Wednesday, May 30, 2012

Yakinlah Dengan Quran dan Hadith, Bukan Dengan Ustaz2, Tok2 Guru dan Ulama2

Manusia ini memang sering ditipu syaitan. Tipu daya syaitan ini pula amatlah licik. Punyalah licik si syaitan ni sampaikan dalam pada kita berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah, rupa2 nya kita semakin jauh. Dalam kita beristiqamah melakukan ibadat untuk menjadi umat Islam hakiki, tanpa kita sedar kita sebenarnya sudah terkeluar daripada Islam. Nauzubillah..

 

Amat menyedihkan apabila masyarakat Islam pada hari ini lebih mempercayai ustaz2, tok2 guru, ulama2, mufti2 dan ahli2 agama daripada meyakini Quran dan Sunnah. Kita lupa bahawa selagi namanya manusia, pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Yang takkan silap adalah Quran dan Sunnah, sebab itu daripada Allah.

Jangan salah sangka. Aku yang jahil ini tidak memusuhi golongan yang disebutkan pada tajuk di atas. Jauh sekali menidakkan kepentingan golongan ini dalam mendidik masyarakat. Aku cuma mahu mencuba untuk mengubah persepsi masyarakat Islam, terutamanya di Malaysia ini, yang ekstrem terhadap golongan seperti ini. Tidak dinafikan, mereka ini perwaris Nabi SAW..tetapi bukanlah sebarangan orang yang boleh dikategorikan sebagai perwaris Nabi SAW ini. Hanya jika mereka benar2 hidup dengan berlandaskan kepada Quran dan Sunnah barulah kita boleh mengikut mereka. Maksudnya, apa saja ajaran mereka tentang ibadah, tentang Islam, tentang hukum-hakam, tentang berdoa, dan sebagainya, perlulah mempunyai dalil yang sahih. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meminta mereka mengeluarkan dalil-dalil sahih untuk memastikan ia adalah mengikut jalan lurus yang disyariatkan Allah SWT.

Kita kena berhenti membudayakan Islam. Kita kena berhenti menggunakan logik akal dalam beribadah dan doa. Islam itu bukanlah mengikut logik akal. Islam adalah berkenaan kepatuhan kita kepada Allah SWT. Islam adalah membenar dan mengamalkan syariat yang diturunkan Allah melalui Nabi SAW. Islam itu adalah mempraktikkan ajaran yang dibawa Nabi SAW, yang diamalkan oleh para sahabat. Islam bukan mereka-reka ibadat dan doa dengan menamakannya sebagai Bidaah Hasanah. Bidaah itu adalah syirik kepada Allah.

Wallahualam...

Thursday, May 17, 2012

SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI MEMBATALKAN SHAHADAH

Demokrasi Menyebabkan Anda Kafir!

ISLAM ITU SEMPURNA
Islam adalah sebuah agama yang sempurna. Islam mengandungi segala aturan hidup yang diperlukan oleh manusia. Tiada satu pun perkara yang terlepas daripada pengetahuan Allah SWT. Segalanya adalah di dalam perancanganNYA. Allah SWT mencipta kita bersama segala keperluan yang kita perlukan untuk kelangsungan hidup di muka bumi ini. Kita disediakan makanan, tempat tinggal, udara, pakaian, bahasa komunikasi, pengangkutan, pasangan dan yang sering dilupakan ialah kita turut disediakan dengan aturan hidup. Kita hidup di dunia ini adalah mengikut aturan Allah SWT. Kita hidup di dunia ini adalah mengikut ketetapan Allah SWT. Segala-galanya sudah ditentukan terlebih dahulu. Sebab itulah Islam dinamakan Ad-Din. Islam bukan setakat agama penyembahan. Islam adalah cara hidup atau aturan hidup. Islam adalah berkenaan kepatuhan kita kepada aturan hidup yang digariskan oleh sang Maha Pencipta. Bermaksud kita perlu menjalani hidup ini mengikut aturan atau undang2 yang digubal oleh Allah, bukan undang2 manusia.

