Imam Mahdi BELUM LAGI Muncul..Jadi BILA Dia Nak Muncul?
DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI
40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-
1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya seumpama hari2 kita...
...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan sebulan"...
Ada umat Islam yang percaya, dan ada yang tidak percaya perihal kedatangan Imam Mahdi. Bagaimana dengan anda?
Sebenarnya kita sebagai orang Islam wajib percaya akan kemunculan Khalifah Islam ini. Khalifah yang bakal merajai dunia ini sememangnya dinanti-nantikan ramai. Lebih-lebih lagi penduduk Palestin yang telah sekian lama tertindas. Namun apa yang perlu kita lakukan? Adakah cukup untuk kita sekadar berpeluk tubuh? Apakah cukup untuk kita sekadar memandang sepi segala bentuk kepalsuan dan penindasan yang sedang berlaku di dunia hari ini?
Kita sebenarnya sangat beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Segala bentuk kepalsuan dan penindasan ini adalah merupakan satu ujian sebenarnya. Keberuntungan kita ialah kerana ada antara kalangan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ini yang dirahmati dengan mimpi-mimpi benar perihal akhir zaman serta kedatangan Imam Mahdi. Mereka ini adalah para pemikir Islam yang tidak jemu2 mengkaji dan mengolah maklumat Islam bersandarkan kepada panduan2 daripada Quran dan Hadith. Namun maklumat-maklumat sebegini tidak boleh disahkan, kerana hanya Allah yang tahu letaknya sesuatu perkara itu. Para pemikir Islam ini hanya mampu mengutarakan pendapat mereka sahaja. Oleh yang demikian, janganlah anda terima bulat-bulat apa yang saya tulis ini. Saya cuma mengharapkan maklumat yang saya perolehi melalui pembacaan dan kuliah-kuliah yang saya hadiri ini akan menerbitkan persoalan di minda anda, seterusnya mewujudkan satu usaha untuk mencari kebenaran. Jangan khuatir, jika kita benar2 ikhlas mencari, kebenaran itu insyaAllah akan datang kepada kita. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Perkara berkenaan kemunculan Imam Mahdi ini sangat penting di dalam dunia Islam, sama ada untuk pengikut ajaran Syiah mahu pun Ahli Sunnah (dan sudah tentu buat Dajjal juga). Kerana kepentingannya, maka banyaklah kejadian pengakuan2 palsu yang berlaku. Mungkin anda pernah dengar tentang seseorang yang bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Kazzab. Beliau merupakan pengasas satu ajaran sesat di India dinamakan Ajaran Qadiani, yang muncul sekitar tahun 1889 dulu. Ini adalah rentetan kepada apa yang berlaku pada abad ke 19 di mana umat Islam seluruh dunia berdepan keadaan yang kacau bilau, termasuklah umat Islam di India. Percakaran pemikiran ulama2 mengikut mazhab telah mengakibatkan perpecahan, pergaduhan dan kemunculan pemikiran2 yang menyeleweng daripada agama Islam. Pada masa yang sama juga, masyarakat Islam amat memerlukan seorang pemimpin untuk menentang kepenjajahan Inggeris. Si Mirza yang merasakan dirinya berilmu dan mampu memimpin serta cukup faham akan ilmu Quran dan Hadis, telah mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Tuntutan mengarut ini ternyata palsu. (bagi saya, tidak mustahil watak Mirza Ghulam Ahamd al-Kazzab ini juga merupakan hasil ciptaan geng2 Yahudi)
Amat mudah untuk mengenal pasti kepalsuannya. Imam Mahdi TIDAK AKAN secara tiba2 mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi. Imam Mahdi adalah seseorang yang DILANTIK atau DIBAIAH orang ramai untuk memimpin Islam. Selepas dilantik atau dibaiah ini barulah dia mengaku dirinya Imam Mahdi.
Imam Mahdi ni kalau di dalam filem, bagaikan hero yang diminta mengetuai perang menentang geng2 jahat, tetapi dia tak nak sebab merasakan dirinya tak layak, atau sengaja tak nak tunjuk terer, tetapi akhirnya terpaksa juga kerana didesak. Dia akan terpaksa jadi ketua untuk menyelamatkan geng2 baik yang lemah. Oleh itu, kalau ada seseorang itu tiba2 saja mengaku sebagai Imam Mahdi, anda ludah sajalah muka dia. Sila pastikan ludahan itu tepat, dan isinya baik punye. Hehe..
Pemahaman kita berdasarkan apa yang tersurat dan tersirat dalam Quran dan Hadith berkenaan akhir zaman adalah dengan kemunculan semula Nabi Isa (as) sebagai tanda terbesar kiamat akan tiba. Namun, ikut logik akallah, tak mungkin Allah SWT akan turunkan Nabi Isa (as) sebelum si Dajjal menyelesaikan kerjanya. Kerja akhir si laknat ini nanti ialah dengan menyamar sebagai penyelamat dunia atau Messiah.
Bagaimana untuk kita mengetahui kerja Dajjal dah selesai?
Kita akan mengetahuinya apabila dia secara terbuka membuat pengakuan dirinya sebagai Si Penyelamat Dunia. Sebenarnya orang Yahudi pun takkan percaya jika sekarang ini ada yang mengaku dirinya sebagai Penyelamat Dunia. Lebih2 lagi kalau dia itu bukan dari kalangan orang2 Yahudi, dan tidak membuat pengakuan dari dalam Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem). Orang2 Yahudi hanya akan terkesan/percaya akan munculnya Messiah ini apabila bukti kukuh ditunjukkan.
Apakah bukti kukuh yang orang Yahudi nantikan?
Antaranya ialah apabila si pengaku itu ternyata sudah pun menguasai dunia atau pun sekurang2 nya menguasai orang2 Arab atau umat Islam di sekitar Tanah Suci Baitul Maqdis. Ini adalah kerana, kitab orang2 Yahudi (Taurat yang telah dipalsukan) mengatakan bahawa si penyelamat palsu (pemimpin) mereka ini akan merajai dunia (kononnya sampai bila2) dari Haikal Sulaiman yang bakal didirikan di tapak Masjid al-Aqsa sekarang (mengikut maklumat dalam siri2 video The Arrival, Israel sekarang ni sedang giat mengorek tapak masjid ini untuk meruntuhkannya bagi membolehkan Haikal Sulaiman dibangunkan).
- Israel BELUM LAGI dapat mengawal Arab dan dunia Islam di sekeliling negaranya
- Wilayah negara Israel BELUM LAGI berkembang untuk merangkumi sempadan Tanah Suci sebagai mana digambarkan dalam kitab Taurat (yang dipalsukan)
- Israel BELUM LAGI menggantikan Amerika Syarikat sebagai negara pemerintah dunia
- BELUM LAGI ada orang Yahudi (masa kini) yang mengaku sebagai Penyelamat Yang Dijanjikan (Messiah) - bila ada yang dah mengaku, dan fakta 1,2 dan 3 di atas ni telah berlaku, maka si pengaku inilah makhluk yang dinamakan Dajjal Laknatullah itu.
2 Comments:
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlayari blog ini krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hanya utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kasihsayang..adam7
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home