Friday, October 28, 2011

KENAPA RUSIA DAN CHINA SOKONG NATO SERANG LIBYA?


Bagi yang mengikuti perkembangan pergolakan di Timur Tengah, tidakkah anda tertanya2 kenapa begitu mudah NATO masuk campur urusan Libya?. Kenapa Rusia dan China menyokong keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan NATO mencampuri urusan di Libya secara ketenteraan? Adakah kedua2 negara ini sudah jadi bodoh macam najib tun razak sehinggakan mereka tak nampak kesan sokongan yang mereka berikan ini? Adakah ada perkara lain yang terselindung daripada apa yang kita lihat melalui pandangan mata kasar kita?
Sebenarnya ini bukan satu kebetulan. Ini bukan satu keadaan yang berlaku secara tiba2, atau yang berlaku secara semulajadi tanpa ada yang mencorakkannya. Ini kerana, Rusia dan China sudah terlebih sedar bahawa Zionist Eropah sememangnya terlalu obses dengan sasaran tak masuk akal mereka untuk menaikkan Israel sebagai pemerintah dunia. Saya rasa mereka juga tahu akan serangan palsu 9 September ke atas Amerika yang bertujuan untuk membolehkan Zionist mempunyai sebab untuk melancarkan perang yang akhirnya akan menyebabkan dunia Arab dan dunia Islam tunduk kepada Israel. 
Sasaran tak masuk akal yang saya sebutkan tadi bagaimanapun menjadi masuk akal buat umat Islam yang mengkaji Quran dan Hadith, sebab kita sudah diberitahu terlebih dahulu oleh Allah akan apa juga peristiwa yang bakal berlaku di dunia ini melaluinya. Dan sekarang ini kita sudah dipermudahkan untuk memahami akan perancangan jahat zionist sial ini, antaranya melalui buku Jerusalem In The Quran karya Imran Nazar Hosein. Silalah beli dan baca buku yang sudah pun ada terjemahan dalam Bahasa Melayu ini untuk memahaminya.
Sebenarnya keobsesan ini telah menyebabkan Zionist kehilangan kapasiti bagi pemikiran rasional yang strategik. Rusia dan China bukan sahaja dilengkapi dengan senjata nuklear, mereka juga negara yang berbangga dengan jati diri mereka dan takkan tunduk kepada sebarang arahan daripada negara2 lain. Zionist takkan mampu menundukkan mereka walau dengan apa cara sekalipun. Jadi, bagi saya, keengganan Rusia dan China untuk menghalang keputusan Majlis Keselamatan PBB untuk melancarkan perang ke atas Libya ini bukanlah satu kebetulan. Mereka sebenarnya telah membuat keputusan untuk mengorbankan Libya. Kesan kepada keputusan mereka ini adalah jelas. Takkan ada halangan yang dapat melengah2 kan atau menghalang Rusia daripada mengiktiraf kerajaan selepas era Gadaffi ini. Jika tekaan ini betul, maka pengorbanan Libya tadi akan mewujudkan satu bukti baru yang mengejutkan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, berkenaan perancangan strategik jangka panjang Rusia untuk membenarkan NATO terjerat lebih jauh ke dalam apa yang akhirnya akan menjadi kancah peperangan Timur Tengah. Dan takkan ada jalan keluar bagi NATO apabila mereka sudah terjerat sebegini jauh. 
APAKAH PERANCANGAN RUSIA SEBENARNYA?
Mungkin strategi Rusia adalah untuk menunggu sehingga NATO berada dalam kedudukan ketenteraan paling rapuh sebelum mereka melancarkan serangan. Ya, Rusia akan menyerang NATO. Apabila Rusia memulakan serangan sahaja, maka bermulalah apa yang disebut sebagai perang Yakjuj dan Makjuj, yang mana para cerdik pandai Kristian dan Yahudi bergelut untuk memahaminya. Yang mana hanya para cendekiawan Islam yang dapat menjelaskannya dengan secara terperinci. Mahukan penjelasan? Silalah baca satu lagi karya hebat Imran Nazar Hosein yang berdasarkan kajian beliau terhadap al-Quran, Hadith, sejarah silam dan isu semasa bertajuk AN ISLAMIC VIEW OF GOG AND MAGOG in the MODERN WORLD. Namun buku ini masih belum ada terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Pandangan Islam memberikan penjelasan ampuh berkenaan pertempuran besar akhir zaman yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua-dua Yakjuj dan Makjuj ini. Apa yang paling penting, ia akan menyebabkan Israel langsung tidak berdaya untuk mempertahankan diri. Perang besar yang insyaAllah merupakan perang nuklear ini sudah tidak lama lagi. Mengikut kajian Imran Nazar Hosein, insyaAllah ia akan berlaku sekitar 20-30 tahun lagi. Bila meletusnya perang nuklear yang maha hebat ini, maka akan timbullah satu lagi petanda besar kiamat iaitu asap ataupun Dukhan. 
Namun sebelum berlakunya perang nuklear ini, dunia akan terlebih dahulu menyaksikan NATO yang dikawal Zionist meneruskan keobsesan mereka dengan menggandakan penindasan maha kejam terhadap Pakistan, Mesir, Iran dan negara2 Islam yang lain, yang melebihi apa yang pernah mereka lakukan sebelum  ini. 
Tetapi kebenaran tetap akan menang. Dan kebenaran itu adalah Islam. Itulah janji Allah yang takkan dapat diubah oleh sesiapa. Islam akan mencapai kemuncak kemayshuran, Islam akan berada pada kemuncak kegemilangan, sebelum dunia yang fana ini menutup matanya.
Imam Mahadi akan bangun
Nabi Isa akan turun
Yakjuj Makjuj akan hancur
Dajjal Laknatullah akan terkubur
Wallahualam..