Syariat Islam juga sudah sempurna. Islam sudah sedia diguna pakai apabila wafatnya Rasulullah SAW yang meninggalkan kita dengan Quran dan Sunnah (Hadith) sebagai panduan hidup. Tiada satu perkara pun yang Allah terlepas pandang. Oleh itu takkan ada syariat baru, sebagaimana tiadanya Rasul baru untuk menggantikan Nabi SAW. Tiada syariat baru ini bermaksud kita tidak boleh mereka-reka perkara2 baru. Segala2nya perlulah mengikut Quran dan Sunnah. Walaupun sesuatu perkara itu secara lahiriah dan logiknya nampak baik, tetapi jika tiada nas2 atau dalil2 yang menyokongnya, tidak boleh kita melakukannya dengan alasan Bida'ah. Sebab Bida'ah itu adalah syirik.

KENAPA SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI MEMBATALKAN SHAHADAH?

Sebab demokrasi adalah sistem pemerintahan ciptaan manusia. Ia bukan sistem pemerintahan yang diaturkan oleh Allah. Demokrasi bukanlah atau tidak sama dengan bentuk perundingan (syura) yang ada dalam Islam, akan tetapi ramai muslim sekular mengatakan sebaliknya (untuk membenarkan kekufuran mereka). Sebenarnya ia hanyalah satu mekanisme atau sistem yang membolehkan manusia meninggalkan perintah-perintah Allah dan menghalalkan hukum buatan mereka sendiri. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang berpaksikan kepada Rukun Negara yang dicipta oleh manusia. Justeru itu Malaysia adalah negara kafir, bukan negara Islam. Ini adalah soal Akidah. Persoalan membabitkan Akidah ini TIDAK MEMBOLEHKAN kita melakukan Ijtihad dan Maslahah (untuk membolehkan kita mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi) sebab ia adalah jelas dan muktamad, walaupun tujuannya adalah untuk memperjuangkan Islam. Allah sudah secara jelas melarang kita melakukannya. Niat tidak pernah menghalalkan cara.


Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa. 

Allah menyifatkan mereka yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ini sebagai merancang untuk melakukan kejahatan yang pastinya akan mendapat balasan setimpal di akhirat nanti. Ini adalah keputusan yang jelas dan muktamad daripada Allah.

Shahadah boleh terbatal melalui pemerintahan demokrasi kerana mereka yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi ini kebiasaannya akan melakukan perkara2 seperti berikut:-


1. Percaya bahawa kerajaan demokrasi adalah Islam atau bersesuaian dengan Islam;
2. Mengamalkan sistem politik demokrasi yang bererti mengamalkan agama yang kafir;
3. Melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia;
4. Menyerahkan kuasa untuk membuat undang-undang kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun;
5. Menyerahkan kuasa kepada kerajaan untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang;
6. Menghukum dan mengadili manusia dengan undang-undang manusia;
7. Berada di bawah kuat kuasa undang-undang demokrasi yang bererti menjadi para hamba kepada manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada manusia;
8. Mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi yang bererti menyembah manusia;
9. Menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi bererti beriman kepada agama demokrasi;
10. Tidak mengisytiharkan kekufuran demokrasi, tidak menolak dan mengkufur ingkarkannya serta tidak mengisytiharkan untuk menghapuskannya melalui Jihad, Perang dan Revolusi.


Wallahualam..

Nota: Terima kasih Wan Solehah

Monday, May 14, 2012

5 Soalan Di Padang Masyhar

Ramai yang tahu selepas meninggal dunia dan dikebumikan, kita akan ditanya oleh malaikat dengan beberapa soalan. Cuma ramai yang tak tahu sebenarnya ada 4 soalan yang akan ditanya (bukan 3 seperti yang disebut dalam talqin). Namun tidak ramai yang tahu di Padang Masyhar nanti kita akan disoal pula oleh Allah dengan 5 soalan lain. Soalan-soalannya berbunyi lebih kurang begini ;-

1. Sepanjang usia mudamua, apakah yang telah kau lakukan untuk agamamu?
2. Sepanjang usia tuamu, apakah yang telah kau lakukan untuk agamamu?
3. Sepanjang usiamu, apakah yang telah kau lakukan untuk agamamu?
4. Dengan rezeki yang aku kurniakan kepadamu, berapa banyakkah yang telah kau belanjakan untuk agamamu?
5. Dengan ilmu yang aku kurniakan kepadamu, adakah kau gunakannya untuk membantu agamamu?

