Monday, May 07, 2012

BERSIH 3.0

Hampir 3 bulan aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang update. Dalam jangkamasa itu, macam2 perkara sudah berlaku. Bukan kesibukan yang menghalang aku menulis sesuatu. Aku cuma sudah kurang membaca bahan ilmiah sekarang. Bila input tiada, bagaimana untuk aku mengeluarkan output?


Namun aku rasa aku perlu ulas topik yang sudah pun suam2 kuku, iaitu BERSIH. Ulasan ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku yang sentiasa berubah2. Pandangan yang berubah2 ini bukanlah kerana aku bersikap umpama lalang yang menunggu arah tiupan angin. Aku tetap tidak berganjak dengan perjuangan jarak jauh aku. Aku tetap menyokong parti yang berpaksikan Islam sebagai Ad-Din. Sokongan ini bukanlah kerana aku mengikut aliran semasa. Sokongan ini bukanlah kerana ketaksuban aku terhadap mana2 individu yang memimpin. Sokongan ini juga bukanlah kerana aku bakal mendapat imbuhan sekiranya parti yang aku sokong menang. Sebaliknya sokongan ini adalah berdasarkan pemahaman aku akan maksud ayat2 dalam surah Al-Maidah ayat 44, 45 dan 47.

Aku menolak BN adalah kerana ia menolak hukum Allah. Aku menolak BN kerana pemerintahannya adalah berpaksikan kepada sekularisasi. Aku menolak BN kerana kehancuran yang mereka bawa, walaupun mereka bermegah kononnya Malaysia kini sebuah negara maju. Bukan aku menolak kemajuan, tapi aku menolak kefasikan, kezaliman dan kekufuran yang datang bersama2 kemajuan yang diagungkan mereka.

Apakah aku menyokong Bersih 3.0?
Dalam Bersih 1.0 dan 2.0, sokongan aku terhadap perhimpunan itu memang jitu. Tidak langsung berbelah bagi. Adakah aku turut sama berhimpun? Jawapannya tidak. Kenapa aku tidak sama2 berhimpun walaupun sokongan aku tidak berbelah bagi? Sebabnya mudah. Aku tidak boleh berada dalam kesesakkan sebegitu. Aku rimas dan lemas. Hehe..Namun, pandangan aku kini berbeza untuk Bersih 3.0. Aku sokong tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih 3.0. Cuma sokongan aku terhadap perhimpunan Bersih 3.0 itu sudah goyah.

Kegoyahan ini adalah disebabkan fakta terbaru yang aku perolehi dalam sebuah kelas tafsir Quran dan Hadith yang aku hadiri. Menurut Ustaz yang mengajar, Nabi SAW tidak pernah membuat perhimpunan menunjuk perasaan sebegini. Begitu juga dengan para Sahabat. Apabila junjungan besar dan para sahabat tidak pernah melakukannya, bermaksud ia bukan syariat. Apabila ia bukan syariat, maka kita tidak boleh melakukannya atas nama agama. Menurut Ustaz itu lagi, perhimpunan tunjuk perasaan seperti ini adalah dimulakan oleh pihak Syiah. Pihak Syiahlah yang mula2 mengadakan tunjuk perasaan sehingga mengorbankan Khalifah Uthman bin Affan dan isterinya.


Jadi kesimpulannya, BERSIH 3.0 membawa agenda yang betul, namun bagi aku perlaksanaannya tidak tepat. Ada yang mengatakan ia adalah cara terbaik untuk mendesak kerajaan agar telus. Ada pula berpendapat tidak ada cara lain lagi yang boleh dibuat untuk mendesak kerajaan kecuali turun dijalanan. Mungkin secara logik akal betul, namun Islam adalah berkenaan pematuhan terhadap perintah dan larangan Allah. Islam bukan mengikut logik akal manusia.

Wallahualam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home