Monday, August 08, 2011

YAKJUJ DAN MAKJUJ ITU TAMADUN SEKULAR BARAT MODEN?

Dunia penuh pancaroba. Dunia penuh tipu daya. Dunia adalah medan ujian sementara untuk alam akhirat yang kekal. Cuba halusi persekitaran dunia hari ini. Cuba dalami setiap peristiwa dan sejarah dunia. Apakah yang akan anda fahami?

Nampakkah kita dunia ini sebenarnya di kuasai oleh satu golongan? Golongan ini menguasai seluruh dunia, baik dari segi politik, kebudayaan, ekonomi, berita, sukan, hiburan, fesyen, pengangkutan, teknologi dan sebagainya. Golongan ini memiliki kuasa mutlak yang tidak langsung mampu digugat. Golongan ini bukan sekadar mengawal dunia, malahan mereka mengubah, menentukan dan mencipta diri mereka sendiri. Dalam masa yang sama, mereka mengubah dunia mengikut acuan mereka. Mereka telah meruntuhkan semua tembok yang selama ini memisahkan manusia antara satu sama lain, menjadi sebuah masyarakat global yang menggunakan satu bahasa, iaitu Bahasa Inggeris. Perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia sebelum ini. Ini yang pertama. Dan InsyaAllah ini pasti yang terakhir. Siapakah golongan ini? Siapakah golongan yang menjadi fenomena unik dalam sejarah ini?

Mereka ialah Tamadun Sekular Barat Moden. Mereka ialah orde dunia gabungan Yahudi-Kristian Eropah.

Mereka ini merupakan orde dunia yang maha dahsyat, mereka merupakan ancaman maha hebat khususnya untuk masyarakat Arab dan Muslim, dan umumnya buat masyarakat bukan Eropah. Namun begitu bagi masyarakat Eropah yang hidup dalam takwa, berakidah dan bermoral, mereka turut tidak terkecuali. Golongan Yahudi-Kristian Eropah ini melancarkan pelbagai perang ke atas cara hidup beragama secara umumnya, dan Islam khususnya. Mereka menggunakan kuasa mutlak mereka untuk meracuni, menindas dan melakukan pelbagai ketidak-adilan dan kekejaman yang tiada bandingannya dalam sejarah ketamadunan kewujudan manusia.

Jenayah ‘bersih’ golongan Yahudi-Kristian kini dapat dilihat melanda Iraq yang penduduknya adalah masyarakat Islam Arab. Ini bukanlah perkara baru, kalau diteliti, ia sebenarnya sama sahaja dengan dasar ‘apartheid’ yang mereka kenakan ke atas masyarakat kulit hitam Afrika satu ketika dahulu. Mereka ini terlalu tamak. Mereka sedut seluruh kekayaan umat manusia melalui apa yang dipanggil sebagai kecurian halal. Mereka memenjara dan memperhamba umat manusia melalui ekonomi. Golongan ini tidak mempercayai tuhan, dan malangnya buat kita, mereka mempunyai muslihat yang maha hebat, di mana apa sahaja yang tersurat baik sebenarnya buruk dan apa yang tersurat buruk itulah yang baik.

Golongan inilah yang disifatkan di dalam al-Quran sebagai Yakjuj dan Makjuj. Golongan inilah yang sedang membantu sang laknat Dajjal untuk meneruskan fitnahnya ke atas umat manusia, golongan inilah yang sedang membantu sang laknat Dajjal untuk menyelesaikan tugasnya.

Kenapa golongan ini disifatkan oleh cerdik pandai Islam sebagai Yakjuj dan Makjuj?

InsyaAllah akan bersambung...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home