Bagaimana? Mampukah kita berdepan dengan sang Maha Pencipta untuk menjawab soalan2 di atas?

Wallahualam...

Tahniah Manchester City

Tahniah Jiran Yang Bising

English Premier League musim 2011-2012 telah berakhir. Sekalung tahniah buat The Noisy Neighbour a.k.a Manchester City kerana berjaya merampas takhta Manchester United. Persaingan kali ini amat sengit. City memerlukan 5 minit masa tambahan untuk bergelar juara. Alex Ferguson kelihatan sugul. Relax la Sir Alex, lu sudah terlalu banyak piala beb..kasi la kat jiran lu pulak.
fergies fledgeling
Fergie's Fledglings - Class of 1992

Apa yang  menarik ialah, kemenangan City ini telah menggembirakan ramai para penyokong Arsenal, Chelsea dan yang paling ketara gembiranya ialah penyokong Liverpool. Mungkin mereka takut Man U yang sudah memintas rekod kemenangan liga mereka yang sebanyak 18 kali itu, mencatat rekod baru iaitu kemenangan ke 20. Para peminat Liverpool terlupa bahawa mereka sesungguhnya langsung tak pernah memenangi EPL.

Adakah ini satu petanda jatuhnya sebuah kuasa besar bolasepak England? Adakah ini petanda kebangkitan City sebagai sebuah dinasti? Mungkin ya dan mungkin tidak. Namun kalau kita bercerita tentang Alex Ferguson, si tua ini semangatnya kalah orang muda. Dulu pundit2 EPL pernah cakap Arsenal akan meruntuhkan empayar Ferguson. Nampak macam betul, namun Sir Alex bangkit menyangkal dakwaan itu bersama falsafahnya yang mementingkan pembangunan pemain2 muda. Kemudian Chelsea pula mencuba nasib dengan jumlah pelaburan yang boleh dikatakan hilang akal. Bila Chelsea menang EPL buat pertama kali, galaklah pundit2 EPL meramal keruntuhan dinasti Sir Alex. Namun beliau dengan wajahnya yang merah setiap kali marah atau tertekan, bangkit sekali lagi menidakkan harapan menggunung musuh2 Man U. Beliau membuktikan wang bukanlah segala2 nya.

Sir Alex sedang bergembira

Kini giliran City pula. Dengan kekayaan tuan punya kelab, City boleh berbelanja sesuka hati. Adakah kali ini Sir Alex akan menyerah kalah? Kita sama2 tunggu. Sebab aku rasa, orang tua ini akan berhenti hanya bila jantungnya sudah tidak berdegup lagi.

Sunday, May 13, 2012

MENTAUHIDKAN ALLAH DALAM IBADAH DAN DOA

A003

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)


Ayat berserta terjemahan di atas merupakan ayat ke 3 Surah Az-Zumar. Ayat ini memperjelaskan tentang larangan ke atas kita untuk mereka-reka ibadah dan doa, selain daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan sunnah yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Kita solat 5 waktu. Kita berpuasa di bulan Ramadhan. Kita membayar zakat. Kita menunaikan Haji. Kita bersedekah. Kita membaca Al-Quran. Kita berdoa bersungguh2. Dan apa sahaja ibadah yang termampu, akan kita lakukan demi mengejar syurga. Kita juga berangan2 untuk berjihad di jalan Allah, demi mengejar syahid yang dijanjikan syurga walaupun dunia masih belum kiamat. Namun kita ini akan tergolong dalam golongan mereka yang rugi, kerana segala ibadah dan doa yang kita lakukan dan lafazkan, tidak diterima Allah SWT. Mengapa Allah tidak terima segala ibadah dan doa kita?


