Mat Sabu Pengkhianat Bangsa?
Adakah Mat Sabu ini pengkhianat bangsa?
Maka berbakul-bakullah caci maki yang diterima oleh Mat Sabu apabila beliau mengangkat peristiwa Bukit Kepong sebagai satu peristiwa yang diputar-belitkan sejarah asalnya oleh si suku-sakat dajjal. UMNO, si tentera dajjal cawangan Malaysia pun apa lagi, tanpa lengah memainkan isu melalui media2 arus perdana yang dimilikinya untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka perlu terus berkuasa.
Perasaan aku bercampur-baur. Antara gembira dan sedih. Aku gembira kerana satu-persatu
<--Ke Mat Indera ni pengkhianat bangsa?
pembohongan di Malaysia ini telah terbongkar. Aku gembira kerana ramai yang sudah sedar hakikat yang kita rakyat Malaysia ini telah terlalu banyak dan terlalu lama dibohong oleh pihak kerajaan yang memerintah. Fakta sejarah diubah sesuka hati. Apa yang nak dihairankan dengan fakta sejarah yang diubah? Pemerintah sekarang ni nyawa pun jadi mainan dia orang. Sebab itu apa sangatlah kalau sekadar memaksa kita percaya yang kita ni berasal daripada monyet. Aku mungkin silap, sebab aku ni hanyalah insan kerdil yang serba-serbi kekurangan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, tapi bagi aku apa yang Mat Sabu si celik sejarah ini cuba beritahu itu betul. Cumanya si perajurit dajjal cawangan Malaysia (baca UMNO) yang telah memutar-belitkan kenyataan beliau sebagai satu cara untuk mengalihkan segala pembohongan pilihanraya yang mereka telah, sedang dan akan dibuat oleh mereka.
Masih tidak cukup lagilah segala pengkhianatan yang sudah umno lakukan terhadap bumi Malaysia ini?
Masih tidak jelas lagikah penindasan yg umno buat terhadap rakyat Malaysia ini?
So siapa pengkhianat bangsa sebenarnya?
Kepada kawan2 aku, luangkanlah sedikit masa untuk berfikir sejenak bagi menganalisa perkara yang tersirat di sebalik apa yang tersurat. Buka dan cabarlah minda anda untuk berfikir lebih sikit daripada sekarang ni. Janganlah main tembak semberono je. Kalau anda benar2 mencari, pasti Allah akan dorongkan anda untuk menemui jawapannya.
Wallahualam...
dan bagi yang ingin mendengar sejarah asal kemerdekaan negara kita ni..sila rujuk di sini------> http://www.youtube.com/watch?v=schKxrHVtmI
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home