KENAPA RUSIA DAN CHINA SOKONG NATO SERANG LIBYA?
Bagi yang mengikuti perkembangan pergolakan di Timur Tengah, tidakkah anda tertanya2 kenapa begitu mudah NATO masuk campur urusan Libya?. Kenapa Rusia dan China menyokong keputusan
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan NATO mencampuri
urusan di Libya secara ketenteraan? Adakah kedua2 negara ini sudah jadi bodoh
macam najib tun razak sehinggakan mereka tak nampak kesan sokongan yang mereka
berikan ini? Adakah ada perkara lain yang terselindung daripada apa yang kita
lihat melalui pandangan mata kasar kita?
Sebenarnya ini bukan satu kebetulan. Ini bukan satu keadaan yang berlaku secara tiba2, atau yang berlaku secara semulajadi tanpa ada yang mencorakkannya. Ini
kerana, Rusia dan China sudah terlebih sedar bahawa Zionist Eropah sememangnya terlalu
obses dengan sasaran tak masuk akal mereka untuk menaikkan Israel sebagai pemerintah
dunia. Saya rasa mereka juga tahu akan serangan palsu 9 September ke atas Amerika
yang bertujuan untuk membolehkan Zionist mempunyai sebab untuk melancarkan
perang yang akhirnya akan menyebabkan dunia Arab dan dunia Islam tunduk kepada
Israel.
Sasaran tak masuk akal yang saya sebutkan tadi bagaimanapun menjadi
masuk akal buat umat Islam yang mengkaji Quran dan Hadith, sebab kita sudah
diberitahu terlebih dahulu oleh Allah akan apa juga peristiwa yang bakal
berlaku di dunia ini melaluinya. Dan sekarang ini kita sudah dipermudahkan
untuk memahami akan perancangan jahat zionist sial ini, antaranya melalui buku Jerusalem
In The Quran karya Imran Nazar Hosein. Silalah beli dan baca buku yang sudah
pun ada terjemahan dalam Bahasa Melayu ini untuk memahaminya.
Sebenarnya
keobsesan ini telah menyebabkan Zionist kehilangan kapasiti bagi pemikiran
rasional yang strategik. Rusia dan China bukan sahaja dilengkapi dengan senjata
nuklear, mereka juga negara yang berbangga dengan jati diri mereka dan takkan
tunduk kepada sebarang arahan daripada negara2 lain. Zionist takkan mampu menundukkan mereka walau dengan apa cara sekalipun. Jadi,
bagi saya, keengganan Rusia dan China untuk menghalang keputusan Majlis
Keselamatan PBB untuk melancarkan perang ke atas Libya ini bukanlah satu
kebetulan. Mereka sebenarnya telah membuat keputusan untuk mengorbankan Libya. Kesan kepada keputusan mereka ini adalah jelas. Takkan ada halangan yang dapat melengah2 kan atau menghalang Rusia daripada mengiktiraf kerajaan selepas era Gadaffi ini. Jika tekaan ini betul, maka pengorbanan Libya tadi akan mewujudkan satu bukti baru yang mengejutkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, berkenaan perancangan strategik jangka panjang Rusia untuk membenarkan NATO terjerat lebih jauh ke dalam apa yang akhirnya akan menjadi kancah peperangan Timur Tengah. Dan takkan ada jalan keluar bagi NATO apabila mereka sudah terjerat sebegini jauh.
APAKAH PERANCANGAN RUSIA SEBENARNYA?
Mungkin strategi Rusia adalah untuk menunggu sehingga NATO berada dalam kedudukan ketenteraan paling rapuh sebelum mereka melancarkan serangan. Ya, Rusia akan menyerang NATO. Apabila Rusia memulakan serangan sahaja, maka bermulalah apa yang disebut sebagai perang Yakjuj dan Makjuj, yang mana para cerdik pandai Kristian dan Yahudi bergelut untuk memahaminya. Yang mana hanya para cendekiawan Islam yang dapat menjelaskannya dengan secara terperinci. Mahukan penjelasan? Silalah baca satu lagi karya hebat Imran Nazar Hosein yang berdasarkan kajian beliau terhadap al-Quran, Hadith, sejarah silam dan isu semasa bertajuk AN ISLAMIC VIEW OF GOG AND MAGOG in the MODERN WORLD. Namun buku ini masih belum ada terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Pandangan Islam memberikan penjelasan ampuh berkenaan pertempuran besar akhir zaman yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua-dua Yakjuj dan Makjuj ini. Apa yang paling penting, ia akan menyebabkan Israel langsung tidak berdaya untuk mempertahankan diri. Perang besar yang insyaAllah merupakan perang nuklear ini sudah tidak lama lagi. Mengikut kajian Imran Nazar Hosein, insyaAllah ia akan berlaku sekitar 20-30 tahun lagi. Bila meletusnya perang nuklear yang maha hebat ini, maka akan timbullah satu lagi petanda besar kiamat iaitu asap ataupun Dukhan.
Namun sebelum berlakunya perang nuklear ini, dunia akan terlebih dahulu menyaksikan NATO yang dikawal Zionist meneruskan keobsesan mereka dengan menggandakan penindasan maha kejam terhadap Pakistan, Mesir, Iran dan negara2 Islam yang lain, yang melebihi apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
Tetapi kebenaran tetap akan menang. Dan kebenaran itu adalah Islam. Itulah janji Allah yang takkan dapat diubah oleh sesiapa. Islam akan mencapai kemuncak kemayshuran, Islam akan berada pada kemuncak kegemilangan, sebelum dunia yang fana ini menutup matanya.
Imam Mahadi akan bangun
Nabi Isa akan turun
Yakjuj Makjuj akan hancur
Dajjal Laknatullah akan terkubur
Wallahualam..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home