KEMATIAN MUAMAR GADAFFI SATU PERANCANGAN ZIONIST

Arwah Gadaffi

Maka terbunuhlah juga akhirnya Muamar Gadaffi dalam satu kejadian tragis setelah sekian lama beliau difitnah, dicemuh dan dirosakkan reputasinya oleh media2 pimpinan zionist yang celaka. Maka ketawa besarlah pope benedict sial di Rome yang tak lama sebelum ini diziarahi dengan bangganya oleh perdana menteri kita yang syirik iaitu najib tun razak. Maka bersorak rianglah benjamin netanyahu di Baitul Maqdis.


Allahuakbar!


Memang janji Allah itu benar. Memang apa yang Allah beritahu melalui al-Quran dan Hadith itu benar. Memang dunia sudah menghampiri noktah akhirnya. Satu persatu peristiwa yang berlaku pada akhir zaman ini menepati apa yang sudah sekian lama tertulis.


Celakahlah kepada orang2 Islam yang mengambil bahagian atau menyokong usaha pembunuhan Muamar Gadaffi ini.


Sila ambil perhatian kepada perintah Allah dalam al-Quran dalam surah al-Maidah ayat 51 seperti berikut:-


{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ}
Maksudnya:-
Wahai orang orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kapada setengahnya yang lain, Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya, ia adalah dari golongan mereka itu, sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kapada kaum yang berlaku Zalim!
Kita kena faham, ayat di atas ini bukanlah bermaksud persahabatan secara individu di antara seorang Yahudi dan seorang Kristian. Sebenarnya al-Quran sudah menjangkakan sejak 1400 tahun yang lalu akan perdamaian misteri yang terbentuk di antara kebanyakan kaum Kristian Eropah dan Yahudi Eropah, satu perdamaian yang mana Vatican City telah memainkan peranan penting dalam membebaskan Yahudi daripada tanggungjawab mereka membunuh Nabi Isa. Kalau kita ikut lojik akal, mana mungkin mereka ini boleh berdamai. Yahudi bunuh tuhan Kristian la..bukan bunuh awek orang Kristian. 
Perdamaian di antara Kristian Eropah dan Yahudi Eropah ini telah membuka jalan kepada kewujudan pakatan Yahudi-Kristian Zionist yang kini melancarkan perang ke atas Islam dan Muslim bagi pihak Israel, dan dalam melaksanakannya mereka telah menggunakan NATO sebagai senjata. 
Umat2 Islam sesat yang telah menyertai pakatan NATO yang diketuai oleh Amerika dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Libya perlu tahu mereka kini BUKAN lagi Islam. Mereka ini sudah syirik. Melainkan mereka sempat bertaubat, mereka ini akan mati sebagai sebahagian daripada pakatan Zionist yang mempunyai tulisan KAFIR di dahi mereka.
Wallahualam

Thursday, October 27, 2011

Entri "ALFATIHAH UNTUK ARWAH SAHABATKU"

Satu lagi pembetulan yang perlu saya buat adalah berkenaan entri seperti tajuk di atas yang saya pos pada 8 September 2011. 


