Wednesday, September 07, 2011

Selesai Dengan Allah, Maka Selesailah Semua

Kita ni sedang hidup dalam zaman fitnah Dajjal - zaman pembohongan. Sebab tu Nabi SAW dulu risaukan pasal kita. Sehingga ketika nazak pun baginda tetapi menyebut 'ummati, ummati' bermaksud umatku, umatku. Bagi yang benar2 faham, pasti tidak akan pelik dengan segala apa yang sedang berlaku di Malaysia dan di seluruh dunia. Baik dari segi politik, sosial, mahupun ekonomi

Disebabkan itulah kita sering melebihkan benda2 dunia daripada akhirat. Disebabkan itulah isteri2 bekerja dengan alasan nak membantu suami memperkukuhkan ekonomi keluarga. Sebabnya ialah kerana kita ni sedang dibohong oleh Dajjal. Dajjal telah mencorakkan dunia yang mengasingkan agama daripada kehidupan. Bermaksud, mengasingkan Allah daripada diri kita.

Tahukah kita bagaimana cara terbaik untuk mencukupkan keperluan kita? Benarkah kalau isteri kita bekerja akan mencukupkan keperluan kita? Apakah keperluan kita yang sebenarnya?
Persoalan ini rumit untuk dijawab. Masing2 pasti ada jawapan tersendiri.

Bagi saya, kita sebenarnya meletakkan keinginan kita melebihi keperluan. Sebab itulah isteri2 kita terpaksa bekerja, dan kita pula perlu bekerja kuat sampai tak solat, tak menghadiri majlis ilmu, dan tak pergi masjid. Contohnya:-

1. Televisyen itu perlu ke? Astro pula?
Sebenarnya tak perlu. Tapi pasti ramai akan mencari sebab dan alasan untuk menjadikan. televisyen ini perlu. Sebagai sumber beritalah, taknak ketinggalan zamanlah, sebagai hiburan sampinganlah..macam2 lagi.

2. Rumah memang kena beli ke?
Haha..ini subjek yg best. Bagi saya, kalau kita ada duit lebih, memanglah bagus kalau ada rumah sendiri. Tapi kalau tidak, perlukah kita melibatkan diri dengan riba' semata2 utk membeli rumah? Atau perlukah kita mengambil pinjaman dgn bank Islam atau bank2 yang ada sistem kewangan Islam yang pasti menuntut kita membayar jauh lebih banyak daripada apa yg kita pinjam? Pasti ramai kata perlu.. Bagi saya tidak..xde duit nak beli rumah, sewa sudah..sebab bukan kita nk duduk kat dunia ni sampai bila2..

3. Kereta
Ramai orang kata, kereta ni sekarang dah jadi satu keperluan. Tidak boleh tidak, mesti kena ada. Kononnya kereta lebih selamat berbanding motor. Mudah nak bawa anak ke klinik atau hospital kalau ada kecemasan. Dapat berlindung daripada hujan. Dan pelbagai lagi. Maka ramailah yang terpaksa berhutang untuk membeli kereta. Termasuklah saya. Tapi hakikat yang sebenarnya, tak perlu..bagi saya la..

Senarai ini boleh jadi panjang berjela. Handphone, rice cooker, mesin basuh, aircond..macam2 lagi.

Sebenarnya, keperluan itu ialah benda atau perkara yang kalau tiada, kita tak boleh hidup. Kita ni memang Allah dah jadikan ada yang senang, ada yang sederhana dan ada yang susah. Jangan pertikaikan kenapa, kerana kita tak boleh pertikaikan Allah. Dah nama Dia pun Yang MAHA Mengetahui. Dah tentulah hanya Dia yang tahu kenapa. Kita sebagai makhluk ni hanya boleh agak2 je kenapa.

Tetapi disebabkan melayan keinginan, kita ditawan dan dibelenggu dengan masalah ciptaan kita sendiri. Kita menjadikan rumah sendiri, kereta, tv, astro, tengok wayang, baju mahal, henfon bergaya dan bermacam2 lagi sebagai satu keperluan. Disebabkan itu maka terpaksalah isteri2 kita bekerja..atau diri kita sendiri bekerja kuat sampai tak dapat nak buat perkara2 lain yang boleh mendekatkan diri kita dengan Pencipta kita. Disebabkan itu maka kita pun dah terpesong dengan tujuan asal Allah wujudkan makhluknya - iaitu untuk memperhambakan diri kepadaNya.

Bak kata Sham Kamikaze dalam status fesbuknya tempoh hari:-

Barangsiapa meninggalkan ketamakan dan kerakusan terhadap dunia, maka Allah pasti akan mencukupkan semua keperluannya, menjadikan hatinya kaya dan kekayaan dunia datang kepadanya dengan mudah.

Maksudnya, kita carilah Allah. Dahulukan Dia dahulu daripada sebarang aktiviti hidup kita. Sebab hanya Dia yang dapat mencukupkan keperluan kita. Hanya dia yang dapat selesaikn masalah kita..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home