Thursday, December 22, 2011

Selepas 15 Tahun

Kali terakhir di Sg.Wang Plaza.

Selepas 15 tahun, malam tadi akhirnya bersua sekali lagi.

Inilah kejutan yang dibawa si mamat dari seberang bernama Dayat.

Kejutan ini menerbitkan imbauan silam zaman sekolah menengah.

Kejutan ini menimbulkan kelucuan

Kami pernah bermadu dulu.

Projek Yang Mengarut

Tiba-tiba aku jadi sibuk melampau.
Sebab hujung tahun ni adalah masa yang kritikal untuk menyiapkan segala projek, untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.

Dan segalanya kelihatan lancar. Projek dapat disiapkan mengikut perancangan. Cuti pun dah dimohon dan telah diluluskan untuk acara yang sudah dirancang sekitar sebulan yang lalu. Aktiviti ini julung2 kali diadakan. Betara guru dan askar2 pun dan berangan.

Tiba-tiba aku jadi kembali sibuk. Kali ni lebih sibuk daripada yang sebelumnya. Semua gara2 agong yang turun dan naik takhta. Namun aku seronok sebab projek yang baru aku dapat ini membuktikan rezeki itu bukan atas usaha manusia. Rezeki adalah urusan Allah. Sesungguhnya tiada satu perkara pun atas usaha kita. Segalanya di dalam perancangan Dia. 

Jadi apa masalahnya?

Tiada masalah untuk mengejar deadline. Sebab pasukan kerja aku komited. Tapi masalah aku adalah kerana kami berurusan dengan pelanggan yang cap ayam.

Kecap ayaman pelanggan ini menyebabkan semua jadi haru-biru.

Dan aku sudah mula merasakan projek ini mengarut!

Monday, December 05, 2011

Segalanya Belum Muktamad

Tiada yang muktamad, selagi nafas belum berhenti. Hari ini kita dapat tahu gula itu manis. Esok gula itu sudah menjadi pahit. Manis sebab kita rasa gula itu manis. Pahit sebab kita terpaksa menelan kepahitan akibat manis berlebihan yang menyebabkan penyakit. Hari ini kopi yang kurang gula itu rasa pahit. Esok kita dapat kemanisan hidup sihat hasil kepahitan kopi kurang gula tadi. Inilah lumrah alam. Inilah lumrah manusia yang lemah. Tiada yang kekal.

Ada konflik dalaman besar yang sedang aku lalui. Konflik dengan diri aku sendiri. Konflik ini sudah agak lama berlarutan. Konflik ini berkenaan persoalan2 dalam doa, ibadah dan amalan. Aku masih tercari2 jawapan hakiki. Aku masih belum dapat memuaskan hati aku dengan apa yang aku dengar dan belajar. Kelmarin aku rasa aku sudah faham, semalam ia kembali bermain dalam otak aku. Hari ini aku rasa aku sudah jelas, esok mungkin aku akan mempersoalkannya kembali.

Dan hari ini aku kembali pening.

Segalanya dirasakan jauh. Segalanya belum muktamad...

Friday, December 02, 2011

Kenali Diri Untuk Mengenal Allah

Dalam kita mencari kesempurnaan diri, kita sering alpa dalam banyak perkara. Dalam kita mencari keredhaan Ilahi, kita sering bertemu dengan persimpangan yang mengelirukan. Pencarian ini adalah pencarian yang dituntut Allah. Pencarian ini adalah pencarian ilmu agama. Dan ilmu agama itu ada empat tahapnya.



1. Syariat
2. Tarekat
3. Hakikat
4. Makrifat



Hari ini kita rasa kita sudah menemui suatu perkara baru yang berlandaskan syariat. Syariat ini berjaya membuka minda tentang kelalaian dan kesilapan yang tidak kita jangka pernah kita lakukan. Syariat ini nyata. Syariat ini menjelaskan hukum hakam. Syariat ini apa yang ada dalam al-Quran dan Sunnah yang dibawa junjungan besar Rasulullah SAW. Lalu kita pun bertekad untuk meninggalkan kealpaan silam. Lalu kita pun mencuba untuk beristiqamah dengan haluan baru yang kita pilih. 


Hari seterusnya, demi tekad untuk beristiqamah dengan haluan baru hasil pengetahuan berkenaan syariat tadi, maka kita pun melangkahkan kaki atas satu pencarian ilmu baru. Dan ketika itulah kita disenakkan dengan pelbagai kecelaruan dalaman yang terlalu sukar untuk dipuaskan. Maka kita pun memulakan perjalanan ke sana ke mari, atas satu pencarian untuk memahami hakikat. Perjalanan ini kita mulakan kerana kita sedar syariat sahaja tidak mencukupi untuk bekalan diri. Perjalanan yang dimulakan ini menerbitkan banyak siri-siri muzakarah sebagai usaha kita mendapatkan hakikat. Namun perjalanan mendalami hakikat ini sering menerbitkan kebuntuan. 


Perjalanan ini adalah tarekat. Sama ada tarekat ini mampu membawa kita memahami hakikat hanya Allah yang mengetahuinya. Perjalanan ini jauh. Perjalanan ini adakalanya dirasakan sukar untuk bertemu penghujungnya. Perjalanan ini adalah perjalanan mencari Allah. Perjalanan mencari Allah ini banyak dugaannya. Perjalanan mencari Allah ini besar halangannya. Kerana Iblis telah berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan hamba2 NYA. Kerana Iblis ini amat besar tipu dayanya. Kerana kita memerlukan bantuanNYA untuk melindungi diri kita dari bisikan si  laknat ini. 


Perjalanan ini tidak boleh tidak mesti bermula dengan diri sendiri. Perjalanan ini memerlukan kita mengenal diri. Perjalanan ini memerlukan kita benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan mengenal diri. Kerana apabila kita sudah berilmukan ilmu mengenal diri, maka ketika itulah, dengan izin Allah, kita akan mampu memahami apakah hakikat yang sebenar disebalik setiap syariat yang tertulis. Dan setelah kita benar2 memahami hakikat ini, dengan rahmatNYA, kita akan mampu mencapai tahap tertinggi yang dikatakan makrifat.


Wallahualam...