Perkataan ALFATIHAH pada tajuk dan pada akhir entri tersebut adalah bertujuan untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah sahabat baik saya. Namun seperti entri saya bertajuk TAHLIL ITU PERBUATAN SYIRIK yang ada menerangkan maksud surah An-Najm bahawa seseorang manusia tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan daripada amalannya sendiri, perbuatan mengirim pahala bacaan Al-Fatihah ini adalah satu perbuatan sia-sia, dan boleh membawa kepada syirik. 


Yang boleh kita buat sebenarnya adalah berdoa kepada Allah SWT agar dosa seseorang itu diampunkan, bukan mengirim pahala.


Harap Maklum!



Syafaat Nabi SAW - UPDATE YG PENTING!!!!


Sila baca pada bahagian akhir entri ini untuk melihat update yang saya buat. Ia adalah penting. SILA AMBIL PERHATIAN

Kata seorang ustaz, junjungan besar Nabi Muhammad SAW ada 3 syafaat di akhirat nanti yang membolehkan umatnya:-
  1. Mengurangkan dosa 
  2. Masuk ke syurga tanpa perlu dihisab amalannya 
  3. Upgrade level dalam syurga
Oleh itu, kita ni kenalah sentiasa ingat kat Baginda. Banyakkan selawat ke atasnya, dan jangan lupa baca doa setiap kali selepas azan. Doa apa yang kita kena baca tu?

Inilah doanya:-

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mii'ad

Maksudnya:-

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji

selamat beramal!

Doa selepas azan ini betul. Ini doa yang diajarkan oleh Nabi SAW. YANG TIDAK ADA ADALAH DOA SELEPAS IQOMAH. Saya kena tekankan di sini sebab sebelum ini saya ada update entri ini, dengan mengatakan bahasa tiada doa selepas Azan dan Iqomah. Saya silap. Saya salah faham apa yang guru saya sampaikan. Maafkan saya atas kekhilafan ini.

Update penting yang turut ingin saya sampaikan berkenaan entri ini adalah:-

HARUS DIINGAT. DOA YANG KITA LAFAZKAN SELEPAS AZAN INI ADALAH DOA KITA KEPADA ALLAH. BUKAN KEPADA NABI SAW. YANG  MENGIZINKAN NABI SAW MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA UMATNYA ADALAH ALLAH SWT. NABI SAW TIADA KUASA UNTUK MEMBERIKAN APA JUGA SYAFAAT TANPA RESTU ALLAH.


Wallahualam!

KENDURI TAHLIL (Untuk Org Meninggal) ITU PERBUATAN SYIRIK


Tajuk ini agresif. Tajuk ini bakal mengundang pelbagai spekulasi terhadap saya. Tetapi walau apapun spekulasi yang bakal diterima, saya tetap kena sampaikan, sekadar ingin memberitahu. Jika ada yang sangsi, seperti yang sering saya sebutkan sebelum ini, pergilah membuat kajian. Jangan terima bulat2. Pergilah rujuk kepada ahli tafsir. Pergilah bertanya kepada mereka yang berpegang kepada tafsiran al-Quran dan Hadith.

Apakah itu tahlil? 

Tahlil adalah zikir Lailahaillallah bersama bacaan2 tertentu yang bertujuan untuk dikirimkan pahalanya kepada mereka yang telah meninggal dunia. Tahlil ini sudah menjadi satu kewajipan kepada masyarakat Islam di negara kita. Ramai yang menganggap ia satu perkara yang wajib dilakukan, dan ramai yang akan memandang serong jika tahlil ini tidak dilakukan apabila berlakunya satu kematian dalam sesebuah keluarga Islam. 

Namun ia bukanlah satu syariat yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi SAW. Ia bukanlah satu syariat yang dipraktikkan oleh para sahabat Nabi SAW. Ia BUKANLAH BIDA'AH HASANAH seperti yang sering diucapkan oleh ustaz2 atau ahli2 agama selama ini. Sebenarnya tidak wujud pun istilah BIDA'AH HASANAH itu. Ia sebenarnya satu perbuatan syirik. Bida'ah Hasanah adalah satu ungkapan ciptaan kita yang bermaksud perkara2 bida'ah yang baik, yang kononnya boleh mendatangkan pahala. Apa2 sahaja perkara yang tidak disyariatkan oleh Nabi SAW dan tidak pula dilaksanakan oleh para sahabat adalah perkara sia2 untuk dilakukan. Dan apa2 juga perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW TETAPI tidak pula dilakukan oleh sahabat adalah BUKAN SYARIAT.

