TIPS UNTUK BERDOA
Doa adalah senjata orang Mukmin. Sebagai hamba yang hina, lemah dan tiada upaya, kita memang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT dalam apa juga perkara. Terlalu banyak keperluan mahu pun keinginan yang ingin kita penuhi sebagai makhluk. Permintaan untuk memenuhi keperluan dan keinginan inilah yang dipanggil doa.
Allah itu MAHA KAYA. Allah tiada sifat miskin. Walau seberapa banyak sekalipun doa yang dikabulkan, takkan sedikit pun ia akan mengurangkan kekayaanNYA. Janganlah sombong untuk berdoa. Apa saja bahasa boleh digunakan dalam berdoa. Allah faham. Cuma kalau kita berdoa dalam solat, kita tak boleh lafazkan doa yang diucapkan dalam bahasa selain Bahasa Arab. Kena lafaz dalam hati.
Waktu terbaik untuk berdoa
Allah telah tetapkan waktu2 yang mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah detik di antara dua khutbah Jumaat, waktu di antara azan dan iqomah (jika solat berjemaah sahaja), sebelum masuk waktu berbuka puasa, lepas menziarahi orang sakit, lepas menziarahi sesebuah kematian, selepas bersedekah, ketika sujud dalam solat, dan pada waktu sepertiga malam. Oleh itu, banyakkanlah berdoa pada waktu yang mustajab ini.
Lafaz doa
- Mulakan dengan meminta keampunan atas dosa2 yang kita lakukan dengan beristighfar.
- Kemudian lafazkan kata2 pujian kepada Allah.
- Teruskan dengan selawat ke atas Nabi SAW
- Mula berdoa dengan meminta dijauhkan diri kita daripada neraka.
- Teruskan berdoa apa yang dihajatkan. Contohnya dipermudahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
- Seandainya doa kita adalah berkenaan keperluan duniawi, teruskan doa dengan lafaz lebih kurang begini:-
"Ya Allah, bukanlah aku mengejar duniamu, namun sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya yang kau jadikan di muka bumi ini, ada pelbagai perkara yang aku perlukan. Maka kau makbulkanlah doaku ini Ya Allah. Jika tidak kau yang mengabulkannya, kepada siapa lagi harus aku berdoa?
Wallahualam...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home