Thursday, April 11, 2013

Siapakah Taghut?


Perkataan Taghut ini banyak kali di sebut di dalam Quran. Antara ayat2 tersebut ialah:-

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:257)

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).
(An-Nisaa' 4:51)

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(An-Nisaa' 4:60)

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
(An-Nisaa' 4:76)

Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
(Al-Maaidah 5:60)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Al-Nahl 16:36)

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -
(Az-Zumar 39:17)

Taghut adalah bermaksud:-

SETIAP APA YG DIAGUNGKAN SELAIN DARIPADA ALLAH DENGAN DISEMBAH, DITAATI, ATAU DIPATUHI. 

Apa saja yang diagungkan, sama da ia berupa batu (berhala), manusia, jin atau pun syaitan. 
Kita wajib menjauhi Taghut..menjauhi di sini bermaksud mengingkarinya, tidak menyembah dan memujanya, dalam apa juga bentuk dan cara.

Wallahualam..

Wednesday, January 30, 2013

ROTHSCHILD

Tahukah anda bahawa nama ROTHSCHILD adalah berasal daripada bahasa Jerman?

Ya, ia merupakan gabungan dua perkataan menjadi satu, iaitu ROT yang bermaksud "merah" dan Schild yang bermaksud '"tanda"

NEGARA-NEGARA YANG MASIH BEBAS DARIPADA CENGKAMAN BANK MILIK ROTHSCHILD

Rothschilds mula menjadi dalang dalam siri-siri peperangan pada tahun 1815 apabila mula membekalkan emas sebagai bantuan kewangan kepada tentera-tentera Wellingtons dan tentera-tentera Napoleon iaitu melalui Nathan di England dan Jacob di Peranchis. Mereka mula mengamalkan polisi membiayai perang bagi kedua belah atau lebih pihak yang sedang bertelagah. Bagi mereka ia satu peluang perniagaan yang amat menguntungkan kerana pinjaman seperti ini adalah dibawah jaminan kerajaan sesebuah negara tanpa mengira negara itu menang atau kalah dalam sesebuah peperangan kerana pinjaman ini diberi dibawah jaminan kerajaan pemenang akan melangsaikan hutang kerajaan yang kalah.

Setelah bertahun lamanya berkecimpung dalam bidang pinjaman wang, kini hampir seluruh negara di dunia ini (ya, termasuklah negara kita ni) mempunyai bank yang dimiliki oleh keluarga Rothschilds. Sebelum peristiwa serangan 11 September ciptaan Zionist, negara-negara yang masih belum memiliki wakil bank Rothschild:-

1. Iran
2. Iraq
3. Afghanistan
4. Korea Utara
5. Sudan
6. Cuba
7. Libya

Selepas tragedi itu, hanya negara-negara ini yang masih bebas, iaitu:-

1. Iran
2. Korea Utara
3. Cuba

Friday, January 25, 2013

KAEDAH DIGUNAKAN ILLUMINATI UNTUK MENGAWAL MANUSIA


1. Menggunakan rasuah berbentuk wang dan seks untuk mengawal mereka yang memegang jawatan tinggi dalam semua peringkat pemerintahan sesebuah kerajaan. Apabila mereka yang berpengaruh ini sudah terperangkap dengan Illuminati, mereka akan diperhambakan dengan menggunakan politik dan pelbagai bentuk peras ugut seperti diugut dengan masalah kewangan, pendedahan skandal mereka kepada orang ramai, juga diugut bunuh bukan sahaja ke atas diri mereka, tetapi turut melibatkan ahli keluarga yang lain jika kehendak Illuminati tidak dipenuhi.

2. Fakulti-fakulti di kolej-kolej dan universiti-universiti akan memilih para pelajar daripada kalangan keluarga berpengaruh yang memiliki kemampuan mental yang baik untuk memasuki program pembelajaran antarabangsa, dan mencadangkan agar mereka menjalani latihan khas yang bertujuan untuk menyemaikan fahaman bahawa hanya pemerintahan dunia satu kerajaan saja yang akan dapat menamatkan peperangan dan segala persengketaan. Latihan-latihan ini diberikan secara tajaan biasiswa bagi mereka yang dipilih oleh Illuminati.

3. Kesemua orang-orang berpengaruh yang telah terjatuh di dalam perangkap Illuminati dan juga para pelajar yang sudah dididik dan diberi latihan khas ini akan digunakan sebagai ejen yang akan ditempatkan di semua kerajaan sebagai pakar dalam bidang tertentu. Ini untuk membolehkan mereka memberikan khidmat nasihat kepada eksekutif tertinggi sesebuah negara itu agar mengadaptasikan polisi-polisi yang pada jangka masa panjang akan memihak kepada perancangan rahsia bagi konspirasi dunia satu kerajaan Illuminati yang akan membawa kepada kemusnahan kesemua kerajaan dan agama.

