Friday, November 11, 2011

KALAU PERBANKAN ISLAM PUN SALAH, CAMNE NAK BELI RUMAH?

Dan ramailah yang tidak bersetuju apabila dikhabarkan yang bank Islam dan perbankan Islam itu sebenarnya mengandungi riba' ikut pintu belakang. Maka banyaklah soalan2 ditanya demi untuk menidakkan apa yang aku utarakan.

Antara soalan2 yang ditanya, kalau Bank Islam dan perbankan Islam pun sebenarnya ada riba':-

1. Mcm mana orang Islam nak berniaga? Kalau dah tak boleh berniaga, mcm mana Islam nak kaya dan maju?
2. Mcm mana aku nak beli rumah? kalau nk harap kumpul duit sikit2 alamat sampai matilah aku xde rumah.
3. Mcm mana aku nk beli kereta? Kalau xde kereta, susahlah. Kereta skrg ni dah jadi satu keperluan beb..

Hehe..
Itulah antara soalan2 yang diajukan kepada aku.
Jawapan aku mudah. Tetapi untuk melaksanakannya tidak mudah. Malahan susah giler. Antaranya ialah, pilihlah perniagaan yang tidak memerlukan kita berhutang dengan bank. Ataupun cuba tanya Bank Islam terbesar di dunia, iaitu Bank Al-Rajhi yang kini sudah bertapak di Malaysia. Dengar2 nya ia satu2nya Perbankan Islam yang benar2 Islam. Benarkah? Aku tak pasti berkenaan pinjaman perniagaan, peribadi ataupun pinjaman beli kereta. Tapi aku pernah pakai caj kad Al-Rajhi dan memang takde dikenakan walau sesen pun interest, walaupun aku dah bertahun tak bayar balik pinjaman aku. Yang dikenakan ialah caj perkhidmatan yang tersangatlah sedikitnya. Setahun tak silap aku RM15 je. Benar2 tak membebankan dan inilah perbankan Islam yang sebenar! Kalau benarlah ia perbankan Islam yang benar2 Islam, aku doakan pemiliknya dipanjangkan umur, diberikan kemampuan dan dipermudahkan usahanya dalam membantu umat2 Islam. Apapun, adakah kekayaan itu diukur dari segi berapa banyak wang ringgit yang kita ada? Jawapannya YA bagi mereka yang mengejar dunia.

Rumah memang satu keperluan. Tapi adakah memiliki rumah sendiri tu satu keperluan? Kalau tak mampu nak beli rumah secara tunai, kan kita boleh sewa. Kita bukannya hidup di dunia ini selama2 nya. Kan tujuan hidup kita ni adalah untuk kehidupan selepas mati yang kekal. Kat sana nanti tak perlu duit untuk memiliki rumah sendiri. Tapi perlukan amalan sewaktu dalam fasa hidup di dunia. Jadi, janganlah kita sampai terpaksa menjebakkan diri kita dalam riba' semata2 untuk memiliki rumah sendiri. Silap gaya, belum sempat duduk rumah yang dibeli, kita sudah dipanggil mengadap Ilahi.

Aku tanya korang, betulkah Islam ini satu agama yang sempurna? Betulkah Islam tidak menindas penganutnya?

Kalau jawapan korang betul, kenapa jika kita pinjam duit secara perbankan Islam kita kena bayar lebih banyak berbanding pinjaman bank konvensional? Ini sudah menunjukkan adanya diskriminasi terhadap umat Islam. Ini sudah menunjukkan Islam itu menekan penganutnya. Ada 2-3 orang kawan aku yang membeli rumah menggunakan perkhidmatan perbankan Islam. Mereka semua sekarang ni tengah berungut tak habis2 sebab mereka kata jauh lebih mahal keuntungan yang dikenakan daripada perbankan konvensional a.k.a perbankan riba'.

Sebagai membuka minda, apa korang ingat Dajjal dan pengikut2nya yang menguasai perbankan dunia sekarang ni akan berdiam diri membiarkan wujudnya perbankan Islam kalau perkara itu sebenarnya merugikan mereka? Kalau perbankan Islam ini menyebabkan keberuntungan di pihak umat Islam, korang rasa keturunan Rothchild dan Rockafellar yang merupakan antara tentera Dajjal terhebat akan benarkan ia wujud semudah itu? Fikirlah dalam2 brader..

Kebiasannya kita berhutang ni untuk tujuan duniawi. Nak ada rumah besar, nak ada kereta best..sedangkan kalau kita kata kereta satu keperluan, kenapa kita tak beli je kereta secondhand buruk yang dengan duit sebanyak RM2000 pun boleh dapat tu..belilah proton saga first edition. Murah apa..boleh berteduh dari panas dan hujan jugak. Ada aircond lagi.

