Friday, December 02, 2011

Kenali Diri Untuk Mengenal Allah

Dalam kita mencari kesempurnaan diri, kita sering alpa dalam banyak perkara. Dalam kita mencari keredhaan Ilahi, kita sering bertemu dengan persimpangan yang mengelirukan. Pencarian ini adalah pencarian yang dituntut Allah. Pencarian ini adalah pencarian ilmu agama. Dan ilmu agama itu ada empat tahapnya.



1. Syariat
2. Tarekat
3. Hakikat
4. Makrifat



Hari ini kita rasa kita sudah menemui suatu perkara baru yang berlandaskan syariat. Syariat ini berjaya membuka minda tentang kelalaian dan kesilapan yang tidak kita jangka pernah kita lakukan. Syariat ini nyata. Syariat ini menjelaskan hukum hakam. Syariat ini apa yang ada dalam al-Quran dan Sunnah yang dibawa junjungan besar Rasulullah SAW. Lalu kita pun bertekad untuk meninggalkan kealpaan silam. Lalu kita pun mencuba untuk beristiqamah dengan haluan baru yang kita pilih. 


Hari seterusnya, demi tekad untuk beristiqamah dengan haluan baru hasil pengetahuan berkenaan syariat tadi, maka kita pun melangkahkan kaki atas satu pencarian ilmu baru. Dan ketika itulah kita disenakkan dengan pelbagai kecelaruan dalaman yang terlalu sukar untuk dipuaskan. Maka kita pun memulakan perjalanan ke sana ke mari, atas satu pencarian untuk memahami hakikat. Perjalanan ini kita mulakan kerana kita sedar syariat sahaja tidak mencukupi untuk bekalan diri. Perjalanan yang dimulakan ini menerbitkan banyak siri-siri muzakarah sebagai usaha kita mendapatkan hakikat. Namun perjalanan mendalami hakikat ini sering menerbitkan kebuntuan. 


Perjalanan ini adalah tarekat. Sama ada tarekat ini mampu membawa kita memahami hakikat hanya Allah yang mengetahuinya. Perjalanan ini jauh. Perjalanan ini adakalanya dirasakan sukar untuk bertemu penghujungnya. Perjalanan ini adalah perjalanan mencari Allah. Perjalanan mencari Allah ini banyak dugaannya. Perjalanan mencari Allah ini besar halangannya. Kerana Iblis telah berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan hamba2 NYA. Kerana Iblis ini amat besar tipu dayanya. Kerana kita memerlukan bantuanNYA untuk melindungi diri kita dari bisikan si  laknat ini. 


Perjalanan ini tidak boleh tidak mesti bermula dengan diri sendiri. Perjalanan ini memerlukan kita mengenal diri. Perjalanan ini memerlukan kita benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan mengenal diri. Kerana apabila kita sudah berilmukan ilmu mengenal diri, maka ketika itulah, dengan izin Allah, kita akan mampu memahami apakah hakikat yang sebenar disebalik setiap syariat yang tertulis. Dan setelah kita benar2 memahami hakikat ini, dengan rahmatNYA, kita akan mampu mencapai tahap tertinggi yang dikatakan makrifat.


Wallahualam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home