4. Memiliki kawalan mutlak ke atas surat akhbar, yang mana pada ketika itu merupakan satu-satunya saluran media komunikasi massa yang menyalurkan maklumat kepada orang ramai, justeru itu semua berita dan maklumat boleh diolah mengikut kepentingan Illuminati untuk dimomokkan kepada orang ramai agar mereka percaya dunia satu kerajaan merupakan satu-satunya penyelesaian kepada semua permasalahan yang wujud.

PENUBUHAN ILLUMINATI


Penubuhan organisasi sulit yang dipanggil Illuminati telah disempurnakan oleh Adam Weishaupt pada tanggal I Mei 1776. Tujuan penubuhan Illuminati ini adalah untuk memecah-belahkan ‘goyim’ iaitu bangsa yang selain daripada Yahudi melalui pendekatan politik, ekonomi, sosial dan agama. Pihak yang dipanggil goyim ini akan dibekalkan dengan senjata, dan pelbagai kejadian akan dicipta untuk membolehkan mereka berperang sesama sendiri, memusnahkan kerajaan nasional, memusnahkan institusi keagamaan dan akhirnya menghancurkan sesama sendiri.

Wednesday, August 08, 2012

TURKI AKAN MENYERANG SYIRIA


Kita bakal menyaksikan apa yang sudah lama kita jangkakan, iaitu serangan NATO seperti dialami Libya yang diketuai oleh Turki ke atas Syiria untuk menggantikan regim pemerintahan Syiria dengan satu lagi regim yang kononnya dipanggil regim Islam. Cara yang bagaimana lagi yang dapat dilakukan Israel untuk mendakwa bahawa kebangkitan Islam kini sedang mengancam Syiria, dan kononnya Israel kini dikelilingi oleh ancaman Islam yang memerlukan peperangan pencegahan untuk kelangsungan hidup mereka. Tiada cara lain untuk Israel menggantikan Amerika Syarikat sebagai negara pemerintah dunia melainkan dengan mencetuskan perang besar terhadap negara2 Arab yang mengelilingi mereka.


NATO yang memihak Turki dan Zionist bakal melakukan perbuatan paling bodoh dengan mendakwa pesawat perang Turki yang ditembak jatuh oleh Syiria menjustifikasikan pencerobohan ketenteraan Turki terhadap Syiria. Janganlah tertipu kerana ia sebenarnya bukanlah untuk membalas dendam atas kehilangan sebuah pesawat dan kematian dua juruterbang mereka. Tujuan utamanya adalah untuk menukar regim pemerintahan Syiria.


Mengapa gerakan ketenteraan ini bakal menjadi satu tindakan yang bodoh?


  • Syria sudah lama bersedia untuk berdepan dengan campur tangan luar (seperti yang dialami oleh Libya) untuk menyokong kebangkitan bersenjata yang dirancang oleh Zionist yang setakat ini masih gagal mengambil-alih negara tersebut. Dalam keadaan sebegitu, pesawat perang Turki yang menceroboh ruang udara Syiria tak boleh menganggap mereka akan dilayan sebagai penceroboh yang tidak bersalah. Syiria berhak mempertahankan diri mereka daripada dicerobohi.
  • Jika Rusia dan China bertindak ke atas pencerobohan ketenteraan Turki ke atas Syiria dengan memberi sokongan kepada Syiria, ini akan mencetuskan apa yang Nabi SAW ramalkan sebagai Malhama atau perang besar. Perang besar ini akan menjadi sangat besar sehinggakan perang dunia pertama dan kedua akan kelihatan sebagai peperangan yang amat kecil jika dibandingkan dengannya.
  • Kerajaan Turki perlu ingat bahawa Nabi SAW sudah meramalkan bahawa perang besar itu akan membawa kepada penaklukan Constantinapole. Apa yang pasti masyarakat Islam Turki takkan ambil masa yang lama untuk menyedari bahawa penaklukan Constantinapole oleh Sultan Muhammad Fatih pada tahun 1453 tiada kena mengena dengan ramalan tersebut. Masyarakat Islam Turki kemudiannya akan bangun menentang pengkhianatan yang dilakukan oleh kerajaan mereka yang pro-Zionist dan seterusnya bersedia untuk melancarkan perang saudara yang akan memenuhi ramalan tersebut.
  • Pencerobohan ketenteraan Turki terhadap Syiria akan membawa Turki ke kancah perang saudara demi untuk membebaskan Constantinapole daripada cengkaman NATO

Disebabkan Rusia tidak boleh tidak akan menyertai perang tersebut demi untuk mempertahankan Syiria, pencerobohan ketenteraan Turki terhadap Syiriau akan mengesahkan satu lagi ramalan nabi SAW iaitu:-

 “kamu orang2 Islam akan bersekutu dengan Rum”. 

