Thursday, October 27, 2011

Syafaat Nabi SAW - UPDATE YG PENTING!!!!


Sila baca pada bahagian akhir entri ini untuk melihat update yang saya buat. Ia adalah penting. SILA AMBIL PERHATIAN

Kata seorang ustaz, junjungan besar Nabi Muhammad SAW ada 3 syafaat di akhirat nanti yang membolehkan umatnya:-
  1. Mengurangkan dosa 
  2. Masuk ke syurga tanpa perlu dihisab amalannya 
  3. Upgrade level dalam syurga
Oleh itu, kita ni kenalah sentiasa ingat kat Baginda. Banyakkan selawat ke atasnya, dan jangan lupa baca doa setiap kali selepas azan. Doa apa yang kita kena baca tu?

Inilah doanya:-

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mii'ad

Maksudnya:-

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji

selamat beramal!

Doa selepas azan ini betul. Ini doa yang diajarkan oleh Nabi SAW. YANG TIDAK ADA ADALAH DOA SELEPAS IQOMAH. Saya kena tekankan di sini sebab sebelum ini saya ada update entri ini, dengan mengatakan bahasa tiada doa selepas Azan dan Iqomah. Saya silap. Saya salah faham apa yang guru saya sampaikan. Maafkan saya atas kekhilafan ini.

Update penting yang turut ingin saya sampaikan berkenaan entri ini adalah:-

HARUS DIINGAT. DOA YANG KITA LAFAZKAN SELEPAS AZAN INI ADALAH DOA KITA KEPADA ALLAH. BUKAN KEPADA NABI SAW. YANG  MENGIZINKAN NABI SAW MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA UMATNYA ADALAH ALLAH SWT. NABI SAW TIADA KUASA UNTUK MEMBERIKAN APA JUGA SYAFAAT TANPA RESTU ALLAH.


Wallahualam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home