Wednesday, January 25, 2012

3 Idiots


Filem ni dah lama keluar..sekitar 2009, tapi baru hari ni aku dapat tengok. DVD filem ni pun rasanya dah dekat 2 tahun aku beli, tapi aku lupa nak tengok sampailah satu hari salah seorang kembar aku bagi DVD ni kat aku. So disebabkan hari ni aku tak tahu nak buat apa kat pejabat, aku pun layanlah. 

Menepati komen2 daripada member2 aku sebelum ni, filem ni memang best giler. Ia tak macam filem2 tipikal Hindustan yang syahdu dan mendayu2. Macam2 ada dalam filem ni. Ia diadun dengan bijak, di mana setiap karakter yang wujud dikembangkan dengan sebaiknya. Ada elemen lawak, sedih, terharu, saspen, marah, meluat, kejutan, ada pengajaran, dan tak lupa juga cinta.

Sesiapa yang belum tengok tu adalah disarankan untuk menontonnya.

Anda pasti suka!


Friday, January 13, 2012

Epicure No. 2

All started when I have to woke up as early as 4.00am when my phone ringing continuously for 5 times. Something happened involving a good friend of mine. What choice do I have other than having a quick bath and without sipping my favourite KJ, off to a location to meet few friends.

So I had a very long day that day. Running here and there to try to settle the problems, and Alhamdulillah it went well and everything settled by noon.

And because of this, our parliament guy gave me something, as a mark of celebration...

Epicure No. 2 by Hoyo de Monterrey

I enjoyed this cigar the same day at Mustaffa Jones' with Ketayap Putih. And what a nice way to relax I must say. But it will be better if we were at a club with nice live band sipping latte while enjoying the performance.

And the very next next day I was at Havana Club Le Meridien with our parliament guy...puffing the no. 2 again.

Addicted I am now!

Thursday, January 12, 2012

Beri Hitam Baru

Dah beberapa bulan henfon nokia bini aku yg aku buat mcm aku punye mengalami kerosakan pada touch screen dia. Walaupun masih boleh digunakan, tetapi adakalanya mampu menimbulkan kemarahan. Lebih2 lagi bila berada dalam keadaan terdesak. Dah banyak kali hidup aku kucar-kacir pasal henfon tu. Walaupun jasanya juga banyak.

So semalam sahabat aku JK telah menghadiahkan aku sebijik beri hitam, Alhamdulillah.

canggih ni..dah lah free

Bagi yang ada BB Pin, silalah sms!

Monday, January 09, 2012

090112 - Hari Yang Sangat Indah

Alhamdulillah..Allahuakhbar!

Aku panjatkan kesyukuran aku yang tiada taranya kepada Yang Maha Merancang. Sesungguhnya perancangan Dia tidak akan mampu ditepis oleh manusia.

Hari ini hari Isnin. Hari ini hari yang membuktikan betapa besarnya kuasa Allah. Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Wan Azizah, isteri solehah yang menjadi sumber kekuatan DSAI

Walaupun ramai yang kata pembebasan ini bermotifkan politik. Walaupun ramai yang kata pembebasan ini adalah dakyah lapuk untuk membuktikan umno telus. Namun yang nyata, pembebasan ini adalah atas keizinan Allah. Segala2 nya adalah di dalam perancangan Allah. Semoga pembebasan ini menjadi titik tolak kepada pembebasan rakyat Malaysia daripada terus dicengkam oleh pemerintah zalim.

Dan untuk itu, aku benar2 merasakan hari ini hari yang sangat indah.

6663777393 e8748dd752 Terkini: Perhimpunan Anwar 901 [ Anwar Bebas ]
Akhirnya Anwar bebas!