Di dalam Quran, Rum ini dirujuk sebagai Empayar Kristian Byzantine Timur. Bagaimanapun, selepas Constantinapole ditakluk pada tahun 1453, ibu negeri Rum akhirnya bertukar menjadi Moscow.

Kenyataan ini adalah bertujuan untuk memberitahu umat Islam agar mereka tidak dikelirukan oleh Jihad Islam ciptaan Zionist melalui propaganda diketuai oleh CNN dan al-Jazeerah yang sedang dimomokkan kepada seluruh manusia.

Nota: ini adalah terjemahan rencana nukilan Sheikh Imran Nazar Hossein 

Friday, August 03, 2012

PENAWAR SIHIR


Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu.

Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk mengajar sihir. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran, kerana di dalam ayat tersebut ada dijelaskan akan peringatan yang diberikan oleh Harut dan Marut yang berbunyi:-

" Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)"

Bagaimana Merawat Sihir?
Jangan terpedaya dengan amalan2 khurafat dan syirik tok-tok bomoh atau siapa2 saja dalam kita mencari ikhtiar untuk menyembuhkan mangsa sihir. Islam itu mudah. Islam tidak akan menganiaya umatnya. Dan rawatan untuk memulihkan sihir dalam Islam juga cukup mudah. Tetapi apa yang tidak mudah ialah, untuk memastikan diri kita masih di dalam Islam sebelum memulakan ikhtiar merawat mangsa sihir. Maknanya, cara rawatan sihir dalam Islam mudah, tetapi ia tidak mungkin akan berhasil (melainkan dengan izin Allah), jika si perawat ada melakukan perkara2 syirik tanpa disedarinya.

Bahan Yang Perlu Ada
Cuma air masak (segelas atau satu jug)

Cara Rawatan:-

1. Mengucap dua kalimah shahadah
2. Mengambil wuduk
3. Solat sunat 2 rakaat (sekurang2 nya)
4. Berdoa minta Allah ampunkan dosa kita jika kita ada melakukan perkara2 syirik tanpa kita sedari, dan minta Allah bantu kita dalam usaha merawat mangsa sihir
5. Baca ayat 102 dan 103 Surah al-Baqarah sebanyak 21 kali
6. Baca doa seperti ini "Ya Allah Yang Maha Agung, bunuhlah sihir yang dikenakan kepada orang ini, keluarkanlah semua sihir yang ada di dalam tubuhnya, sembuhkanlah dia seperti sediakala ya Allah.
7. Hembus / tiup air masak yang telah disediakan tadi
8. Beri mangsa minum sedikit.
9. Lebihan air itu masukkan ke dalam baldi, dan campur dengan air paip untuk dibuat mandi
10. Minta mangsa mandi dengan air tersebut, dan sewaktu mandi, minta mangsa gosok seluruh tubuhnya mana yang sampai dengan tangannya.

InsyaAllah, mangsa akan muntah jika ada terkena sihir. Ada kes di mana selepas minum air masak itu mangsa terus muntah. Ada juga yang muntah ketika mandi dan ada pula selepas mandi.

Jika mangsa muntah, teruskan rawatan sekali setiap hari selama seminggu dengan mengulangi langkah 1 sehingga 10 yang dinyatakan di atas.

Jika selepas seminggu mangsa masih muntah atau terasa loya nak muntah, teruskan rawatan untuk minggu kedua, dan seterusnya, sehinggalah mangsa tidak lagi berasa apa2 selepas minum dan mandi air yang didoakan.

Wallahualam...

Monday, June 18, 2012

ANDA DIRASUK JIN?

Kerasukan jin bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita. Sana sini kita akan dengar pelbagai kes-kes sebegini. Ada yang kata disebabkan saka, ada yang kata "kena tegur" atau keteguran, ada yang panggil histeria, dan macam2 lagi.
Bagaimana kita boleh dirasuk atau dimasuki jin? Bukankah setiap orang Islam itu sudah Allah sediakan malaikat (yang bernama Hafazhah) sebagai penjaga. Perkara ini Allah SWT jelaskan di dalam surah  Ar-Ra'd ayat 11:-
A011
Maksudnya:-
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Ayat di atas adalah bukti kasih sayang Allah SWT atas sifatnya Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap kita. Allah SWT sudah sediakan segala-galanya yang kita perlukan. Sehinggakan malaikat pelindung juga turut diberikanNya kepada kita. Cuma kita yang tidak mengenal siapa Allah SWT. Cuma kita yang tidak pernah mahu bersyukur. Cuma kita yang sentiasa berbuat dosa.

