Thursday, November 10, 2011

HATI BAGI JANTUNG AL-QURAN

Rasanya ramai yang sudah tahu, bahawa Surah Yaasin itu adalah jantung bagi Al-Quran. Maksud jantung Al-Quran ini ialah intipati Al-Quran. Maksud bagi seluruh al-Quran itu ada pada Surah Yaasin. Dalam bahasa yang lebih mudah, kesimpulan bagi seluruh kandungan Al-Quran terkandung di dalam Surah Yaasin.

Namun apakah pula hati bagi jantung Al-Quran ini? Apakah hati kepada Surah Yaasin? Apakah yang menyebabkan Surah Yaasin menjadi intipati bagi keseluruhan kandungan Al-Quran?

Jawapannya ada pada ayat 22 dalam surah ini. Ayat ke 22 ini merupakan dakwa surah Yaasin atau maksud Surah Yaasin. Terjemahan bagi bagi ayat ini ialah:-

MENGAPA TIDAK AKU SEMBAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN AKU, DAN YANG KEPADA-NYALAH AKU DAN KAMI SEMUA AKAN DIKEMBALIKAN

Tafsiran untuk terjemahan ayat ini pula ialah:-

KENAPAKAH TIDAK AKU SEMBAH / PUJA / BERDOA KEPADA ZAT YANG MENCIPTAKAN DIRIKU? SEDANGKAN JIKA AKU SEMBAH / PUJA / BERDOA ATAU TIDAK SEKALIPUN, AKU TETAP AKAN KEMBALI KEPADA-NYA

Inilah hati bagi surah Yaasin, dan inilah maksud bagi keseluruhan Al-Quran. Maksudnya bertepatan dengan tujuan kita diciptakan, iaitu hanya untuk menyembah Allah SWT. 

Daripada ayat ini kita diingatkan dengan jelas bahawa kita semua akan menemui Allah. Sebagai umat Islam, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa untuk menemuiNYA. Berjumpa dengan Allah inilah kenikmatan yang paling tinggi. Tiada satu nikmat pun yang dapat menandingi kenikmatan bertemu pencipta kita. Bayangkan kenikmatan syurga, dan bayangkan pula bagaimana nikmatnya jika kita dapat bertemu dengan pencipa syurga pula. Subhanallah.

Kenapa kita kena letakkan sasaran untuk bertemu Allah? 

Kerana kita hanya boleh berjumpa Allah di dalam syurga. Di Padang Mahsyar kita hanya dapat dengar suara DIA sahaja. Jadi, jika kita dapat bertemu Allah, maka secara otomatiknya kita akan masuk syurga.

Oleh yang demikian, setiap kali sebelum tidur, janganlah kita lupa untuk berdoa. Pujuklah Allah untuk melimpahkan rahmatnya ke atas kita. Pujuklah Allah agar memberi peluang untuk kita bertemu dengan DIA. Merayulah pada DIA untuk mengampunkan dosa2 kita. Sebab KITA MASUK SYURGA BUKAN DENGAN AMAL IBADAT KITA. Hanya atas rahmat ALLAH sahajalah kita boleh masuk syurga. . Mohonlah pada DIA supaya dipermudahkan penghisaban amal ibadat kita nanti. Mohonlah pada dia, walaupun kita banyak dosa dan kurang amalan, namun masukkanlah kita ke dalam syurga. Mintaklah masuk syurga walaupun tak cukup syarat. Sebab takkan cukup syarat untuk kita masuk ke syurga melainkan atas keizinan DIA.

Wallahualam!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home