Jawapannya MUNGKIN SEBAB KITA ADA MELAKUKAN SYIRIK

Inilah masalah paling besar yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia. Inilah perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW. Inilah hakikat yang paling sukar kita terima. Namun inilah dia perkara sebenar yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam. 

Ayat di atas menjelaskan betapa pentingnya mentauhidkan Allah di dalam ibadah dan doa kita. Ayat di atas juga menekankan larangan menggunakan perantara dalam doa yang kita pohonkan. Perantara di sini adalah seperti tok-tok wali, Rasul, Nabi, Malaikat atau apa saja. Bermakna kita tak boleh menyeru nama-nama mereka ini dalam doa / amalan / ibadah kita. Kita juga tidak boleh meminta mereka mendoakan kita,. Kita kena berdoa sendiri, sebab doa tak memerlukan perantara. Allah faham semua jenis bahasa. Ingatlah, jika alasan kita meminta para2 ustaz atau imam mendoakan kita sebab khuatir Allah tak terima doa kita disebabkan kita cuai dalam melaksanakan perintah dan sentiasa melanggar laranganNYA, maka kita telah bersangka buruk dengan Pencipta kita. Jika kita bersangka buruk dengan Allah, maka jatuh syiriklah kita.


KESILAPAN DALAM KENDURI DOA SELAMAT


Akan tetapi di negara kita ini, sering saja para ustaz atau imam masjid dipanggil untuk mengetuai pembacaan doa dalam kenduri doa selamat. Kenduri doa selamat ini memang menjadi kemestian kepada masyarakat kita. Nak pergi tunaikan umrah atau haji, buat kenduri doa selamat. Anak nak periksa spm, buat kenduri doa selamat. Dapat projek baru, buat kenduri doa selamat. Ikut logik akal memang tiada salahnya, sebab kenduri itu ialah menjamu orang ramai makan. Bermaksud kita bersedekah. Memang sepatutnya ia satu amalan yang mulia. 


Namun Islam adalah berkenaan kepatuhan kepada Allah. Islam bukan berkenaan logik akal. Kenduri doa selamat ini sebenarnya salah konsep. Kenduri doa selamat ini sebenarnya meminta orang ramai membuat kerja (iaitu berdoa) untuk kepentingan kita dan kemudian kita upah mereka dengan makanan, dan ada juga yang turut memberi wang saguhati kepada si pemimpin bacaan doa tersebut. Kita panggil orang makan bukan untuk bersedekah kerana Allah, sebaliknya sebagai upah mendoakan kita. Jadi di mana pahala sedekahnya? Ini adalah satu perbuatan yang sia-sia.


KEWAJIPAN MEMPELAJARI TAFSIR AL-QURAN DAN HADITH

Masyarakat kita sebenarnya berdepan isu yang jauh lebih besar daripada mempunyai kerajaan yang tidak mentaati Allah. Masyarakat kita berdepan dengan isu syirik yang sudah  menjadi sangat sebati dalam kehidupan kita. Masyarakat kita secara terang2 melakukan syirik dengan beralasankan Bida'ah. Sebenarnya bida'ah itulah syirik. Bida'ah ialah ibadah yang tiada termaktub di dalam al-Quran dan tidak juga pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Ingat, syariat Islam sudah tamat dengan kewafatan Nabi SAW. Al-Quran sudah sempurna sebelum wafatnya Baginda. Jika kita melakukan perkara berkenaan agama Islam yang tiada di dalam Quran dan tidak pula dilakukan oleh Nabi SAW, bermakna kita sudah membuat syariat sendiri. Inilah yang dimaksudkan di dalam ayat ke 18 dalam Surah Hud seperti di bawah:-
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi- saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota- anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!