Contoh perbuatan sia2 adalah seperti entri saya sebelum ini berkenaan Kenduri Doa Selamat. Kenduri Doa Selamat ini jika dilakukan tidaklah sampai syirik, namun ia juga tidak mendatangkan sebarang pahala. Jika tidak mendatangkan sebarang pahala, kenapa kita perlu buat? Kan ada banyak lagi amalan2 sunat lain yang kita boleh buat untuk dapatkan pahala? Jangan jadi bodoh brader....

Dalam satu kelas tafsir Quran yang saya  hadiri, guru saya memberitahu ada dua (2) ciri-ciri syirik yang jelas terkandung di dalam tahlil ini. Pertama ialah apabila kita meminta syafaat daripada Nabi SAW melalui bacaan seperti di bawah:-



Kita kena faham bahawa Nabi SAW TIDAK BOLEH MEMBERI SYAFAAT kepada kita. Yang memberi syafaat sebenarnya adalah Allah SWT. Nabi SAW cuma menyampaikan syafaat itu. Oleh itu jika kita meminta syafaat daripada Nabi SAW bermakna  kita telah berdoa meminta sesuatu kepada manusia. Apakah hukumnya itu? Apabila kita berdoa kepada selain Allah, itu adalah satu perbuatan syirik. 

Perkataan kedua dalam bacaan ini , iaitu HADHRATI sudah terang2 salah. Ia BUKAN bahasa arab. Perkataan hadhrati  itu adalah perkataan yang mungkin berasal daripada India/Pakistan. Ini membuktikan bahawa amalan bacaan tahlil ini berasal daripada kawasan sebelah sana. 

Ciri-ciri syirik yang kedua ialah apabila kita mendustakan Allah. 

Kenapa? Apa yang dimaksudkan dengan mendustakan Allah itu?

Kita mendustakan Allah sebab kita mengatakan bahawa Allah akan memberikan pahala kepada bacaan tahlil yang kita lakukan ini. Ini adalah kerana tujuan bacaan tahlil ini adalah untuk mengirimkan pahala biasanya buat ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Sedangkan Allah tidak pernah berfirman dalam mana ayat2 al-Quran berkenaan perkara ini, dan Nabi SAW juga tidak pernah bersabda dalam mana2 hadith yang mengatakan adanya bacaan tahlil. Apabila dalam al-Quran tiada, dalam hadith pun tiada, kenapa kita pandai2 nak buat syariat sendiri dengan mengatakan Allah akan berikan pahala pula? Kita kena faham, tidak ada syariat baru selepas wafatnya Nabi SAW. Kita kena faham, mengatakan Allah akan melakukan sesuatu sedangkan Dia tidak pernah mengatakannya adalah SYIRIK. Syirik brader..Nauzubillahiminzalikh!

Di dalam Surah An-Najm ayat 39 juga sudah jelas mengatakan bahawasanya seseorang manusia itu tidak akan memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.

Ibnu Katsir di dalam kitab tafsirnya - Tafsirul Quranil Azim telah menafsirkan ayat di atas sebagai bermaksud sebagaimana dosa seseorang itu tidak boleh menimpa ke atas orang lain, begitu jugalah halnya dengan seseorang manusia yang juga tidak boleh memperolehi sebarang pahala melainkan daripada amalannya sendiri.

Oleh itu, berhati2 lah dalam melakukan ibadat. Adakalanya pahala yang kita harapkan, namun dosa syirik yang kita dapat. Jangan buat main2 perkara syirik ini. Tak masuk syurga sampai bila2 brader..

Wallahualam!

Friday, October 14, 2011

Tiada Amalan Khusus Pada hari Jumaat

Bila sahaja menjelangnya malam Jumaat, maka ramailah di antara kita yang berniat untuk membaca surah Yaasin. Bagi yang mengetahui khasiat bagi surah al-Kahfi pula, mereka akan mengatakan bahawa amalan yang lebih baik untuk dilaksanakan pada malam Jumaat ialah dengan membaca surah al-Kahfi, bukan Yaasin. Sebab surah al-Kahfi ini dapat melindungi kita daripada fitnah Dajjal.

