Monday, August 08, 2011

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Kasihnya ibu..membawa ke syurga - ini baris permulaan lagu Kasih Ibu nyanyian semula Jamal Abdillah. Saya kurang pasti siapa penyanyi asal lagu ini. Tapi brader Jamal ini memang bertuah. Allah menganugerahkan suara emas kepada beliau yang bagi saya belum mampu ditandingi mana-mana penyanyi lelaki di negara ini. Kebertuahan Jamal ini memungkinkan beliau menyanyikan lagu2 milik penyanyi lain dengan jauh lebih baik. Penghayatan Jamal memang kelas. Kalau ada kelapangan, cuba cari lagu ini versi Jamal di dalam YouTube. Sedap beb. Kalau dihayati betul2, kena pada masanya, tak mustahil boleh mengalir air mata..

Tapi bukan perihal Jamal yang saya maksudkan dalam entri ini. Entri ini, seperti tajuknya adalah berkenaan ibu.

Dalam kuliah Maulana Imran Nazar Hosein yang bertajuk Marriage in Islam, beliau membuat satu kenyataan yang cukup membuatkan saya terkesan. Dalam Bahasa Melayu lebih kurang beginilah bunyinya:-

"Saudara saudari seIslamku, ketahuilah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Akan tetapi, harus diingat..syurga itu di bawah tapak kaki ibu sepenuh masa..bukan ibu part-time yang pagi2 menghantar anaknya ke pusat jagaan, dan malam baru berfungsi semula sebagai seorang ibu.."

MasyaAllah. Dalam maksud kata-kata ini. Termenung jauh saya memikirkannya. Maka fahamlah saya bahawalah inilah antara fitnah Dajjal yang Nabi SAW sebut2 kan semasa hayatnya. Demi mengejar dunia, kaum2 ibu terpaksa bersama2 menggembleng tenaga membantu kaum bapa mencari rezeki demi kelangsungan hidup..licik bukan tipu helah si laknat ini?

Dan fahamlah saya kini bahawa inilah antara hikmah yang Allah kurniakan kepada saya dan isteri apabila anak keempat yang tidak kami rancangkan lahir ke dunia. Dengan bermulanya fasa kehidupan anak keempat kami, maka berakhirlah fasa pekerjaan ibunya. Maka dengan itu, jadilah isteri saya seorang ibu sepenuh masa..

Alhamdulillah, inilah buktinya bahawa sebaik2 perancangan manusia itu, perancangan Allah jauh lebih baik..



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home