Sunday, June 10, 2012

SYIRIK DALAM ILMU PERSILATAN

Ilmu persilatan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu di Asia Tenggara ini. Di mana saja ada masyarakat Melayu, di situ jugalah adanya silat. Silat memang bagus. Ia adalah salah satu cabang seni mempertahankan diri. Mempelajari ilmu mempertahankan diri pula adalah sunnah Nabi SAW. Baginda sendiri belajar memanah, menunggang kuda dan bergusti.

Malangnya, silat bukan sekadar latihan fizikal. Silat datang bersama pelbagai amalan-amalan zikir, bacaan ayat-ayat Quran, dan tidak ketinggalan mentera-mentera, Kesemuanya ini diamalkan atas satu tujuan, iaitu untuk menjadi kuat. Semua nak handal bertempur macam Hang Tuah dan Hang jebat. Memang Islam sukakan umatnya yang kuat. Islam tidak suka umat yang lemah. Namun, ini bukan alasan untuk menghalalkan apa saja demi mencapai apa yang diinginkan. Ini bukan alasan untuk melafazkan mentera-mentera yang diajar oleh si iblis yang tugasnya tidak lain hanyalah untuk menyesatkan manusia.

Nak kebal contohnya ada mentera yang perlu dibaca. Kononnya apabila mentera (yang turut diselang-selikan dengan ayat Quran, dan diakhiri dengan Lailahaillallah) dilafazkan, ia sebenarnya satu doa kita minta pada Allah untuk beri kekebalan. Jadi, tok2 guru silat mengatakan ia boleh dilakukan sebab kita mintak pada Allah. Bila minta dalil sahih, mereka tak dapat berikan. Sebaliknya mengatakan bahawa ia boleh dibuat sebab kononnya ia adalah ilmu rahsia daripada Nabi SAW yang diturunkan kepada ahli keluarganya sahaja. Ataupun yang baginda diturunkan kepada Saidina Ali. Kahkahkah..Ilmu rahsia daripada Nabi SAW? Cuba kita hayati sifat-sifat Nabi SAW seperti di bawah:

1. Siddiq
2. Amanah
3. Tabligh
4. Fathonah

Jelas bukan? Jika Nabi SAW ada merahsiakan sesuatu daripada kita, bermakna baginda tidak amanah dan tidak menyampaikan (tabligh). Bukankah ini berlawanan dengan sifat2 di atas?

Jika tiada sebarang dalil, tinggalkan amalan itu. Jangan buat. Tanpa dalil sahih, kita takkan tahu adalah amalan kita itu syirik atau tidak. Jika secara kebetulan tidak syirik, Alhamdulillah. Jika syirik? Tak keluar neraka der..takkan dapat syafaat Nabi SAW untuk orang2 yang melakukan syirik ni.

Dalam Surah Hud, Ayat 46 mengatakan:
Allah berfirman: “Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil”.


Dalam surah Hud ayat 47 pula mengatakan:-
Nabi Nuh berkata “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”.

Ayat di atas menjelaskan janganlah kita doa sesuatu yang kita tak tahu. Ayat ini nak bagi tahu cara doa pun tak boleh nak reka sesuka hati kita. Jahil kalau melakukan doa tanpa tahu (tanpa dalil sahih). Rugi dunia akhirat kalau tersilap. Bukan dunia sahaja. Sebab agama ini adalah Allah punya. Hak mutlak Dia. Kena ikut cara yang Dia suruh. Jadi jangan nak mengada-ngada buat perkara yang Allah tak suruh. Sebagai contoh kalau raja bagi titah pun, tak boleh kita nak tukar-tukar. Tentu dipancungnya kita kalau dia dapat tahu kita dah tukar-tukar. Kalau Allah, lagi berat, Dia akan masukkan kita dalam neraka.

Berkenaan ilmu kebal yang banyak diamalkan oleh para pesilat pula, cuba kita renungkan, Nabi SAW yang berjuang fi sabilillah demi menegakkan syiar Islam pun pakai dua lapis baju besi sewaktu berperang dengan orang2 Kafir. Nabi SAW pun turut pernah tercedera dalam siri2 peperangannya. Kenapa Nabi SAW tak berdoa saja mintak Allah bagi dia kebal? Baginda kan kekasih Allah. Sudah pasti Allah akan perkenankan doanya kalau dia minta. Ini tidak. Kita yang bermain silat ni, sudahlah bukan nak berperang menegakkan syiar Islam pun, boleh pula nak jadi kebal. Nak jadi kebal sebab nak menjahanamkan sesama manusia.

Salah satu contoh mentera yang paling popular adalah seperti di alam filem Pendekar Bujang Lapok..

