Wednesday, February 22, 2012

Ubat Hospital / Farmasi Banyak Tak Halal?

Dalam satu perbualan aku dengan seorang ustaz yang mengamalkan perubatan alternatif, iaitu homeopati, aku mendapat satu maklumat yang amat mengejutkan. Menurut ustaz itu, dalam satu seminar anjuran JAKIM yang beliau hadiri, beliau ada bertanya kepada pegawai JAKIM yang terlibat berkenaan logo halal pada kebanyakan ubat-ubatan yang kebiasaanya tiada. 


Ya, apabila aku semak semula, aku baru perasan bahawa kebanyakkan ubat-ubatan yang ada di rumah tiada logo halal. Satu-satunya yang ada adalah vitamin c anak-anak aku. 


Menurut ustaz, pegawai JAKIM tersebut terdiam seketika selepas dia mengemukakan soalan. Lama dia mengambil masa untuk berfikir sebelum menjawab. Menurut pegawai tersebut, memang kebanyakkan ubat-ubatan tiada logo halal. Sebabnya mudah. Hampir kesemua ubat-ubatan di hospital itu tak halal sebenarnya. 


Perghhhhhh!


Dan, tambah pegawai JAKIM itu lagi, JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk memberikan logo halal kepada ubat-ubatan di hospital, sebab ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. JAKIM punya bidang kuasa cuma untuk ubat-ubat yang tidak berada dalam senarai kawalan Kementerian Kesihatan.


KahKahKah. Ini memang lawak giler. Macam mana la logo halal untuk ubat-ubatan di bawah bidang kuasa Kemententerian Kesihatan. Dah tentu la Menteri Kesihatan tu sendiri pun dah tak halal, nama pun LIOW TIONG LAI. Aku tak boleh nak compute benda ni.  So, aku pun mulalah buat kecoh kat pejabat. Dan kawan sepejabat aku kasi satu website yang menarik, bertajuk RAHSIA UBAT BABI. Sila klik di sini --> http://www.rahsiaubatbabi.com



Maklumat yang ada dalam website ni amat menjengkelkan. Bayangkanlah, daripada kita dilahirkan sampaila sekarang ni, berapa banyak ubat-ubat yang dihasilkan daripada babi yang sudah kita telan. 

Anak-anak aku semuanya mendapat suntikan vaksin yang lengkap sejak saat awal kelahiran mereka. Kononnya aku dah laksanakan tanggungjawab sebagai ayah dengan baik la. Rupa-rupanya vaksin yang disuntik dalam tubuh mereka itu tak halal. Adusss..

Oleh itu, marilah kita mencari ubat-ubatan alternatif yang tidak diragui status kehalalannya. Contoh terbaik  ialah madu, buah zaitun dan habbatus sauda. Ketiga-tiganya ada disebut dalam quran dan hadith Nabi SAW.


Surah An-Nahl [Ayat 69] ;
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir
Surah An-Nur [Ayat 35] 
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya..” 
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “ Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?” Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; “ As Sam itu adalah mati..”
Melalui pengalaman aku sendiri, gabungan madu dan habbatus sauda ni memang gempak.  Baru-baru ni aku demam. Aku tak makan ubat hospital, sebaliknya aku campur madu asli dengan biji habbatus sauda. Dan hasilnya demam aku tu hilang dengan pantas. Bini aku pula batuk, dan aku suruh dia makan madu asli dan habbatus sauda macam yang aku makan. Terus gatal-gatal tekak dia hilang dan kahak keluar dengan banyaknya. Anak-anak aku pula, kalau mereka batuk tan berhenti-henti sewaktu tidur malam, aku akan bagi  mereka makan satu sudu kecil madu asli. Alhamdulillah mereka akan lena tidur sampai pagi.
Kalau tak percaya, cubalah sendiri. Dengan izin Allah, anda akan dapat melihat hasilnya.
Wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home