Wednesday, May 30, 2012

Yakinlah Dengan Quran dan Hadith, Bukan Dengan Ustaz2, Tok2 Guru dan Ulama2

Manusia ini memang sering ditipu syaitan. Tipu daya syaitan ini pula amatlah licik. Punyalah licik si syaitan ni sampaikan dalam pada kita berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah, rupa2 nya kita semakin jauh. Dalam kita beristiqamah melakukan ibadat untuk menjadi umat Islam hakiki, tanpa kita sedar kita sebenarnya sudah terkeluar daripada Islam. Nauzubillah..

 

Amat menyedihkan apabila masyarakat Islam pada hari ini lebih mempercayai ustaz2, tok2 guru, ulama2, mufti2 dan ahli2 agama daripada meyakini Quran dan Sunnah. Kita lupa bahawa selagi namanya manusia, pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang takkan silap adalah Quran dan Sunnah, sebab itu daripada Allah.

Jangan salah sangka. Aku yang jahil ini tidak memusuhi golongan yang disebutkan pada tajuk di atas. Jauh sekali menidakkan kepentingan golongan ini dalam mendidik masyarakat. Aku cuma mahu mencuba untuk mengubah persepsi masyarakat Islam, terutamanya di Malaysia ini, yang ekstrem terhadap golongan seperti ini. Tidak dinafikan, mereka ini perwaris Nabi SAW..tetapi bukanlah sebarangan orang yang boleh dikategorikan sebagai perwaris Nabi SAW ini. Hanya jika mereka benar2 hidup dengan berlandaskan kepada Quran dan Sunnah barulah kita boleh mengikut mereka. Maksudnya, apa saja ajaran mereka tentang ibadah, tentang Islam, tentang hukum-hakam, tentang berdoa, dan sebagainya, perlulah mempunyai dalil yang sahih. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meminta mereka mengeluarkan dalil-dalil sahih untuk memastikan ia adalah mengikut jalan lurus yang disyariatkan Allah SWT.

Kita kena berhenti membudayakan Islam. Kita kena berhenti menggunakan logik akal dalam beribadah dan doa. Islam itu bukanlah mengikut logik akal. Islam adalah berkenaan kepatuhan kita kepada Allah SWT. Islam adalah membenar dan mengamalkan syariat yang diturunkan Allah melalui Nabi SAW. Islam itu adalah mempraktikkan ajaran yang dibawa Nabi SAW, yang diamalkan oleh para sahabat. Islam bukan mereka-reka ibadat dan doa dengan menamakannya sebagai Bidaah Hasanah. Bidaah itu adalah syirik kepada Allah.

Wallahualam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home