Maksud mereka-reka perkara dusta terhadap Allah dalam ayat di atas adalah mengada2 kan perkara yang tidak pernah Allah sampaikan sama ada di dalam Quran atau pun Hadith. Iaitu membuat ibadah atau doa mengikut cara yang tidak pernah Allah syariatkan. Seperti kenduri tahlil orang mati, yang mana kononnya ia dilakukan untuk menghantar pahala kepada si mati sedangkan mengikut syariat Islam orang yang sudah mati ini terputus segala hubungan dengan dunia kecuali 3 perkara, iaitu:-


1. Sedekah jariah
2. Ilmu bermanfaat yang diajar
3. Doa anak yang soleh.


KENAPA KESILAPAN INI BOLEH BERLAKU?


Tiada orang yang mahu masuk neraka. Iblis dan syaitan pun tak mahu masuk neraka. Semua inginkan syurga. Cuma yang menjadi masalahnya ialah kita tidak tahu perbuatan kita yang inginkan syurga itu sebenarnya menjerat kita ke neraka. Silap haribulan kekal kita di dalamnya..Nauzubillahiminzalik.


Perkara sebegini berlaku disebabkan kita sudah terlalu jauh dengan Quran dan Hadith. Kita tidak mempelajari tafsir Quran dan hadith. Kita lebih percayakan amalan2 yang disampaikan oleh ustaz, imam atau ahli2 agama. Kita lebih percayakan amalan turun temurun yang dilakukan oleh nenek moyang kita. Kita lebih gemar memilih kitab2 yang ditulis oleh ahli2 agama. Sedangkan Rasulullah berpesan agar umatnya berpegang teguh kepada Quran dan Hadith untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kesesatan.


Kembalilah kita kepada al-Quran kerana mempelajari tafsir Quran ini WAJIB hukumnya. Renung2 kanlah maksud ayat ke 36 Surah Az-Zukhruf seperti di bawah:-
Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.


Wallahualam...

TIPS UNTUK BERDOA

Doa adalah senjata orang Mukmin. Sebagai hamba yang hina, lemah dan tiada upaya, kita memang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT dalam apa juga perkara. Terlalu banyak keperluan mahu pun keinginan yang ingin kita penuhi sebagai makhluk. Permintaan untuk memenuhi keperluan dan keinginan inilah yang dipanggil doa.

Allah itu MAHA KAYA. Allah tiada sifat miskin. Walau seberapa banyak sekalipun doa yang dikabulkan, takkan sedikit pun ia akan mengurangkan kekayaanNYA. Janganlah sombong untuk berdoa. Apa saja bahasa boleh digunakan dalam berdoa. Allah faham. Cuma kalau kita berdoa dalam solat, kita tak boleh lafazkan doa yang diucapkan dalam bahasa selain Bahasa Arab. Kena lafaz dalam hati.

Waktu terbaik untuk berdoa

Allah telah tetapkan waktu2 yang mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah detik di antara dua khutbah Jumaat, waktu di antara azan dan iqomah (jika solat berjemaah sahaja), sebelum masuk waktu berbuka puasa, lepas menziarahi orang sakit, lepas menziarahi sesebuah kematian, selepas bersedekah, ketika sujud dalam solat, dan pada waktu sepertiga malam. Oleh itu, banyakkanlah berdoa pada waktu yang mustajab ini.


Lafaz doa

- Mulakan dengan meminta keampunan atas dosa2 yang kita lakukan dengan beristighfar.
- Kemudian lafazkan kata2 pujian kepada Allah.
- Teruskan dengan selawat ke atas Nabi SAW
- Mula berdoa dengan meminta dijauhkan diri kita daripada neraka.
- Teruskan berdoa apa yang dihajatkan. Contohnya dipermudahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
- Seandainya doa kita adalah berkenaan keperluan duniawi, teruskan doa dengan lafaz lebih kurang begini:-
   "Ya Allah, bukanlah aku mengejar duniamu, namun sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya yang kau jadikan di muka bumi ini, ada pelbagai perkara yang aku perlukan. Maka kau makbulkanlah doaku ini Ya Allah. Jika tidak kau yang mengabulkannya, kepada siapa lagi harus aku berdoa?

