgin ini, bapanya yang sudah seminggu terlantar di katil akibat serangan gout sudah mampu bangun dan berjemaah di surau.


Cara makan:-

Bangun pagi selepas minum air masak, makanlah satu sudu besar minyak zaitun. Selepas makan tunggu sejam sebelum anda mengambil sarapan pagi.

Malam sebelum tidur, ulangi semula. Makan satu sudu besar minyak zaitun, dan jangan makan atau minum apa-apa selama sejam.

Maknanya, setiap kali selepas makan minyak zaitun, jangan ambil sebarang makanan atau minuman dalam tempoh satu jam. Selepas itu anda nak makan atau minum apa pun belasahlah.

Amalkanlah. Dengan izin Allah anda sudah tidak perlu lagi menelan sebarang ubat-ubatan hospital..dan yang paling best anda tidak perlu lagi berpantang makan.

Wallahualam

Ubat Hospital / Farmasi Banyak Tak Halal?

Dalam satu perbualan aku dengan seorang ustaz yang mengamalkan perubatan alternatif, iaitu homeopati, aku mendapat satu maklumat yang amat mengejutkan. Menurut ustaz itu, dalam satu seminar anjuran JAKIM yang beliau hadiri, beliau ada bertanya kepada pegawai JAKIM yang terlibat berkenaan logo halal pada kebanyakan ubat-ubatan yang kebiasaanya tiada. 


Ya, apabila aku semak semula, aku baru perasan bahawa kebanyakkan ubat-ubatan yang ada di rumah tiada logo halal. Satu-satunya yang ada adalah vitamin c anak-anak aku. 


Menurut ustaz, pegawai JAKIM tersebut terdiam seketika selepas dia mengemukakan soalan. Lama dia mengambil masa untuk berfikir sebelum menjawab. Menurut pegawai tersebut, memang kebanyakkan ubat-ubatan tiada logo halal. Sebabnya mudah. Hampir kesemua ubat-ubatan di hospital itu tak halal sebenarnya. 


Perghhhhhh!


Dan, tambah pegawai JAKIM itu lagi, JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk memberikan logo halal kepada ubat-ubatan di hospital, sebab ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. JAKIM punya bidang kuasa cuma untuk ubat-ubat yang tidak berada dalam senarai kawalan Kementerian Kesihatan.


KahKahKah. Ini memang lawak giler. Macam mana la logo halal untuk ubat-ubatan di bawah bidang kuasa Kemententerian Kesihatan. Dah tentu la Menteri Kesihatan tu sendiri pun dah tak halal, nama pun LIOW TIONG LAI. Aku tak boleh nak compute benda ni.  So, aku pun mulalah buat kecoh kat pejabat. Dan kawan sepejabat aku kasi satu website yang menarik, bertajuk RAHSIA UBAT BABI. Sila klik di sini --> http://www.rahsiaubatbabi.com



Maklumat yang ada dalam website ni amat menjengkelkan. Bayangkanlah, daripada kita dilahirkan sampaila sekarang ni, berapa banyak ubat-ubat yang dihasilkan daripada babi yang sudah kita telan. 

Anak-anak aku semuanya mendapat suntikan vaksin yang lengkap sejak saat awal kelahiran mereka. Kononnya aku dah laksanakan tanggungjawab sebagai ayah dengan baik la. Rupa-rupanya vaksin yang disuntik dalam tubuh mereka itu tak halal. Adusss..

Oleh itu, marilah kita mencari ubat-ubatan alternatif yang tidak diragui status kehalalannya. Contoh terbaik  ialah madu, buah zaitun dan habbatus sauda. Ketiga-tiganya ada disebut dalam quran dan hadith Nabi SAW.


