Salam Aidlfitri
2 September 2011
Saya sebenarnya sudah pun mula bekerja hari ini. Dan akan terus bekerja melewati hujung minggu sehinggalah berlalunya jam 12.oo tengah hari 6 September 2011 - deadline bagi tender yang sedang saya usahakan ini.
Disebabkan saya sudah tidak mahu lagi menggunakan strategi2 silam saya untuk memenangi tender (walaupun terbukti berhasil), saya terpaksa berusaha bermatian untuk memenangi tender mengikut cara lain. Cara lain ini memang memeritkan, namun membuatkan saya lebih tenang. Saya beruntung kerana majikan juga menyokong cara ini.
Apapun, buat para pembaca sama ada yang mengenali saya secara dekat atau pun tidak, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maafkan segala keterlanjuran bahasa saya dalam penulisan blog ini, baik yang disengajakan mahupun tidak.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home