“Hai mambang tanah, mambang angin, mambang api, mambang air..mambang mabuk minum brandi…”

Mentera di atas adalah satu amalan yang memerlukan kita menyeru. Kita ketawa apabila si Sudin membacakan mentera seperti di atas. Tetapi tanpa kita sedar, kita sebenarnya bukan sekadar ketawa, tetapi turut ditertawakan oleh si iblis laknatullah. Tanpa sedar, filem ini sebenarnya menggalakkan perlakuan syirik kerana ada unsur penyeruan di dalam mentera yang disebutkan.

Apakah dia seru? Seri itu adalah bila adanya perkataan “Hai” atau “Ya”, maka jadilah ia satu seruan. Contohnya seperti Ya Muhammad, Ya Nabi Tab as, Ya Nabi Hidhir as, Ya Abdul Kadir Jailani dan sebagainya. Bila kita seru sesuatu, bermakna kita meminta kepada selain daripada Allah. Walaupun ayat yang secara logik akalnya nampak bagus, seperti menyeru nama-nama Nabi atau Wali-Wali Allah, ia sebenarnya ayat atau perkataan yang pasti membawa kita ke neraka jahannam.

Hayatilah ayat ketiga dalam Surah Az-Zumar yang bermaksud:
Ingatlah! Hanya kepada Allah lah ketaatan yang murni. Orang (musyrik) yang mengambil selain daripada Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata) “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan (mendekatkan) kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. Sesungguhnya Allah memutuskan keputusan antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)

Berkenaan menyeru nama malaikat seperti Ya Jibrail, Ya Mikhail, yang kononnya kena sebut sebab malaikat2 ini menjaga kita. Jadi apabila kita seru nama mereka maka mereka akan menjaga kita. Walhal malaikat hanya menerima arahan Allah SWT. Malaikat bekerja untuk Allah, bukan manusia. Hanya Allah yang boleh beri arahan kepada malaikat. Pernah satu ketika, Nabi SAW ternanti2 kedatangan Jibrail yang sudah lama tidak mengunjunginya. Apabila Jibrail datang membawa wahyu, Nabi SAW pun meminta Jibrail datang melawatnya selalu walaupun jika tiada sebarang wahyu daripada Allah. Jibrail menjawab dia tidak boleh datang sesuka hati tanpa arahan Allah. Jika ada arahan daripada Allah barulah dia boleh bertemu Nabi.

Semasa zaman Nabi SAW juga sudah ada golongan yang mensyirikkan Allah dengan menggunakan malaikat. Mereka mendakwa malaikat-malaikat itu adalah anak-anak perempuan Allah. Jadi mereka seru nama2 malaikat kerana mereka sangka mereka boleh bodek ayah melalui anak perempuannya. Supaya lebih memakbulkan lagi doa mereka. Kononnya mereka bukan puja sebab nak puja sangat, tapi untuk menghampirkan diri kepada Allah.

Perbuatan seperti ini ada dijelaskan di dalam ayat keempat Surah Az-Zumar:-
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Dia memilih mana-mana yang dikehendakiNya daripada makhluk-makhluk yang diciptakanNya. Maha Sucilah Dia (daripada mengkehendaki yang demikian). Dialah Allah, Yang Maha Esa, lagi yang mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.

Akan tetapi, tok2 guru silat mengatakan nama2 Nabi, malaikat atau wali2 Allah yang disebut dalam amalan2 persilatan ini sebenarnya bukan bertujuan untuk meminta sesuatu daripada mereka. Sebaliknya adalah satu tertib berdoa. Kononnya disebabkan Nabi dan para2 wali ini adalah golongan yang dekat dengan Allah, apabila nama mereka disebut maka mereka akan turut berdoa agar Allah memakbulkan doa kita. Sedangkan Nabi2 dan wali2 yang kita seru nama mereka ini sudah lama meninggal dunia. Mereka takkan dengar apa yang kita doakan. Mereka takkan tahu pun apa yang kita buat di dunia ini. Seperti sabda Nabi SAW, apabila  meninggal dunia, maka akan terputuslah segala hubungan kita dengan dunia, kecuali 3 perkara, iaitu:-

1. Doa anak yang soleh
2. Sedekah jariah kita, dan
3. Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang (yg mengamalkannya)