Sebenarnya aku juga adalah antara jutaan orang yang turut terjebak dalam riba'. Apa boleh buat, dulu aku jahil. Apa boleh buat, masa aku masih belajar dan takde pendapatan walau sesen pun KERAJAAN SYIRIK UMNO dah secara tidak langsung memaksa aku menjebakkan diri dalam riba' melalui PTPTN. Masa aku masih belajar dan takde pendapatan walau sesen pun aku dh ada hutang berpuluh ribu. Nauzubillah.

Semoga Allah ampunkan dosa2 aku, dan semoga Allah turunkan rezeki daripada sumber2 yang tidak aku ketahui agar aku mampu membebaskan diri aku daripada segala hutang piutang dan riba', sama ada yang aku sengajakan mahu pun tidak. Amin!

Wallahualam!

UMAT ISLAM AKAN BERSEKUTU DGN RUM PADA AKHIR ZAMAN NANTI

Nabi SAW pernah bersabda bahawa kita (umat Islam) akan bersekutu dengan Rum.


Dalam al-Quran sendiri ada satu surah yang bernama Surah Ar-Rum. Dalam surah ini, ayat pertamanya menceritakan tentang kekalahan Rum.


Adakah Rum ini bermaksud Rome, kota terkenal yang kat Itali tu?
Tidak. Tidak sama sekali.


Yang dimaksudkan dengan Rum di dalam al-Quran itu ialah Gereja Kristian Ortodoks Timur yang menubuhkan Empayar Byzantine di mana Constantinople merupakan ibu negaranya. Nama baru bagi Constantinople ialah Istanbul, yang terletak di Turki.


Empayar Byzantine itu sudah musnah. Jadi bagaimana pula dengan sabda Nabi SAW yang umat Islam anti akan bersekutu dengan Rum ini?




Memang Empayar Byzantine sudah tidak lagi wujud di muka bumi ini. Namun Gereja Kristian Ortodoks Timur masih kekal wujud. 


Di manakah Gereja Kristian Ortodoks Timur ini sekarang?


Ibu pejabat bagi gereja ini sekarang terletak di Rusia. Jadi apabila Nabi SAW bersabda bahawa kita akan bersekutu dengan Rum, maksudnya ialah kita akan bersekutu dengan Rusia.

Wallahualam!

BANK ISLAM dan PERBANKAN ISLAM TU BETUL2 ISLAM KE?

Apakah transaksi kredit?
Transaksi kredit itu ialah apabila kita beli sekarang dan bayar kemudian.


Adakah transaksi kredit itu halal?
Ya, ia halal. Sebab Nabi SAW juga adakalanya mengambil terlebih dahulu barangan yang baginda perlukan di kedai dan berjanji membayarnya kemudian.


Bagaimanapun pekedai yang memberikan kemudahan kredit itu TIDAK BOLEH menaikkan harga disebabkan dia terpaksa menunggu untuk mendapatkan wang hasil daripada transaksi jual beli tadi. Jika dia menaikkan harga disebabkan terpaksa menunggu untuk mendapatkan wang hasil jualannya, itu adalah RIBA'.


Kita perlu ingat, kita tak boleh menggandakan wang atas alasan masa.


Justeru itu, transaksi kredit adalah dibolehkan, janji harga untuk pembelian kredit itu sama dengan harga untuk pembelian tunai. Jika harga kredit itu lebih tinggi daripada harga tunai, maka perbezaan harga tersebut menjadi RIBA'.


Akan tetapi, apa yang diamalkan oleh Bank Islam dan Bank Bukan Islam yang ada perkhidmatan Perbankan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia ialah, andainya kita ingin membeli sebuah rumah, katalah harganya RM100 ribu, namun tidak ada wang tunai untuk membayarnya, tidak ada masalah kerana mereka boleh tolong.


Tolong bagaimana tu?


Mudah. Mereka menolong kita dengan membelikan rumah tersebut pada harga RM100 ribu tadi, dan kemudiannya menjual semula rumah itu kepada kita secara kredit, dengan tempoh pembayaran selama 20 tahun contohnya.


Akan tetapi, disebabkan mereka bagi kita tempoh selama 20 tahun untuk membayarnya, mereka menggandakan wang tersebut sekali ganda, jadi harga rumah tersebut yang kita kena bayar menjadi RM200 ribu. Bezanya ialah RM100 ribu.


Maka apakah jadinya perbezaan RM100 ribu yang kita terpaksa bayar itu?
Itulah yang dinamakan RIBA'.


Akan tetapi, Bank Islam dan Bank Bukan Islam yang memberikan perkhidmatan Perbankan Islam kata tidak. Mereka kata ini bukan RIBA'. Mereka kata ini dinamakan Murabaha.


