Wednesday, August 17, 2011

YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN? - SAMBUNGAN 1

p/s: entah macam mana, saya terdelete entri asal YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN? - SAMBUNGAN 1 ini..Alhamdulilllah saya ada buat salinan..so saya upload balik..jadi kedudukan asal dia dah lari la..

Golongan ini disifatkan sebagai Yakjuj dan Makjuj berdasarkan tafsiran Quran dan Hadith yang menggambarkan ia sebagai dua makhluk keturunan Nabi Adam (RA) yang dianugerahkan Allah kuasa yang sangat hebat, yang hanya boleh ditewaskan oleh Penciptanya sahaja. Surah al-Kahfi ada menggambarkan bagaimana mereka dikurung disebalik tembok besi kerana kemungkaran yang mereka lakukan. Surah tersebut juga ada menerangkan bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan menggunakan kuasa mereka untuk melancarkan perang ke atas sesiapa yang hidup di atas landasan keimanan dan ketakwaan. Mereka juga menyimpan dendam ke atas golongan yang hidup secara primitif dan tidak berlebih-lebihan. Kerana hidup secara sederhana ini adalah hidup yang dituntut agama. Gambaran ini jelas menunjukkan yang Yakjuj dan Makjuj ini merupakan golongan penyembah syaitan yang zalim dan berhati binatang!

Surah tersebut seterusnya memberitahu kita bahawa pada akhir zaman nanti, tembok besi ini ini akan Allah runtuhkan, membolehkan mereka keluar ke dunia. Surah al-Anbiyah pula mendedahkan mereka ini akan bertebaran ke segenap pelusuk dunia – ini menunjukkan kekuasan mereka yang membolehkan mereka menguasai dunia, di mana buat pertama kalinya, satu golongan akan memerintah seluruh umat manusia. Kekuasaan mereka ini adalah berpandukan tipu daya dan sandiwara sang Dajjal Laknatullah.

Mari kita lihat bagaimana liciknya mereka bersandiwara. Sandiwara mereka ini sebenarnya sudah bermula beribu tahun yang lalu. Sandiwara ini sudah mulai memperlihatkan taringnya tak lama selepas wafatnya baginda Rasulullah SAW. Lihatlah bagaimana Umar al-Khattab (RA) dibunuh oleh Abu Lu’Lua. Lihatlah bagaimana fitnah dan tipu daya Dajjal mengakibatkan Usman bin Affan (RA) dibunuh. Dan lihatlah bagaimana bisikan Dajjal ini memungkinkan terkorbannya Ali bin Abi Talib (RA) ditangan firqah Khawarij. Khalifah-khalifah Islam ini sememangnya perlu mereka hapuskan untuk melemahkan keIslaman umat Islam. Dengan tewasnya sahabat-sahabat Rasulullah SAW ini, maka mudahlah Dajjal menjalankan misinya.

Dan akhirnya, semuanya terbongkar apabila para pemikir Islam melihat dunia ini dengan mata hati mereka. Semuanya terbongkar kerana para pemikir Islam ini mengkaji situasi dunia bersandarkan al-Quran dan Hadith. Semuanya terbongkar kerana Allah mengizinkan ia dibongkar. Secara faktanya, pembongkaran ini bermula dengan kajian ke atas kewujudan secara tiba-tiba satu orde dunia yang aneh dan misteri. Orde ini cukup pelik kerana ia terlalu obses dengan Tanah Suci yang juga dikenali sebagai Jerusalem, atau al-Quds, atau Baitul Maqdis. Secara tiba-tiba, bangsa Eropah yang liar menjadi penganut Kristian. Secara tiba-tiba bangsa liar kaum kulit putih penganut Kristian ini melancarkan perang yang kononnya suci digelar The Crusades. Perang yang berlarutan ribuan tahun lamanya ini akhirnya memberikan kejayaan kepada mereka, apabila tentera British yang diketuai oleh Jeneral Allenby berjaya menewaskan Empayar Islam Uthmaniah lalu menawan Jerusalem pada tahun 1917. Sebaik kemenangan dicapai, si Allenby ini lantas mengumumkan tamatnya perang suci yang sekian lama mereka perjuangkan ini.

Adakah mereka berpuas hati selepas kemenangan ini tercapai? Tidak. Mengapa tidak? Kerana bukan kemenangan ini sasaran mutlak mereka. Mereka mensasarkan sasaran yang lain. Mereka mensasarkan sasaran yang lebih besar. Apa sasaran yang lain ini? Apakah sasaran yang lebih besar ini?

Teruskan membaca...dalam Sambungan 2

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home