Wallahualam...

Monday, May 07, 2012

BERSIH 3.0

Hampir 3 bulan aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang update. Dalam jangkamasa itu, macam2 perkara sudah berlaku. Bukan kesibukan yang menghalang aku menulis sesuatu. Aku cuma sudah kurang membaca bahan ilmiah sekarang. Bila input tiada, bagaimana untuk aku mengeluarkan output?


Namun aku rasa aku perlu ulas topik yang sudah pun suam2 kuku, iaitu BERSIH. Ulasan ini adalah berdasarkan pandangan peribadi aku yang sentiasa berubah2. Pandangan yang berubah2 ini bukanlah kerana aku bersikap umpama lalang yang menunggu arah tiupan angin. Aku tetap tidak berganjak dengan perjuangan jarak jauh aku. Aku tetap menyokong parti yang berpaksikan Islam sebagai Ad-Din. Sokongan ini bukanlah kerana aku mengikut aliran semasa. Sokongan ini bukanlah kerana ketaksuban aku terhadap mana2 individu yang memimpin. Sokongan ini juga bukanlah kerana aku bakal mendapat imbuhan sekiranya parti yang aku sokong menang. Sebaliknya sokongan ini adalah berdasarkan pemahaman aku akan maksud ayat2 dalam surah Al-Maidah ayat 44, 45 dan 47.

Aku menolak BN adalah kerana ia menolak hukum Allah. Aku menolak BN kerana pemerintahannya adalah berpaksikan kepada sekularisasi. Aku menolak BN kerana kehancuran yang mereka bawa, walaupun mereka bermegah kononnya Malaysia kini sebuah negara maju. Bukan aku menolak kemajuan, tapi aku menolak kefasikan, kezaliman dan kekufuran yang datang bersama2 kemajuan yang diagungkan mereka.

Apakah aku menyokong Bersih 3.0?
Dalam Bersih 1.0 dan 2.0, sokongan aku terhadap perhimpunan itu memang jitu. Tidak langsung berbelah bagi. Adakah aku turut sama berhimpun? Jawapannya tidak. Kenapa aku tidak sama2 berhimpun walaupun sokongan aku tidak berbelah bagi? Sebabnya mudah. Aku tidak boleh berada dalam kesesakkan sebegitu. Aku rimas dan lemas. Hehe..Namun, pandangan aku kini berbeza untuk Bersih 3.0. Aku sokong tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih 3.0. Cuma sokongan aku terhadap perhimpunan Bersih 3.0 itu sudah goyah.

Kegoyahan ini adalah disebabkan fakta terbaru yang aku perolehi dalam sebuah kelas tafsir Quran dan Hadith yang aku hadiri. Menurut Ustaz yang mengajar, Nabi SAW tidak pernah membuat perhimpunan menunjuk perasaan sebegini. Begitu juga dengan para Sahabat. Apabila junjungan besar dan para sahabat tidak pernah melakukannya, bermaksud ia bukan syariat. Apabila ia bukan syariat, maka kita tidak boleh melakukannya atas nama agama. Menurut Ustaz itu lagi, perhimpunan tunjuk perasaan seperti ini adalah dimulakan oleh pihak Syiah. Pihak Syiahlah yang mula2 mengadakan tunjuk perasaan sehingga mengorbankan Khalifah Uthman bin Affan dan isterinya.


Jadi kesimpulannya, BERSIH 3.0 membawa agenda yang betul, namun bagi aku perlaksanaannya tidak tepat. Ada yang mengatakan ia adalah cara terbaik untuk mendesak kerajaan agar telus. Ada pula berpendapat tidak ada cara lain lagi yang boleh dibuat untuk mendesak kerajaan kecuali turun dijalanan. Mungkin secara logik akal betul, namun Islam adalah berkenaan pematuhan terhadap perintah dan larangan Allah. Islam bukan mengikut logik akal manusia.

Wallahualam...