Wednesday, August 08, 2012

TURKI AKAN MENYERANG SYIRIA


Kita bakal menyaksikan apa yang sudah lama kita jangkakan, iaitu serangan NATO seperti dialami Libya yang diketuai oleh Turki ke atas Syiria untuk menggantikan regim pemerintahan Syiria dengan satu lagi regim yang kononnya dipanggil regim Islam. Cara yang bagaimana lagi yang dapat dilakukan Israel untuk mendakwa bahawa kebangkitan Islam kini sedang mengancam Syiria, dan kononnya Israel kini dikelilingi oleh ancaman Islam yang memerlukan peperangan pencegahan untuk kelangsungan hidup mereka. Tiada cara lain untuk Israel menggantikan Amerika Syarikat sebagai negara pemerintah dunia melainkan dengan mencetuskan perang besar terhadap negara2 Arab yang mengelilingi mereka.


NATO yang memihak Turki dan Zionist bakal melakukan perbuatan paling bodoh dengan mendakwa pesawat perang Turki yang ditembak jatuh oleh Syiria menjustifikasikan pencerobohan ketenteraan Turki terhadap Syiria. Janganlah tertipu kerana ia sebenarnya bukanlah untuk membalas dendam atas kehilangan sebuah pesawat dan kematian dua juruterbang mereka. Tujuan utamanya adalah untuk menukar regim pemerintahan Syiria.


Mengapa gerakan ketenteraan ini bakal menjadi satu tindakan yang bodoh?


  • Syria sudah lama bersedia untuk berdepan dengan campur tangan luar (seperti yang dialami oleh Libya) untuk menyokong kebangkitan bersenjata yang dirancang oleh Zionist yang setakat ini masih gagal mengambil-alih negara tersebut. Dalam keadaan sebegitu, pesawat perang Turki yang menceroboh ruang udara Syiria tak boleh menganggap mereka akan dilayan sebagai penceroboh yang tidak bersalah. Syiria berhak mempertahankan diri mereka daripada dicerobohi.
  • Jika Rusia dan China bertindak ke atas pencerobohan ketenteraan Turki ke atas Syiria dengan memberi sokongan kepada Syiria, ini akan mencetuskan apa yang Nabi SAW ramalkan sebagai Malhama atau perang besar. Perang besar ini akan menjadi sangat besar sehinggakan perang dunia pertama dan kedua akan kelihatan sebagai peperangan yang amat kecil jika dibandingkan dengannya.
  • Kerajaan Turki perlu ingat bahawa Nabi SAW sudah meramalkan bahawa perang besar itu akan membawa kepada penaklukan Constantinapole. Apa yang pasti masyarakat Islam Turki takkan ambil masa yang lama untuk menyedari bahawa penaklukan Constantinapole oleh Sultan Muhammad Fatih pada tahun 1453 tiada kena mengena dengan ramalan tersebut. Masyarakat Islam Turki kemudiannya akan bangun menentang pengkhianatan yang dilakukan oleh kerajaan mereka yang pro-Zionist dan seterusnya bersedia untuk melancarkan perang saudara yang akan memenuhi ramalan tersebut.
  • Pencerobohan ketenteraan Turki terhadap Syiria akan membawa Turki ke kancah perang saudara demi untuk membebaskan Constantinapole daripada cengkaman NATO

Disebabkan Rusia tidak boleh tidak akan menyertai perang tersebut demi untuk mempertahankan Syiria, pencerobohan ketenteraan Turki terhadap Syiriau akan mengesahkan satu lagi ramalan nabi SAW iaitu:-

 “kamu orang2 Islam akan bersekutu dengan Rum”. 

Di dalam Quran, Rum ini dirujuk sebagai Empayar Kristian Byzantine Timur. Bagaimanapun, selepas Constantinapole ditakluk pada tahun 1453, ibu negeri Rum akhirnya bertukar menjadi Moscow.

Kenyataan ini adalah bertujuan untuk memberitahu umat Islam agar mereka tidak dikelirukan oleh Jihad Islam ciptaan Zionist melalui propaganda diketuai oleh CNN dan al-Jazeerah yang sedang dimomokkan kepada seluruh manusia.

Nota: ini adalah terjemahan rencana nukilan Sheikh Imran Nazar Hossein 

Friday, August 03, 2012

PENAWAR SIHIR


Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu.

Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk mengajar sihir. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran, kerana di dalam ayat tersebut ada dijelaskan akan peringatan yang diberikan oleh Harut dan Marut yang berbunyi:-

" Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)"

Bagaimana Merawat Sihir?
Jangan terpedaya dengan amalan2 khurafat dan syirik tok-tok bomoh atau siapa2 saja dalam kita mencari ikhtiar untuk menyembuhkan mangsa sihir. Islam itu mudah. Islam tidak akan menganiaya umatnya. Dan rawatan untuk memulihkan sihir dalam Islam juga cukup mudah. Tetapi apa yang tidak mudah ialah, untuk memastikan diri kita masih di dalam Islam sebelum memulakan ikhtiar merawat mangsa sihir. Maknanya, cara rawatan sihir dalam Islam mudah, tetapi ia tidak mungkin akan berhasil (melainkan dengan izin Allah), jika si perawat ada melakukan perkara2 syirik tanpa disedarinya.

Bahan Yang Perlu Ada
Cuma air masak (segelas atau satu jug)

Cara Rawatan:-

1. Mengucap dua kalimah shahadah
2. Mengambil wuduk
3. Solat sunat 2 rakaat (sekurang2 nya)
4. Berdoa minta Allah ampunkan dosa kita jika kita ada melakukan perkara2 syirik tanpa kita sedari, dan minta Allah bantu kita dalam usaha merawat mangsa sihir
5. Baca ayat 102 dan 103 Surah al-Baqarah sebanyak 21 kali
6. Baca doa seperti ini "Ya Allah Yang Maha Agung, bunuhlah sihir yang dikenakan kepada orang ini, keluarkanlah semua sihir yang ada di dalam tubuhnya, sembuhkanlah dia seperti sediakala ya Allah.
7. Hembus / tiup air masak yang telah disediakan tadi
8. Beri mangsa minum sedikit.
9. Lebihan air itu masukkan ke dalam baldi, dan campur dengan air paip untuk dibuat mandi
10. Minta mangsa mandi dengan air tersebut, dan sewaktu mandi, minta mangsa gosok seluruh tubuhnya mana yang sampai dengan tangannya.

InsyaAllah, mangsa akan muntah jika ada terkena sihir. Ada kes di mana selepas minum air masak itu mangsa terus muntah. Ada juga yang muntah ketika mandi dan ada pula selepas mandi.

Jika mangsa muntah, teruskan rawatan sekali setiap hari selama seminggu dengan mengulangi langkah 1 sehingga 10 yang dinyatakan di atas.

Jika selepas seminggu mangsa masih muntah atau terasa loya nak muntah, teruskan rawatan untuk minggu kedua, dan seterusnya, sehinggalah mangsa tidak lagi berasa apa2 selepas minum dan mandi air yang didoakan.

Wallahualam...