Batu 8 Gombak dan Pulut Warna DiRaja
Alhamdulillah, akhirnya pada hari Selasa malam Rabu 4/10/2011, aku membulatkan tekad untuk menyertainya. Sudah terlalu lama perkara ini bersarang dalam minda aku. Namun seribu satu macam halangan. Dan halangan yang paling besar ialah keraguan aku terhadap komitmen dan kesungguhan diri aku sendiri.
Bukan tiada bukti. Bukti yang amat nyata lagi jelas berada di depan aku sendiri. Bukti ini telah sedia berdiri di depan aku sepanjang hayat aku hidup di dunia ini. Bukan sikit orang yang bercerita. Orang yang bercerita ini adalah orang2 yang telah melihatnya sendiri. Ada juga yang sama2 mengalaminya. Ada juga yang bersama2 bersekutu dengannya. Dan yang paling nyata ialah kenyataan insan yang bertanggungjawab membimbingnya.
Semangat itu datang dan pergi seperti embun yang kering sesudah terbitnya mentari. Adakalanya timbul tegak bagaikan mahu menongkat langit. Adakalanya rebah tersembam di kaki bukit.
Namun kali ini semangat yang terbit tidak dirancang. Ia datang bersebabkan keinginan untuk membantu seseorang yang sepatutnya rapat. Ia datang bersandarkan perasaan simpati. Mungkin inilah gerakkan dan ketentuan hasil perancangan Yang Maha Mengetahui. Apa yang bakal menyusul selepas ini aku tak pasti.
Dan malam itu, di Batu 8 Gombak, mulut aku disuapkan dengan gumpalan kecil pulut warna diRaja. Semoga Allah memberkati usaha aku. Semoga Dia akan sentiasa bersama2 aku..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home