Surah An-Nahl [Ayat 69] ;
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir
Surah An-Nur [Ayat 35] 
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” 
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”
Melalui pengalaman aku sendiri, gabungan madu dan habbatus sauda ni memang gempak.  Baru-baru ni aku demam. Aku tak makan ubat hospital, sebaliknya aku campur madu asli dengan biji habbatus sauda. Dan hasilnya demam aku tu hilang dengan pantas. Bini aku pula batuk, dan aku suruh dia makan madu asli dan habbatus sauda macam yang aku makan. Terus gatal-gatal tekak dia hilang dan kahak keluar dengan banyaknya. Anak-anak aku pula, kalau mereka batuk tan berhenti-henti sewaktu tidur malam, aku akan bagi  mereka makan satu sudu kecil madu asli. Alhamdulillah mereka akan lena tidur sampai pagi.
Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Dengan izin Allah, anda akan dapat melihat hasilnya.
Wallahualam

Wednesday, February 08, 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Entri ni entri yang bagus. Sebab solat jamak dan qasar ini amat penting untuk kita tahu dan faham. Solat Jamak dan qasar ini adalah sebuah lambang kasih sayang Allah kepada kita. Dan juga sebagai peringatan betapa pentingnya solat sehinggakan walau dalam apa juga keadaan pun kita wajib menunaikan solat, selagi kita berfikiran waras. Tidak ada satu alasan atau sebab pun yg membolehkan kita meninggalkan solat. Sebab Allah sudah berikan pelbagai kemudahan dalam mendirikan solat ini.

Entri ini aku copy & paste daripada blog sahabat aku ---> http://visitor74.wordpress.com/2012/01/31/solat-jamak-dan-qasar/

----------------------------------------------------------------------



Aku ingat dah banyak dah aku tau pasal solat jamak dan qasar ni, tapi dalam kelas baru-baru ni dan lepas berbincang dengan ustaz lain, adalah lagi rupanya yang aku tak tau. Banyak orang tak tau nak buat solat qasar dan jamak sebenarnya. Itulah sebabnya kekadang aku tengok mereka buat solat tamam (solat penuh macam biasa). Dan ada juga yang tahu pasal solat jamak qasar ni, tapi mereka kata zaman dulu bolehlah buat, tapi zaman sekarang semua dah senang, apa lagi nak buat solat yang ringkas dan mudah itu? Dalam Islam, kenalah susah sikit, kata mereka. Pendapat yang lebih afdhal adalah lebih baik mengamalkan  solat qasar dan jamak apabila keadaan membenarkan. Sebab ianya adalah hadiah dari Allah dan Allah suka orang yang menerima hadiahNya. Sebenarnya kalau kita faham tentang fiqh solat Jamak dan Qasar ini maka kita akan faham bagaimana belas kasihanNya kepada hambaNya. Allah sebenarnya ingin memudahkan kita.

Definisi:
Solat Jamak: Apabila kita menggabungkan dua solat dalam satu waktu. Iaitu menggabungkan Zuhur dan Asar dan menggabungkan Maghrib Isyak. Maaf, solat Subuh tak boleh nak gabung dengan mana-mana. Kena buat jugak solat Subuh ni.
Jamak Takdim: Jamak yang awal. Maknanya menggabungkan solat Zuhur dan Asar di dalam waktu Zuhur dan menggabungkan solat Maghrib dan Isyak di dalam waktu Maghrib. Jamk Ta’khir: Jamak yang kemudian. Maknanya menggabungkan solat Zuhur dan Asar di dalam waktu Asar dan menggabungkan solat Maghrib dan Isyak di dalam waktu Isyak.
Solat Qasar: Berlaku apabila kita memendekkan solat Zuhur, Asar dan Solat qasar dibolehkan selama empat hari empat malam. Ini adalah pendapat yang terakhir sekali. Ada juga yang kata hanya dibolehkan selama tiga hari tiga malam sahaja.  Jamak tidak ada limit. Cuma Imam Shafie kata limit 19 hari.