Sebenarnya, adalah salah untuk kita membuat suatu amalan yang khusus pada hari Jumaat. Berpuasa sunat pada hari Jumaat juga adalah ditegah (kecuali pada bulan Ramadhan). Melainkan jika kita puasa ganti atau puasa nazar. Jika kita mahu berpuasa sunat pada hari Jumaat, maka kita kenalah juga berpuasa pada hari Sabtu. Begitu juga dengan amalan membaca surah al-Kahfi. Janganlah kita membacanya setiap malam Jumaat sahaja. Sebaliknya selang-selikanlah ia. Kalau minggu ini kita baca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, minggu depannya bacalah pada pagi Jumaat. Minggu seterusnya pula bacalah pada petang Jumaat pula. 

Apa yang dimaksudkan di sini ialah, kita ditegah daripada melakukan apa sahaja ibadah khusus pada hari Jumaat. Jika hendak baca Yaasin pada hari Jumaat, baca sajalah tanpa perlu berniat membacanya disebabkan ia hari Jumaat.

Wallahualam

Kenduri Doa Selamat Itu Salah?

Tahukah anda, kita selama ini telah dan sedang melakukan kesilapan dalam beramal?
Kita sering mendengar bahawa ilmu tanpa amal tiada gunanya..tapi sedarkah kita amal tanpa ilmu juga sia-sia?

Kesilapan ini berlaku kerana kita terikut-ikut dengan amalan keagamaan yang kini sudah menjadi satu budaya. Kesilapan ini berlaku kerana kita lupa akan ayat pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW ialah Iqra' bermaksud bacalah. Sama ada kita lupa, tidak pernah mahu ambil tahu ataupun kita tak faham maksud sebenar di sebalik ayat tersebut. Ayat ini membawa pengertian yang jauh lebih dalam daripada sekadar membaca. Ayat ini menyuruh kita untuk menuntut ilmu. Ayat ini meminta kita belajar. Menuntut ilmu dan belajar ini antaranya bermaksud membaca bahan ilmiah dan memahaminya. Untuk memahaminya kita perlukan guru untuk memberi penerangan dan bersoal jawab. Apakah bahan ilmiah paling penting untuk kita baca dan fahami?

Tiada bahan ilmiah yang lebih bermanfaat dan lebih agung daripada kitab AL-QURAN. Sebab kitab ini merupakan kalimah-kalimah yang dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Sebab kitab ini merupakan bahan ilmiah yang diturunkan oleh Pencipta kita sebagai panduan hidup buat hambanya. 
Kajilah Sunah Rasulullah SAW sebelum kita melakukan ibadah

Sudah terlalu banyak amal ibadat kita yang terpesong akibat daripada pembudayaan agama. Tahukah anda KENDURI DOA SELAMAT itu sebenarnya tidak dibolehkan? Kenduri doa selamat ini adalah salah satu contoh pembudayaan agama. Bila nak pergi haji contohnya, kita pun buatlah kenduri doa selamat. Dalam kenduri ini, kita meminta para jemputan yang terdiri daripada jemaah surau/masjid, jiran tetangga, saudara mara dan sebegainya  membacakan doa dengan diketuai oleh Pak Imam atau orang2 yang dirasakan ahli agama. Lepas baca doa maka kita pun jamulah mereka dengan hidangan yang disediakan. Hati kita pun tenanglah untuk berangkat ke tanah suci. Kononnya kita sudah pun melakukan satu ibadah sunat dan para jemputan telah pun mendoakan kita. Sebenarnya, doa yang dibacakan itu adalah sia-sia. Jamuan makan yang kita buat itu pun sia-sia. Tahukah anda meletakkan syarat dalam melakukan suatu ibadah itu TIDAK BOLEH dan BERTENTANGAN dengan sunah Rasulullah SAW?