Jin tidak akan dapat merasuk kita andai shahadah kita masih belum terbatal. Jin akan hanya dapat merasuk kita jika kita ada melakukan perkara syirik tanpa kita sedari. Kerana malaikat pelindung yang Allah SWT kurniakan kepada kita akan lari sebaik sahaja shahadah kita terbatal.

Bagaimana mahu menghalau jin yang sudah merasuki seseorang?

A. Jika mangsa rasuk tidak agresif dan masih berada dalam keadaan waras dan kita masih boleh berbual dengannya, lakukan perkara berikut:-

  1. Tanya mangsa adakah dia percaya bahawa Allah SWT adalah tuhan yang mencipta kita dan yang wajib kita sembah? Jika mangsa percaya (sama ada melalui perkataan atau anggukan kepala), tanya soalan kedua, iaitu:-
  2. Adakah dia percaya bahawa Nabi Muhammad SAW itu rasul yang Allah SWT utuskan kepada kita?  Jika mangsa percaya (sama ada melalui perkataan atau anggukan kepala), ajar dia mengucap dua kalimah shahadah, iaitu:-
  3. Ashhadualla Ilaha Illallah, Waashhadu Anna Muhammadarrasulullah. Sesudah itu, minta dia lafazkan ayat seperti berikut:-
  4. Aku buang semua jin yang merasuki tubuhku dengan Bismillahhirrahmanirrahim

InsyaAllah akan keluarlah jin itu daripada tubuh mangsa. Sesudah itu, minta mangsa mandi, mengambil wuduk dan solat sunat dua rakaat.

B. Jika mangsa agresif atau berada dalam keadaan yang tidak waras. Kita lakukan perkara seperti berikut:-

  1. Kita lafazkan dua kalimah sahahadah -  Ashhadualla Ilaha Illallah, Waashhadu Anna Muhammadarrasulullah 
  2. Ambil wuduk
  3. Solat sunat dua rakaat
  4. Baca Ayat Kursi sehingga selesai
  5. Tiup ubun-ubun mangsa
Nota:
Jika jin tersebut berdegil tidak mahu keluar, kita kena baca surah al-Baqarah pula sehingga selesai dan kemudian tiup ubun-ubun mangsa.

Sebagai makluman, jika kita baca surah al-Baqarah, jin dan syaitan tidak akan memasuki rumah kita selama 3 hari.

Sesudah selesai kita buat proses B dan dengan izin Allah jin itu sudah keluar, kita buatlah semula proses A sehingga selesai.

Wallahualam...

Thursday, June 14, 2012

SELAMATKANLAH DIRI SENDIRI SEBELUM SELAMATKAN NEGARA

Bahang pilihanraya semakin menyesakkan jiwa. Pelbagai ramalan dibuat oleh pelbagai pihak. Masing2 dengan andaian dan pendapat sendiri. Masing2 dengan parti sokongan yg mengikut selera sendiri. Masing2 merasakan pendapat, andaian dan sokongan mereka betul. Pendokong kerajaan menghentam pembangkang. Penyokong pembangkang menghentam kerajaan. Kedua2 belah pihak semakin sibuk membuka aib masing2 demi meraih undi. Kedua2 pihak sibuk dengan mufti2 tajaan yang sibuk mengeluarkan fatwa2 demi menyebelahi parti2 yang didokong. MASING2 KONONNYA MAHU MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN BANGSA. Maka keluarlah kalam2 Allah yang diambil sebahagian dan disorokkan sebahagian yang lain. Maka muncullah hadith2 yang diletakkan pada tempat yang salah, atau ditafsir mengikut nafsu.
Wahai saudara seislamku, andai kamu tahu hakikat disebalik apa yang kamu perjuangkan ini, pasti kamu akan menyesal memperjuangkannya. Andai kamu tahu kamu dan seteru kamu itu sebenarnya berada di jalan yang sama, pasti kamu tertunduk malu. Andai kamu tahu kamu sebenarnya di bawah telunjuk dan tipu daya syaitan yang celaka, pasti kamu tak henti bersujud meminta keampunan dariNya.
Jalan yang lurus itu ialah jalan bersyariat. Jalan yang lurus itu ialah jalan Allah. Jalan yang lurus itu ialah jalan kenikmatan.

Berhentilah daripada cubaan menyelamatkan negara. Selamatkanlah diri kamu sendiri wahai saudaraku, kerana di Padang Masyhar nanti, masing2 akan memikirkan tentang diri sendiri sahaja. Merintihlah kepada Allah, agar Dia memimpinmu kepada Quran dan Sunnah. Menangislah kepada Allah, agar Dia membawamu ke jalan tauhid. Merayulah kepada Allah, agar Dia memilihmu untuk melihat keindahan wajahNya.

KERANA, SEMUA PARTI2 POLITIK DI MALAYSIA INI SAMA..SEMUANYA TIDAK MENGIKUT HUKUM ALLAH


Wallahualam...