Friday, January 25, 2013

KAEDAH DIGUNAKAN ILLUMINATI UNTUK MENGAWAL MANUSIA


1. Menggunakan rasuah berbentuk wang dan seks untuk mengawal mereka yang memegang jawatan tinggi dalam semua peringkat pemerintahan sesebuah kerajaan. Apabila mereka yang berpengaruh ini sudah terperangkap dengan Illuminati, mereka akan diperhambakan dengan menggunakan politik dan pelbagai bentuk peras ugut seperti diugut dengan masalah kewangan, pendedahan skandal mereka kepada orang ramai, juga diugut bunuh bukan sahaja ke atas diri mereka, tetapi turut melibatkan ahli keluarga yang lain jika kehendak Illuminati tidak dipenuhi.

2. Fakulti-fakulti di kolej-kolej dan universiti-universiti akan memilih para pelajar daripada kalangan keluarga berpengaruh yang memiliki kemampuan mental yang baik untuk memasuki program pembelajaran antarabangsa, dan mencadangkan agar mereka menjalani latihan khas yang bertujuan untuk menyemaikan fahaman bahawa hanya pemerintahan dunia satu kerajaan saja yang akan dapat menamatkan peperangan dan segala persengketaan. Latihan-latihan ini diberikan secara tajaan biasiswa bagi mereka yang dipilih oleh Illuminati.

3. Kesemua orang-orang berpengaruh yang telah terjatuh di dalam perangkap Illuminati dan juga para pelajar yang sudah dididik dan diberi latihan khas ini akan digunakan sebagai ejen yang akan ditempatkan di semua kerajaan sebagai pakar dalam bidang tertentu. Ini untuk membolehkan mereka memberikan khidmat nasihat kepada eksekutif tertinggi sesebuah negara itu agar mengadaptasikan polisi-polisi yang pada jangka masa panjang akan memihak kepada perancangan rahsia bagi konspirasi dunia satu kerajaan Illuminati yang akan membawa kepada kemusnahan kesemua kerajaan dan agama.

4. Memiliki kawalan mutlak ke atas surat akhbar, yang mana pada ketika itu merupakan satu-satunya saluran media komunikasi massa yang menyalurkan maklumat kepada orang ramai, justeru itu semua berita dan maklumat boleh diolah mengikut kepentingan Illuminati untuk dimomokkan kepada orang ramai agar mereka percaya dunia satu kerajaan merupakan satu-satunya penyelesaian kepada semua permasalahan yang wujud.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home