Apakah sebenarnya Murabaha itu?
Murabaha ialah satu transaksi tunai di mana sesuatu itu dijual pada satu kadar yang sudah mengambil kira keuntungan yang kedua2 penjual dan pembeli saling mengetahuinya, dan menerimanya. Kata kunci di sini ialah tunai, bukan kredit.


Oleh itu, apa yang Bank Islam dan Bank Bukan Islam yang memberikan perkhidmatan Perbankan Islam amalkan itu bukanlah Murabaha. Ia adalah RIBA'. Perbezaan harga asal dengan harga jual itu adalah RIBA' sebab transaksi ini adalah transaksi kredit bukan tunai.


Nampak tak perbezaannya? Boleh terima ke? Pasti sukar bukan.


Inilah yang dinamakan menghalalkan apa yang Allah haramkan, dengan memanipulasi maklumat dan hukum untuk menjadikan yang haram itu halal.


Apa yang Bank Islam dan Bank Bukan Islam yang memberikan perkhidmatan Perbankan Islam itu buat ialah RIBA' MELALUI JALAN BELAKANG.


Wallahualam.

Thursday, November 10, 2011

HATI BAGI JANTUNG AL-QURAN

Rasanya ramai yang sudah tahu, bahawa Surah Yaasin itu adalah jantung bagi Al-Quran. Maksud jantung Al-Quran ini ialah intipati Al-Quran. Maksud bagi seluruh al-Quran itu ada pada Surah Yaasin. Dalam bahasa yang lebih mudah, kesimpulan bagi seluruh kandungan Al-Quran terkandung di dalam Surah Yaasin.

Namun apakah pula hati bagi jantung Al-Quran ini? Apakah hati kepada Surah Yaasin? Apakah yang menyebabkan Surah Yaasin menjadi intipati bagi keseluruhan kandungan Al-Quran?

Jawapannya ada pada ayat 22 dalam surah ini. Ayat ke 22 ini merupakan dakwa surah Yaasin atau maksud Surah Yaasin. Terjemahan bagi bagi ayat ini ialah:-

MENGAPA TIDAK AKU SEMBAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN AKU, DAN YANG KEPADA-NYALAH AKU DAN KAMI SEMUA AKAN DIKEMBALIKAN

Tafsiran untuk terjemahan ayat ini pula ialah:-

KENAPAKAH TIDAK AKU SEMBAH / PUJA / BERDOA KEPADA ZAT YANG MENCIPTAKAN DIRIKU? SEDANGKAN JIKA AKU SEMBAH / PUJA / BERDOA ATAU TIDAK SEKALIPUN, AKU TETAP AKAN KEMBALI KEPADA-NYA

Inilah hati bagi surah Yaasin, dan inilah maksud bagi keseluruhan Al-Quran. Maksudnya bertepatan dengan tujuan kita diciptakan, iaitu hanya untuk menyembah Allah SWT. 

Daripada ayat ini kita diingatkan dengan jelas bahawa kita semua akan menemui Allah. Sebagai umat Islam, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa untuk menemuiNYA. Berjumpa dengan Allah inilah kenikmatan yang paling tinggi. Tiada satu nikmat pun yang dapat menandingi kenikmatan bertemu pencipta kita. Bayangkan kenikmatan syurga, dan bayangkan pula bagaimana nikmatnya jika kita dapat bertemu dengan pencipa syurga pula. Subhanallah.

Kenapa kita kena letakkan sasaran untuk bertemu Allah? 

Kerana kita hanya boleh berjumpa Allah di dalam syurga. Di Padang Mahsyar kita hanya dapat dengar suara DIA sahaja. Jadi, jika kita dapat bertemu Allah, maka secara otomatiknya kita akan masuk syurga.

Oleh yang demikian, setiap kali sebelum tidur, janganlah kita lupa untuk berdoa. Pujuklah Allah untuk melimpahkan rahmatnya ke atas kita. Pujuklah Allah agar memberi peluang untuk kita bertemu dengan DIA. Merayulah pada DIA untuk mengampunkan dosa2 kita. Sebab KITA MASUK SYURGA BUKAN DENGAN AMAL IBADAT KITA. Hanya atas rahmat ALLAH sahajalah kita boleh masuk syurga. . Mohonlah pada DIA supaya dipermudahkan penghisaban amal ibadat kita nanti. Mohonlah pada dia, walaupun kita banyak dosa dan kurang amalan, namun masukkanlah kita ke dalam syurga. Mintaklah masuk syurga walaupun tak cukup syarat. Sebab takkan cukup syarat untuk kita masuk ke syurga melainkan atas keizinan DIA.

Wallahualam!