Sebab untuk membolehkan qasar:
1. musafir. Boleh qasar dan jamak. Empat hari, empat malam. Boleh buat dua dua qasar dan jamak. Pendapat imam Ahmad. Tetapi apabila masih dalam musafir, tapi dah lebih dari empat hari dia boleh jamak sahaja.
2. apabila dalam ibadah haji. Boleh jamak qasar. Ketika di padang arafah sahaja. Di Mina, boleh buat qasar sahaja.
3. Peperangan. Boleh buat qasar sahaja. Tak boleh jamakkan sekali. Dibolehkan kepada yang jadi tentera sahaja. Dia boleh melakukan qasarkan walaupun waktu perang itu, dia sedang duduk di kampung dia. Kalau kat rumah, tak boleh.

Jadi, itulah sahaja perkara-perkara yang membolehkan kita mengqasarkan solat kita. Semasa zuhur atau maghrib, kena niat jamak dalam waktu seterusnya. Sebelum waktu habis. Contohnya, semasa masih lagi dalam waktu zuhur, kita hendaklah berniat dalam hati bahawa kita nak jamakkan solat zuhur ini semasa waktu asar nanti.

Kalau buat terawal, pun boleh lagi. Maknanya, katakanlah kita dah niat nak jamak semasa solat asar, tapi tengok keadaan, boleh pulak nak buat jamak taqdim dalam waktu zuhur.Mungkin semasa waktu zuhur tadi, kita sangka tak sempat nak sampai ke masjid atau tempat yang boleh kita solat, jadi tengok-tengok, terjumpa pulak tempat solat. Maka itu tidak ada masalah, boleh dibuat.

Afdhalnya adalah untuk mengakhirkan solat. Mengikut sunah Nabi. Kalau jamak takhir, kena tunai ikut turutan. Maknanya, kalau kita jamak takhir zuhur dan asar, kita buat zuhur dulu sebab dalam turutan solat, zuhurlah yang dulu. Walaupun masa itu, kita sedang solat di waktu asar. Ikut hadith Nabi. Semasa peperangan menentang Bani Quraizah. Nabi mengarahkan sahabat untuk terus pergi menyerang Bani Quraizah dan solat Asar di sana sahaja. Sebab Nabi tak nak buang masa dan hendakkan sahabat supaya cepat sampai ke sana. Dalam perjalanan, waktu Asar telah sampai. Jadi sahabat berbelah bagi. Samada nak solat Asar dulu sebab waktu dah masuk, ataupun untuk teruskan perjalanan dan solat di sana seperti arahan Nabi tadi.

Ada dua pendapat sahabat yang berselisih. Ada sebahagian sahabat yang melakukan solat Asar dalam perjalanan. Ada yang tidak melakukan solat asar apabila sampai waktu asar kerana arahan Nabi bahawa mereka kena melakukan solat asar apabila sampai di tempat Bani Quraizah. Tapi apabila mereka sampai, waktu asar telah habis, dan jemaah sedang melakukan solat maghrib. Jadi mereka telah berjemaah dengan mereka yang sedang melakukan solat maghrib itu. Tapi, mereka kena solat asar dulu walaupun imam sedang solat maghrib. Jadi, para sahabat membuat solat mana yang dahulu.

Ini juga menunjukkan hukum bahawa boleh kalau nak bermakmunkan imam yang solat lain walaupun imam niat solat lain. Sebab kaifiat solat itu adalah sama. Perbuatan solat itu sama. Lainlah kalau yang sedang jadi imam tengah buat solat jenazah atau solat gerhana matahari, sebab dua-dua solat itu lain dari solat biasa. Solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud. Sementara Solat Gerhana mempunyai dua rukuk di dalam satu rakaat. Afdhal adalah untuk meraikan masyarakat. Kalau waktu tu masyarakat tengah solat jemaah, elok kalau ikut.

Kalau dah kelaziman seseorang itu sentiasa melakukan perjalanan yang jauh, sekali-sekali jer boleh buat. Contohnya kalau driver taxi. Kerana memang kerja dia selalu sahaja bepergian. Tak boleh dia sentiasa melakukan jamak dan qasar.

