Thursday, October 27, 2011

Entri "ALFATIHAH UNTUK ARWAH SAHABATKU"

Satu lagi pembetulan yang perlu saya buat adalah berkenaan entri seperti tajuk di atas yang saya pos pada 8 September 2011. 


Perkataan ALFATIHAH pada tajuk dan pada akhir entri tersebut adalah bertujuan untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah sahabat baik saya. Namun seperti entri saya bertajuk TAHLIL ITU PERBUATAN SYIRIK yang ada menerangkan maksud surah An-Najm bahawa seseorang manusia tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan daripada amalannya sendiri, perbuatan mengirim pahala bacaan Al-Fatihah ini adalah satu perbuatan sia-sia, dan boleh membawa kepada syirik. 


Yang boleh kita buat sebenarnya adalah berdoa kepada Allah SWT agar dosa seseorang itu diampunkan, bukan mengirim pahala.


Harap Maklum!



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home