Kenduri Doa Selamat Itu Salah?
Tahukah anda, kita selama ini telah dan sedang melakukan kesilapan dalam beramal?
Kita sering mendengar bahawa ilmu tanpa amal tiada gunanya..tapi sedarkah kita amal tanpa ilmu juga sia-sia?
Kesilapan ini berlaku kerana kita terikut-ikut dengan amalan keagamaan yang kini sudah menjadi satu budaya. Kesilapan ini berlaku kerana kita lupa akan ayat pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW ialah Iqra' bermaksud bacalah. Sama ada kita lupa, tidak pernah mahu ambil tahu ataupun kita tak faham maksud sebenar di sebalik ayat tersebut. Ayat ini membawa pengertian yang jauh lebih dalam daripada sekadar membaca. Ayat ini menyuruh kita untuk menuntut ilmu. Ayat ini meminta kita belajar. Menuntut ilmu dan belajar ini antaranya bermaksud membaca bahan ilmiah dan memahaminya. Untuk memahaminya kita perlukan guru untuk memberi penerangan dan bersoal jawab. Apakah bahan ilmiah paling penting untuk kita baca dan fahami?
Tiada bahan ilmiah yang lebih bermanfaat dan lebih agung daripada kitab AL-QURAN. Sebab kitab ini merupakan kalimah-kalimah yang dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Sebab kitab ini merupakan bahan ilmiah yang diturunkan oleh Pencipta kita sebagai panduan hidup buat hambanya.
Kajilah Sunah Rasulullah SAW sebelum kita melakukan ibadah
Sudah terlalu banyak amal ibadat kita yang terpesong akibat daripada pembudayaan agama. Tahukah anda KENDURI DOA SELAMAT itu sebenarnya tidak dibolehkan? Kenduri doa selamat ini adalah salah satu contoh pembudayaan agama. Bila nak pergi haji contohnya, kita pun buatlah kenduri doa selamat. Dalam kenduri ini, kita meminta para jemputan yang terdiri daripada jemaah surau/masjid, jiran tetangga, saudara mara dan sebegainya membacakan doa dengan diketuai oleh Pak Imam atau orang2 yang dirasakan ahli agama. Lepas baca doa maka kita pun jamulah mereka dengan hidangan yang disediakan. Hati kita pun tenanglah untuk berangkat ke tanah suci. Kononnya kita sudah pun melakukan satu ibadah sunat dan para jemputan telah pun mendoakan kita. Sebenarnya, doa yang dibacakan itu adalah sia-sia. Jamuan makan yang kita buat itu pun sia-sia. Tahukah anda meletakkan syarat dalam melakukan suatu ibadah itu TIDAK BOLEH dan BERTENTANGAN dengan sunah Rasulullah SAW?
Kalau kita nak jamu orang makan, maka jamu sajalah mereka tanpa meminta mereka melakukan apa2 perkara yang diniatkan untuk mendatangkan manfaat kepada kita. Nescaya kita sudah mendapat pahala daripada Allah kerana bersedekah. Dan selepas selesai majlis jamuan itu, kita sendirilah berdoa untuk apa2 hajat yang kita ingini kerana antara waktu paling mustajab untuk berdoa ialah selepas bersedekah. Waktu2 lain yang mustajab untuk berdoa ialah diantara azan dan iqamah, waktu diantara 2 khutbah dalam solat Jumaat, waktu sebelum berbuka puasa (jadi kalau nak doa dimakbulkan Allah, buatlah puasa sunat dahulu), dan selepas menziarah orang sakit (tak kisah sama ada di hospital atau di rumah).
Betulkah apa yang saya tulis ini? Jika rasa was2, pergilah cari dan sertai kelas2 tafsir al-Quran. Hanya dengan mempelajari tafsir al-Quran sahajalah kita dapat nampak dengan jelas apakah kepincangan dalam bab2 ibadah yang kita selama ini menjadi amalan kita. Ingatlah, hanya al-Quran sahaja sumber ilmu yang paling benar buat kita. Sebab Allah SWT sudah berjanji, Dia akan memelihara al-Quran sampailah dunia kehabisan usia.
Betulkah apa yang saya tulis ini? Jika rasa was2, pergilah cari dan sertai kelas2 tafsir al-Quran. Hanya dengan mempelajari tafsir al-Quran sahajalah kita dapat nampak dengan jelas apakah kepincangan dalam bab2 ibadah yang kita selama ini menjadi amalan kita. Ingatlah, hanya al-Quran sahaja sumber ilmu yang paling benar buat kita. Sebab Allah SWT sudah berjanji, Dia akan memelihara al-Quran sampailah dunia kehabisan usia.
Wallahualam!
10 Comments:
Bacalah bacalah bacalah....
Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?
Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda, tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.
Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)
Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)
Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya. (6)
Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.
Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.
ini Terpengaruh dengan wahabi kot.
Assalamualaikum. sdara tulis kisah yg sahabat buat tp nabi tak buat n larang ttpi waktu tu nabi masih hidup beliau verify kan amalan sahabat..habis tu klo kita buat sapa nk verify kn amalan kita??
X betul ni....
buo pak ang la ank haram
Btl
This comment has been removed by the author.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
“Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu),
Ulama dah bahas dah perkara ni.. Harus kenduri doa selamat.. Kalau ikut logik wahabi mcm ko ni, banyak benda yg bidaah yg ko sendiri pun amal..
Solat tarawih 20 rakaat + 3 rakaat sunat witir, tu Saidina Umar yg buat selepas kewafatan baginda Nabi.. Nabi buat 8 rakaat je, tu pun kat rumah sbb takut umat fikir solat tu jadi wajib.. Zaman Saidina Umar jadi khalifah, elok je berkumpul ramai2 kat masjid, buat 20 rakaat lagi..
Berani ko nak cakap saidina Umar buat bidaah sesat? Ngaji lagi dalam2..jangan suka2 hukum haram sana haram sini.. Makan diri nanti..
Begitulah seharusnya pencerahannya. Ramai yg dah terikut ikut dari datuk moyang mereka.memang seharusnya kitalah yg berdoa.tapi mungkin sendiri tak ada keyakinan dgn doa sendiri. Begitu pula mengeluarkan banyak wang untuk majlis kenduri itu.benar juga kita harus banyak sedekah Dan selepas itu kita berdoa.yg dtg mungkin juga hanya ikut2 saja.tapi amalan ini dah lama sangat diikuti Dan sukar nak ditingalkan.wallahu ALAM.
Siapa nak buat 8 rakaat seperti Nabi buatlah.nak ikut yg lain buatlah.tak nak buat diam2lah.tenang jer.Allah yg menilai.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home