Kalau kita nak jamu orang makan, maka jamu sajalah mereka tanpa meminta mereka melakukan apa2 perkara yang diniatkan untuk mendatangkan manfaat kepada kita. Nescaya kita sudah mendapat pahala daripada Allah kerana bersedekah. Dan selepas selesai majlis jamuan itu, kita sendirilah berdoa untuk apa2 hajat yang kita ingini kerana antara waktu paling mustajab untuk berdoa ialah selepas bersedekah. Waktu2 lain yang mustajab untuk berdoa ialah diantara azan dan iqamah, waktu diantara 2 khutbah dalam solat Jumaat, waktu sebelum berbuka puasa (jadi kalau nak doa dimakbulkan Allah, buatlah puasa sunat dahulu), dan selepas menziarah orang sakit (tak kisah sama ada di hospital atau di rumah).

Betulkah apa yang saya tulis ini? Jika rasa was2, pergilah cari dan sertai kelas2 tafsir al-Quran. Hanya dengan mempelajari tafsir al-Quran sahajalah kita dapat nampak dengan jelas apakah kepincangan dalam bab2 ibadah yang kita selama ini menjadi amalan kita. Ingatlah, hanya al-Quran sahaja sumber ilmu yang paling benar buat kita. Sebab Allah SWT sudah berjanji, Dia akan memelihara al-Quran sampailah dunia kehabisan usia.

Wallahualam!

Wednesday, October 12, 2011

Doa Power Untuk Diamalkan


Amalkan 3 kali pagi dan 3 kali petang, insyaAllah akan terhindar dari segala kemudharatan dunia sepanjang hari. Bila nak keluar rumah pula, baca 7 kali. Kalau bacaan terganggu seperti terlupa, tersasul, anak kacau, bini nak mintak cium pipi, dan sebagainya..jgn teruskan keluar. Relaks kejap, pergi minum air dulu ke..update status  fesbuk ke..lepas tu ulang semula. Dah setel, barula kita melangkah keluar rumah.

Antara manfaat doa ini ialah:-


1. Dapat menghindarkan kita daripada bahaya
2. Dapat menghindarkan kita daripada kemudaratan makanan
3. Dapat menghindarkan kita daripada sihir
4. Dapat menghindarkan kita daripada gangguan makhluk halus

Selamat beramal!

Wednesday, October 05, 2011

Batu 8 Gombak dan Pulut Warna DiRaja

Alhamdulillah, akhirnya pada hari Selasa malam Rabu 4/10/2011, aku membulatkan tekad untuk menyertainya. Sudah terlalu lama perkara ini bersarang dalam minda aku. Namun seribu satu macam halangan. Dan halangan yang paling besar ialah keraguan aku terhadap komitmen dan kesungguhan diri aku sendiri.

Bukan tiada bukti. Bukti yang amat nyata lagi jelas berada di depan aku sendiri. Bukti ini telah sedia berdiri di depan aku sepanjang hayat aku hidup di dunia ini. Bukan sikit orang yang bercerita. Orang yang bercerita ini adalah orang2 yang telah melihatnya sendiri. Ada juga yang sama2 mengalaminya. Ada juga yang bersama2 bersekutu dengannya. Dan yang paling nyata ialah kenyataan insan yang bertanggungjawab membimbingnya.

Semangat itu datang dan pergi seperti embun yang kering sesudah terbitnya mentari. Adakalanya timbul tegak bagaikan mahu menongkat langit. Adakalanya rebah tersembam di kaki bukit.

Namun kali ini semangat yang terbit tidak dirancang. Ia datang bersebabkan keinginan untuk membantu seseorang yang sepatutnya rapat. Ia datang bersandarkan perasaan simpati. Mungkin inilah gerakkan dan ketentuan hasil perancangan Yang Maha Mengetahui. Apa yang bakal menyusul selepas ini aku tak pasti.

Dan malam itu, di Batu 8 Gombak, mulut aku disuapkan dengan gumpalan kecil pulut warna diRaja. Semoga Allah memberkati usaha aku. Semoga Dia akan sentiasa bersama2 aku..


SIBUK MENGEJAR DUNIA

Bukan sudah tiada tekad,
Bukan tubuh badan tidak sihat,
Bukan kebebasan menulis disekat,
Bukan tiada talian internet di pejabat,
Tetapi masa yang dirasakan terlalu singkat
Kerana sibuk mengejar dunia yang kian tersekat,
Oleh segala macam tanggungjawab yang maha hebat,
Jika segala bentuk aral yang melintang sudah tidak terlekat,
InsyaAllah satu hasil penulisan baru yang memikat akan terpahat.