Berapakah jarak yang membolehkan kita melakukan qasar? 2 marhalah perjalanan adalah pendapat yang paling masyhur. Sebab nabi pernah melakukan qasar apabila baginda bermusafir sejauh 2 marhalah. Tapi baginda juga pernah melakukan solat qasar apabila melakukan musafir sejahuh 12 batu. Paling sikit adalah nabi pernah melakukan qasar apabila baginda bermusafir sejauh 9 batu. Itu pun nabi pernah buat. Ibn Hajar memberi satu penyelesaian: kata beliau, kalau dia rasa diri dia dah musafir, dah boleh qasar dan jamak. Jangan dok main jarak jer. Sebab kalau Imam Hanifah, kena satu hari satu malam perjalanan, baru boleh buat solat qasar. Nabi tak pernah kata pasal jarak. Pendapat yang selalu orang pakai adalah mengikut perbuatan Nabi. Itu yang jadi dua marhalah tu. Maknanya, bukanlah nabi kata kena dua marhalah baru boleh dikira musafir.

Jamak tidak disyaratkan kena bermusafir. Contoh, seorang doktor bedah. Dia boleh buat jamak solat. Sebab tentulah menyusahkan beliau jikalau dia perlu meninggalkan orang yang sedang dibedah kalau dah masuk waktu. Islam tidak seperti itu. Qardarawi kata, untuk polis trafik pun boleh jugak. Sebab dia tidak boleh meninggalkan kerjanya untuk menunaikan solat. Nanti akan kecoh di jalanan kalau dia tinggalkan.
Nabi pernah menjamakkan dua solatnya tapi hujan, uzur atau musafir. Sekali sekala sahaja. Atau kalau kita ada dalam meeting yang tak habis-habis. Atau dalam perjalanan yang tak boleh nak berhenti. Boleh jamak juga. Atau anak kahwin. Islam begitu memudahkan dan memahami perjalanan hidup manusia dan masyarakat. Kalau tak belajar, tak tahu macam mana.

Kalau tak keluar musafir lagi, boleh jamak dulu siap-siap. Cuma tak boleh nak qasar. Sebab tak musafir lagi. Contohnya kita nak keluar, tapi waktu zuhur dah masuk.

Orang musafir diharuskan untuk tinggal Jumaat. Boleh teruskan perjalanan. Kalau dia singgah Jumaat di masjid di dalam perjalanan dia, boleh tak dia jamakkan asar sekali. Ada kata tak boleh. Fuqaha kata boleh. Nabi tidak musafir pada hari Jumaat. Jadi tidak ada contoh yang mengatakan tak boleh.

Boleh jamak qasar kalau balik kampung pun. Kerana ada pendapat yang mengatakan kalau kita balik kampung, tidak boleh jamak dan qasar kerana kita telah sampai di mukim kita. Sebenarnya kita tetapkan satu tempat sahaja nak tinggal. Maka mukim kita adalah di mana rumah kita tinggal di mana kita mencari rezeki di sana. Ada pendapat yang daif mengambil contoh dari Uthman yang tidak melakukan qasar apabila dia berada di Mekah. Ini adalah pendapat yang dhaif, jadi walaupun kita di kampung halaman mak dan ayah kita, kita masih lagi boleh melakukan solat jamak dan qasar.

Tapi berhati-hatilah. Jangan kita buat seperti Syiah yang sentiasa melakukan solat Jamak. Mereka tidak kira, samada sedang bermusafir ataupun tidak. Syiah ambik hadith Nabi kata jadikanlah hidup sebagai musafir. Tapi tanya pasal Nabi ada buat tak sentiasa solat jamak. Tidak, Nabi tidak sentiasa buat solat Jamak walaupun baginda ada mengatakan bahawa jadikanlah hidup kita ini sebagai musafir.
Allahu a’lam.