1. Menggunakan rasuah berbentuk wang dan seks untuk mengawal mereka yang
memegang jawatan tinggi dalam semua peringkat pemerintahan sesebuah kerajaan.
Apabila mereka yang berpengaruh ini sudah terperangkap dengan Illuminati,
mereka akan diperhambakan dengan menggunakan politik dan pelbagai bentuk peras
ugut seperti diugut dengan masalah kewangan, pendedahan skandal mereka kepada
orang ramai, juga diugut bunuh bukan sahaja ke atas diri mereka, tetapi turut
melibatkan ahli keluarga yang lain jika kehendak Illuminati tidak dipenuhi.
2.
Fakulti-fakulti di kolej-kolej dan universiti-universiti akan memilih para
pelajar daripada kalangan keluarga berpengaruh yang memiliki kemampuan mental
yang baik untuk memasuki program pembelajaran antarabangsa, dan mencadangkan agar
mereka menjalani latihan khas yang bertujuan untuk menyemaikan fahaman bahawa
hanya pemerintahan dunia satu kerajaan saja yang akan dapat menamatkan peperangan
dan segala persengketaan. Latihan-latihan ini diberikan secara tajaan biasiswa
bagi mereka yang dipilih oleh Illuminati.
3.
Kesemua orang-orang berpengaruh yang telah terjatuh di dalam perangkap
Illuminati dan juga para pelajar yang sudah dididik dan diberi latihan khas ini
akan digunakan sebagai ejen yang akan ditempatkan di semua kerajaan sebagai
pakar dalam bidang tertentu. Ini untuk membolehkan mereka memberikan khidmat
nasihat kepada eksekutif tertinggi sesebuah negara itu agar mengadaptasikan
polisi-polisi yang pada jangka masa panjang akan memihak kepada perancangan
rahsia bagi konspirasi dunia satu kerajaan Illuminati yang akan membawa kepada
kemusnahan kesemua kerajaan dan agama.
4. Memiliki kawalan mutlak ke
atas surat akhbar, yang mana pada ketika itu merupakan satu-satunya saluran media
komunikasi massa yang menyalurkan maklumat kepada orang ramai, justeru itu
semua berita dan maklumat boleh diolah mengikut kepentingan Illuminati untuk dimomokkan
kepada orang ramai agar mereka percaya dunia satu kerajaan merupakan
satu-satunya penyelesaian kepada semua permasalahan yang wujud.