Monday, June 18, 2012

ANDA DIRASUK JIN?

Kerasukan jin bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita. Sana sini kita akan dengar pelbagai kes-kes sebegini. Ada yang kata disebabkan saka, ada yang kata "kena tegur" atau keteguran, ada yang panggil histeria, dan macam2 lagi.
Bagaimana kita boleh dirasuk atau dimasuki jin? Bukankah setiap orang Islam itu sudah Allah sediakan malaikat (yang bernama Hafazhah) sebagai penjaga. Perkara ini Allah SWT jelaskan di dalam surah  Ar-Ra'd ayat 11:-
A011
Maksudnya:-
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ayat di atas adalah bukti kasih sayang Allah SWT atas sifatnya Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap kita. Allah SWT sudah sediakan segala-galanya yang kita perlukan. Sehinggakan malaikat pelindung juga turut diberikanNya kepada kita. Cuma kita yang tidak mengenal siapa Allah SWT. Cuma kita yang tidak pernah mahu bersyukur. Cuma kita yang sentiasa berbuat dosa.

Jin tidak akan dapat merasuk kita andai shahadah kita masih belum terbatal. Jin akan hanya dapat merasuk kita jika kita ada melakukan perkara syirik tanpa kita sedari. Kerana malaikat pelindung yang Allah SWT kurniakan kepada kita akan lari sebaik sahaja shahadah kita terbatal.

Bagaimana mahu menghalau jin yang sudah merasuki seseorang?

A. Jika mangsa rasuk tidak agresif dan masih berada dalam keadaan waras dan kita masih boleh berbual dengannya, lakukan perkara berikut:-

  1. Tanya mangsa adakah dia percaya bahawa Allah SWT adalah tuhan yang mencipta kita dan yang wajib kita sembah? Jika mangsa percaya (sama ada melalui perkataan atau anggukan kepala), tanya soalan kedua, iaitu:-
  2. Adakah dia percaya bahawa Nabi Muhammad SAW itu rasul yang Allah SWT utuskan kepada kita?  Jika mangsa percaya (sama ada melalui perkataan atau anggukan kepala), ajar dia mengucap dua kalimah shahadah, iaitu:-
  3. Ashhadualla Ilaha Illallah, Waashhadu Anna Muhammadarrasulullah. Sesudah itu, minta dia lafazkan ayat seperti berikut:-
  4. Aku buang semua jin yang merasuki tubuhku dengan Bismillahhirrahmanirrahim

InsyaAllah akan keluarlah jin itu daripada tubuh mangsa. Sesudah itu, minta mangsa mandi, mengambil wuduk dan solat sunat dua rakaat.

B. Jika mangsa agresif atau berada dalam keadaan yang tidak waras. Kita lakukan perkara seperti berikut:-

  1. Kita lafazkan dua kalimah sahahadah -  Ashhadualla Ilaha Illallah, Waashhadu Anna Muhammadarrasulullah 
  2. Ambil wuduk
  3. Solat sunat dua rakaat
  4. Baca Ayat Kursi sehingga selesai
  5. Tiup ubun-ubun mangsa
Nota:
Jika jin tersebut berdegil tidak mahu keluar, kita kena baca surah al-Baqarah pula sehingga selesai dan kemudian tiup ubun-ubun mangsa.

Sebagai makluman, jika kita baca surah al-Baqarah, jin dan syaitan tidak akan memasuki rumah kita selama 3 hari.

Sesudah selesai kita buat proses B dan dengan izin Allah jin itu sudah keluar, kita buatlah semula proses A sehingga selesai.

Wallahualam...

1 Comments:

At Saturday, July 14, 2012 6:16:00 PM , Blogger Unknown said...

thanks..
info yang bermanfaat.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home