Tuesday, June 05, 2012

BERDOALAH DENGAN DOA YANG BETUL

Secara sedar atau pun tidak, kita sebenarnya sentiasa berdoa. Cuma kadangkala kita tak tahu apa yang kita lafazkan itu sebenarnya adalah satu doa. Contohnya, seorang ibu yang sedang membasuh baju akan berkata seperti ini, "mintak2 hari ni panaslah sampai petang, banyak baju aku basuh hari ni". Budak2 lelaki yang nak main bola di padang sekolah pula akan berkata, "mintak2 petang ni tak hujanlah..dah lama tak main bola ni". Dan peniaga air tebu di bawah pokok pula akan berkata, "mintak2 lakulah air tebu aku hari ni"..itulah antara ayat yang sering kita ucapkan, yang secara tidak sedar itu sebenarnya doa. Cumanya, adalah lebih baik jika kita menggunakan ayat yang lebih sesuai. Contoh, " Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon janganlah kau turunkan hujan sehingga kering kain baju aku. Makbulkanlah doa aku ini Ya Allah.


Namun, dalam kekerapan kita berdoa, yang menjadi masalah ialah apa yang kita doakan itu. Kita sering minta perkara yang tidak sepatutnya kita pentingkan. Kita seringkali meminta perkara2 duniawi, sedangkan kita lupa tujuan kita hidup adalah untuk mati. Kita lupa hidup di dunia ini sebenarnya adalah satu medan ujian untuk kehidupan akhirat yang kekal. Yang sering kita lafazkan ketika berdoa ialah panjangkan umur, berikan kesihatan yang baik, banyakkan rezeki, dan inginkan anak2 bijak yang dapat masuk universiti. Mana doa kita untuk kehidupan selepas mati? Mana doa kita untuk tidak masuk nereka? Mana doa kita untuk berjumpa Allah? Mana doa kita untuk kekal dalam Islam? Mana doa kita untuk tidak melakukan syirik kepada Allah? Mana doa kita untuk berkemampuan membantu agama Islam? Mana doa kita untuk memahami isi kandungan Quran? dan mana doa kita untuk mendapatkan hidayah daripada Allah?

Kita perlukan hidayah Allah. Kita perlukan petunjuk Allah. Tanpa hidayah, kita akan sesat. Tanpa petunjuk kita akan ke neraka. Kita kena doa untuk tidak syirik. Kita kena doa untuk Allah berikan hidayah. Kita kena doa agar Allah pilih kita untuk bertemu denganNYA nanti. Kita kena doa agar Allah tidak bolak-balikkan hari kita selepas DIA berikan kita hidayah. Kita kena doa untuk mencari kebenaran. Kita kena doa agar dihindarkan kita daripada ulama2 sesat. Kita kena doa agar kita diberi peluang untuk belajar isi kandungan Quran. Kita kena doa agar kita diberi kefahaman yang jelas akan tuntutan2 Allah. Kita kena doa untuk dapat masuk syurga. Kita kena doa agar anak2 kita jadi anak2 yang soleh. Kita kena doa agar anak2 kita Allah pilih untuk membantu agamaNYA. Dan kita kena doa supaya Allah kabulkan doa kita.

Berdoalah dengan doa2 yang dapat menyelamatkan diri kita dalam kehidupan akan datang, kerana itulah kehidupan yang kekal abadi. Selepas itu, barulah kita berdoa untuk kehidupan kita di dunia ini yang pada bila2 masa saja akan berakhir.

Wallahualam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home