Thursday, October 27, 2011

KENDURI TAHLIL (Untuk Org Meninggal) ITU PERBUATAN SYIRIK


Tajuk ini agresif. Tajuk ini bakal mengundang pelbagai spekulasi terhadap saya. Tetapi walau apapun spekulasi yang bakal diterima, saya tetap kena sampaikan, sekadar ingin memberitahu. Jika ada yang sangsi, seperti yang sering saya sebutkan sebelum ini, pergilah membuat kajian. Jangan terima bulat2. Pergilah rujuk kepada ahli tafsir. Pergilah bertanya kepada mereka yang berpegang kepada tafsiran al-Quran dan Hadith.

Apakah itu tahlil? 

Tahlil adalah zikir Lailahaillallah bersama bacaan2 tertentu yang bertujuan untuk dikirimkan pahalanya kepada mereka yang telah meninggal dunia. Tahlil ini sudah menjadi satu kewajipan kepada masyarakat Islam di negara kita. Ramai yang menganggap ia satu perkara yang wajib dilakukan, dan ramai yang akan memandang serong jika tahlil ini tidak dilakukan apabila berlakunya satu kematian dalam sesebuah keluarga Islam. 

Namun ia bukanlah satu syariat yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi SAW. Ia bukanlah satu syariat yang dipraktikkan oleh para sahabat Nabi SAW. Ia BUKANLAH BIDA'AH HASANAH seperti yang sering diucapkan oleh ustaz2 atau ahli2 agama selama ini. Sebenarnya tidak wujud pun istilah BIDA'AH HASANAH itu. Ia sebenarnya satu perbuatan syirik. Bida'ah Hasanah adalah satu ungkapan ciptaan kita yang bermaksud perkara2 bida'ah yang baik, yang kononnya boleh mendatangkan pahala. Apa2 sahaja perkara yang tidak disyariatkan oleh Nabi SAW dan tidak pula dilaksanakan oleh para sahabat adalah perkara sia2 untuk dilakukan. Dan apa2 juga perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW TETAPI tidak pula dilakukan oleh sahabat adalah BUKAN SYARIAT.

Contoh perbuatan sia2 adalah seperti entri saya sebelum ini berkenaan Kenduri Doa Selamat. Kenduri Doa Selamat ini jika dilakukan tidaklah sampai syirik, namun ia juga tidak mendatangkan sebarang pahala. Jika tidak mendatangkan sebarang pahala, kenapa kita perlu buat? Kan ada banyak lagi amalan2 sunat lain yang kita boleh buat untuk dapatkan pahala? Jangan jadi bodoh brader....

Dalam satu kelas tafsir Quran yang saya  hadiri, guru saya memberitahu ada dua (2) ciri-ciri syirik yang jelas terkandung di dalam tahlil ini. Pertama ialah apabila kita meminta syafaat daripada Nabi SAW melalui bacaan seperti di bawah:-



Kita kena faham bahawa Nabi SAW TIDAK BOLEH MEMBERI SYAFAAT kepada kita. Yang memberi syafaat sebenarnya adalah Allah SWT. Nabi SAW cuma menyampaikan syafaat itu. Oleh itu jika kita meminta syafaat daripada Nabi SAW bermakna  kita telah berdoa meminta sesuatu kepada manusia. Apakah hukumnya itu? Apabila kita berdoa kepada selain Allah, itu adalah satu perbuatan syirik. 

Perkataan kedua dalam bacaan ini , iaitu HADHRATI sudah terang2 salah. Ia BUKAN bahasa arab. Perkataan hadhrati  itu adalah perkataan yang mungkin berasal daripada India/Pakistan. Ini membuktikan bahawa amalan bacaan tahlil ini berasal daripada kawasan sebelah sana. 

Ciri-ciri syirik yang kedua ialah apabila kita mendustakan Allah. 

Kenapa? Apa yang dimaksudkan dengan mendustakan Allah itu?

Kita mendustakan Allah sebab kita mengatakan bahawa Allah akan memberikan pahala kepada bacaan tahlil yang kita lakukan ini. Ini adalah kerana tujuan bacaan tahlil ini adalah untuk mengirimkan pahala biasanya buat ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Sedangkan Allah tidak pernah berfirman dalam mana ayat2 al-Quran berkenaan perkara ini, dan Nabi SAW juga tidak pernah bersabda dalam mana2 hadith yang mengatakan adanya bacaan tahlil. Apabila dalam al-Quran tiada, dalam hadith pun tiada, kenapa kita pandai2 nak buat syariat sendiri dengan mengatakan Allah akan berikan pahala pula? Kita kena faham, tidak ada syariat baru selepas wafatnya Nabi SAW. Kita kena faham, mengatakan Allah akan melakukan sesuatu sedangkan Dia tidak pernah mengatakannya adalah SYIRIK. Syirik brader..Nauzubillahiminzalikh!

Di dalam Surah An-Najm ayat 39 juga sudah jelas mengatakan bahawasanya seseorang manusia itu tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.

Ibnu Katsir di dalam kitab tafsirnya - Tafsirul Quranil Azim telah menafsirkan ayat di atas sebagai bermaksud sebagaimana dosa seseorang itu tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu jugalah halnya dengan seseorang manusia yang juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan daripada amalannya sendiri.

Oleh itu, berhati2 lah dalam melakukan ibadat. Adakalanya pahala yang kita harapkan, namun dosa syirik yang kita dapat. Jangan buat main2 perkara syirik ini. Tak masuk syurga sampai bila2 brader..

Wallahualam!

2 Comments:

At Monday, December 05, 2011 7:12:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Terima kasih saudara. Semoga masyarakat melayu sedar tentang kesalahan yang sedang mereka lakukan sekarang. Perbuatan ini bukanlah di dalam mazhab Shafie sebenarnya tapi adalah tambahan dalam amalan masyarakat kita. Jangan segan untuk terus menulis lagi saudara.

 
At Tuesday, July 20, 2021 8:14:00 PM , Blogger Unknown said...

Alhamdulillah terima kasih , semoga ilmu ni dapat sedar kan kita , dan dapat mengamalkan ilmu dan memafahami al quran insyaALLAH

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home