Contoh lain adalah seperti bacaan sebelum masuk gelanggang, yang memberi salam kepada Nabi Tab as (kononnya penjaga tanah) dan Nabi Ilyas as (kononnya penjaga tumbuh-tumbuhan). Tujuan pemberian salam ini kononnya untuk menghormati Nabi2 penjaga tanah dan tumbuhan ini. Sebab dalam gelanggang silat ada tanah dan ada rumput atau daun2 pokok yang akan kita pijak sewaktu berlatih. Memberi salam ini sebagai tanda kita menghormati tanah dan rumput / daun2 pokok yang juga merupakan makhluk Allah. Apabila beri salam, tanah dan rumput / daun2 pokok ini kononnya akan mendoakan kesejahteraan kita. Sedangkan mereka (tanah dan tumbuhan) ini hanya akan berzikir kepada Allah.
Satu lagi yang paling halus kesyirikannya ialah menyebut nama Nabi SAW bersama2 Allah dalam amalan2 persilatan. Tok2 guru mengatakan ia sebagai tanda kita merendahkan diri dan menghormati Nabi SAW. Kononnya sebab Allah dan Muhammad itu tidak boleh dipisahkan. Ia kena ada bersama-sama. Kononnya apabila kita sebut nama Nabi Muhammad SAW, Allah akan tunaikan permintaan kita sebab kita puja kekasih dia. Nauzubullahi min zalik! Kita sebenarnya sudahpun melafazkan kekufuran kepada Allah SWT. Ia jelas dalam ayat seperti di bawah:“

Surah 23. Al-Mumenoon, Ayat 117 yang bermaksud:-
Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

Apa Perlu Kita Buat Sekiranya Kita Pernah Melakukan Perkara2 Syirik Seperti Di Atas?

Islam itu amat mudah bagi mereka yang mengetahuinya. Jika ada melakukan dosa, maka mintalah keampunan kepada Allah yang MAHA PENGAMPUN. Perkataan MAHA di depan Pengampun itu menunjukkan sesuatu yang tersangat, teramat, dan terlalu. Sememangnya kesemua sifat2 Allah ada perkataan MAHA di depan. Janganlah khuatir, walau seluas lautan sekalipun dosa kita, mintalah keampunan dengan setulus hati. Pasti Allah akan mengampunkan kita. Bertaubatlah dengan bertekad untuk tidak mengulanginya. Lihatlah apa yang dinyatakan dalam Surah Al-Mukminun, Ayat 118:
Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”

Wallahualam..

7 Comments:

At Sunday, April 12, 2015 4:23:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Mcmana dgn solat. Siapa yg mengerjakan solat sebenarnya? Kita sbg mahkluk berkuasakah utk bergerak? Mcmana dgn kalimah "lahawlawala qhuatabillah illazim" Ada ke... lagi 1 kuasa utk buat sesuatu utk Allah. Allah perlukan sesuatu drpd mahkluk ka?

 
At Thursday, August 20, 2015 12:18:00 AM , Blogger U2taz said...

Dlm Islam hendaklah ada dalil jelas. Mnusia tak blh menuduh syirik atau mengakui benar sesuatu tnpa dalil yg jelas. Seseorang ahli silat atau guru agama atau sesiapa shj hendaklah menjauhi syirik masing2. Barang yg bukan ahli jgn Cuba dibicarakan.

 
At Thursday, August 20, 2015 12:19:00 AM , Blogger U2taz said...

Dlm Islam hendaklah ada dalil jelas. Mnusia tak blh menuduh syirik atau mengakui benar sesuatu tnpa dalil yg jelas. Seseorang ahli silat atau guru agama atau sesiapa shj hendaklah menjauhi syirik masing2. Barang yg bukan ahli jgn Cuba dibicarakan.

 
At Tuesday, September 01, 2015 10:00:00 PM , Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 
At Tuesday, March 08, 2016 10:19:00 AM , Blogger man0505 said...

Seawal2 agama mngenalnya...jgn la sewenang2nya menilai sebegitu...nilai la diri sendiri...dari penulisan ini seolah2 anda tiada pengetahuan diri yg zahir dan batin....belajar dulu ye saudara...

 
At Tuesday, March 08, 2016 10:20:00 AM , Blogger man0505 said...

Seawal2 agama mngenalnya...jgn la sewenang2nya menilai sebegitu...nilai la diri sendiri...dari penulisan ini seolah2 anda tiada pengetahuan diri yg zahir dan batin....belajar dulu ye saudara...

 
At Monday, April 16, 2018 9:04:00 PM , Blogger MIFS said...

U2taz Abc,

Rasanya banyak dalil2 yang saya diberikan utk menolak amalan2 batin dalam persilatan. Saya sendiri pengamal amalan2 seperti ini dahulu, semasa jahil. Sebab itu saya tahu benda mengarut yang diamalkan dalam silat

Mohd Razman,

Mohon perincikan apa maksud komen kamu? Ilmu mengenal diri? hakikat, makrifat, tarekat? Diri di dalam diri? Diri yang berdiri? Diri sebenar diri?

Jika masih mengamalkan amalan2 batin dalam silat ni..saya syorkan kamu berhentilah. Jika sekadar latihan2 fizikal tidak mengapa.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home