Saturday, August 06, 2011

Kita Perlukan Perubahan

Lima tahun bukanlah satu jangkamasa yang terlalu lama. Pejam celik pejam celik, sudah lima tahun saya tak update blog ini. Kali terakhir tahun 2006, iaitu sewaktu saya masih lagi berkhidmat di salah sebuah syarikat swasta di Kelana Jaya. Jangan tanya kenapa, sebab kalau anda tanya saya akan berikan pelbagai alasan2 hebat seperti saya sibuk memikirkan tajuk PhD, sibuk menganalisa ekonomi negara, sibuk mencipta kaedah pembelajaran matematik terbaru, dan macam2 lagi. Ya, betul tekaan anda, saya Master pun belum ada lagi sebenarnya..

Namun, dalam jangkamasa lima tahun ini, tersangatlah banyaknya perubahan yang telah berlaku. Antaranya:-
  1. Saya sudah 2 kali berpindah tempat kerja
  2. Saya sudah 1 kali pindah rumah
  3. Saya sudah beli 1 kereta lain (kancil gaban)
  4. Saya sudah 3 kali tukar henfon
  5. Saya sudah 5 kali tukar laptop (persendirian + opis punye)
  6. Saya sudah tukar 1 cincin (cincin yang bini saya ckp cincin Gurkha, dia sakit hati tgk saya pakai cincin yang saya pakai daripada tahun 2004 tu - so baru2 ni dia belikan cincin baru..yeay!)
  7. Saya sudah ada 4 orang anak
  8. Saya sudah ada 1 abang ipar
  9. Saya sudah ada 2 adik ipar
  10. Saya sudah ada 6 anak sedara
  11. Saya sudah 5 kali bertukar usia
  12. Saya sudah tukar saiz seluar kepada 38 (cis!!)
Banyakkan perubahan yang sudah berlaku. Itu baru perubahan berkenaan diri saya. Belum lagi nak cerita perubahan2 di persekitaran saya seperti perubahan dari segi ekonomi, negara, politik, model2 kereta, bangunan2 baru, etc.

Sebenarnya, perubahan sememangnya akan berlaku dalam kehidupan kita sama ada kita mahu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia atau tidak..cuma persoalannya, sempatkah kita berubah untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Tuhan? Entahlah..saya tak tahu, anda tak tahu, najib tun razak tak tahu, rosmah mansur tak tahu, profesor serba tau tak tahu, setan tak tahu, dajjal pun tak tahu..tiada siapa yang tahu melainkan Yang Maha Mengetahui. Perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik inilah perubahan yang paling penting untuk kita, kerana inilah perubahan yang menentukan hala tuju kita di akhirat nanti. Semoga saya dan anda sempat berubah..wallahualam

2 Comments:

At Saturday, August 06, 2011 3:35:00 PM , Blogger MIFS said...

Sebaik membaca blog ini, sang betara guru pun lantas meloncat. Kata buah hati pengarang jantung ini "tak masuk pun pasal "bini saya dah berhenti kerja"..

sekarang saya dah masukkan secara tak langsung wahai betara guru.

Senyumlah sekarang, kerana senyumanmu itu meredakan gundahku

 
At Monday, August 08, 2011 9:05:00 AM , Anonymous Anonymous said...

hehe terima kasih..nak gak menyelit ye..bukankah ianya satu perubahan besar yg saya lakukan untuk kerajaan dan rakyat jelata anda..walau sebelum ini saya tidak memilih utk jawatan ini :)

Saya bahgia dgn perubahan/penghijrahan anda dan saya rasa Allah telah mendengar doa saya selama ini..Pimpinlah saya mendalami agama kerana saya juga jahil..

Semoga kita mampu membentuk sebuah kerajaan kecil yg mendapat keberkatan Allah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home